Thursday, February 15, 2018

Pesanan Team Milagro Kepada Para Petani

Anda ingin bertani, tapi tak tahu macam mana nak mula? Atau banyak sangat idea sampai tak tahu nak buat yang mana satu dulu?

Posting kali ni, Team Milagro ingin berkongsi Tips bagaimana untuk memulakan kebun kecil anda sendiri..

 Mula dengan kebun yang kecil.


Mula bertani dengan berkebun secara kecil-kecilan. Anda akan mengurangkan risiko untuk gagal. Anda juga tidak akan rasa terbeban untuk menguruskan tanaman anda, dan anda mudah untuk memberi fokus.







 Jangan fikirkan keuntungan.


Jadikan bercucuk tanam sebagai hobi anda. Hobi adalah sesuatu yang anda lakukan tanpa mengira keuntungan. Anda dah mahir, baru la boleh memperbesarkan kebun anda. 





Berjimat cermat.


Jangan berbelanja lebih dari apa yang anda ada.  Menabunglah untuk membeli peralatan yang lebih baik. Besarkan Kebun anda secara pelahan-lahan dan secara organik. 





Baca, Kaji, dan Baca Lagi


Banyakkan membaca tentang pertanian. Di zaman moden ini, terdapat banyak jenis medium bahan bacaan, ajar diri anda tentang ilmu pertanian dengan menbaca artikel di internet, akhbar, atau majalah berkaitan pertanian.



Berhubung dengan petani lain.

Tambah kenalan anda dalam bidang pertanian.  Semakin ramai kenalan anda, semakin banyak ilmu, tips dan pengalaman yang anda akan perolehi.



DIY


Do It Youself  -  buat sendiri peralatan pertanian anda seperti pasu dari botol minyak, tayar. Pelajari juga cara membaiki peralatan anda. Anda pasti akan dapat menjimatkan perbelanjaan anda.




Jangan terlalu taksub dengan DIY.


Anda perlu tahu bila masanya anda perlukan bantuan dari orang yang lebih mahir. Jangan terlalu berkira dan ingin membuat sendiri semua perkara. Jadi Tikus baiki Labu pula nanti.


Komitmen Pertanian.

Pertanian adalah komitmen. Anda bukan sedang belajar untuk hadapi peperiksaan, ilmu pertanian tidak boleh diperlajari dalam semalaman. Anda perlu luangkan masa di ladang atau kebun anda, cuba untuk penuhi keperluan tanaman anda. Dengan cara itu, anda akan dapat hasil yang memuaskan.


Bertolak ansur dengan Diri Anda.

Anda perlu sentiasa bersabar sepanjang proses permulaan. banyakkan mencuba, tapi jangan terlalu berkeras dengan diri anda. Jangan terlalu membandingkan anda dengan petani-petani lain. Anda adalah Raja di kebun anda. Buatlah keputusan dengan bijak dan mengikut kemampuan anda sendiri.




Akhir sekali, renung kembali sebab anda mulakan bertani. Jika anda mulakan nya sebagai hobi, ia sepatutnya menggembirakan anda, bukan membuat anda rasa terbeban.



Layari facebook kami untuk maklumat lanjut:-


Untuk dapatkan Baja Organik MilAgro 

HUBUNGI KAMI SEGERA 📞

http://www.wasap.my/60162204549/Nak_Baja_Milagro

#momentmilagro
#bajaorganikmilagro
#miracleoflife
#teammilagro



Sumber :-
thespruce.com
reap.ifpri.info