Thursday, December 21, 2017

BAHAGIAN 2: BERKESAN KE BAJA MILAGRO NI??

Betul ke Baja Organik Milagro ni berkesan?? 

Bagi yang masih meragui, masih tidak percaya, Team Milagro akan kongsikan gambar-gambar tanaman pelanggan-pelanggan yang berpuas hati dengan baja organik milagro.. 

Tanaman Pokok Tin

Hasil menggunakan baja organik Milagro, pokok tin berbuah dengan lebat. tempoh untuk buah masak pun lebih cepat.

 




Pokok Tomato

Pokok tomato cepat membesar dan berbuah dengan banyak, bergumpal-gumpal, sampai tak termakan..!!      








Pokok Bunga Ros

Pokok bunga ros mengeluarkan banyak bunga dan putik baru!!








Sebagai pengilang dan pengeluar baja organik milagro, tak ada lain yang kami nantikan melainkan maklum balas positif dari pengguna. Ramai yang dah merasa kehebatan baja milagro.
 Anda bila lagi??

Bagi yang belum cuba, jom cuba baja organik milagro, anda pasti akan berpuas hati. Bagi pelanggan-pelanggan kami, perkenalkan lah baja organik milagro kepada rakan-rakan dan saudara-mara. Kebaikan Baja Milagro ni patut di kongsi bersama.!!! 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari facebook kami untuk tips pertanian, dan maklumat berkenaan baja. 



Untuk dapatkan Baja Organik MilAgro 

HUBUNGI KAMI SEGERA 📞

016-2204549 atau 06-3375663


atau PM KAMI 


Mari pakat ramai-ramai guna baja Milagro!!!!


 Nantikan Bahagian Ke 3 Testimoni Baja Organik Milagro.







Tuesday, December 12, 2017

PELANGGAN HAJIMAT DAPAT NOTA CINTA!!!!

Bermula 1/12/2017, Team Hajimat telah memberi sedikit cenderahati kepada pelanggan yang menggunakan servis Hajimat. Cenderahati berbentuk sepaket baja Milagro. Ia juga sebagai langkah untuk mempromosi produk baru Syarikat Haji Mat Hj Jantan Sdn Bhd, sekaligus menggalakkan penanaman berasaskan organik. Mari kita lihat pelanggan bertuah yang menerima cenderahati tersebut.

Nota cinta yang dilekatkan di bungkusan baja milagro. 

En. Jalaluddin bin Hj Said (Aye), Pemilik Ikan Bakar Parameswara antara pelanggan Hajimat










Bagi yang tertanya-tanya ape yang Team Hajimat tulis dalam Surat Cinta kami tu, ni kami kongsikan suratnye.. Bacalah kalau sudi... 


Jom Servis Tangki Septik!!!

Hubungi Team Hajimat di 1800 887 111 atau 06-3354845

atau layari facebook kami  https://www.facebook.com/hajimatsb/

Bagi yang tak tahu, Baja Organik Milagro ialah produk baru keluaran Syarikat Hajimat. Harga hanya RM 10 untuk 1kg. Sampai bila kita nak guna baja dan racun kimia untuk tanaman kita? Terutamanya tanaman yang menghasilkan buah atau sayuran. Bahan kimia yang ada dalam baja tu la yang akan kita makan, jadi sebahagian dari darah daging kita. 

Jom Guna Baja Organik!! 

Untuk mendapatkan Baja Organik Milagro,

Hubungi Team Milagro di 016-2204549 atau 06-3375663

atau layari facebook milagro  https://www.facebook.com/BajaMilAgro/




Tuesday, December 5, 2017

ADA APA DENGAN TARIKH 19 NOVEMBER?

Sambutan Hari Tandas Sedunia ialah pada setiap 19 November. Tak ramai yang tahu wujudnya hari tersebut. Tapi, bagi Syarikat Hajimat, kami gunakan hari tersebut untuk meraikan pelanggan kami dengan mengadakan peraduan like, comment dan share di laman facebook. 

Peraduan tersebut telah berlangsung selama 3 hari, bermula 19 November 2017, dan berakhir 21 November 2017. Pemenang membawa balik hadiah berupa wang tunai bernilai RM100, serta servis pengosongan tangki septik percuma.

Tiga orang pemenang telah dipilih, yang pertama, Puan Siti Khadijah Osman, kedua Puan Iezrah Nur Syuhadah, dan ketiga Encik Mohammad Firdaus Bin Mohammed Adenan. Sesi penyampaian hadiah wang tunai telah diadakan di Pejabat Hj Mat Hj Jantan Sdn. Bhd. di Pokok Mangga, Melaka.


Puan Siti Khadijah, pemenang peraduan yang dianjurkan

Pn. Siti Khadijah bersama Pengarah Syarikat Hajimat, Tn. Hj. Mat bin Hj. Jantan.

Team Hajimat telah pun pergi ke rumah Puan Siti Khadijah di Tanjung Kling Melaka untuk melakukan servis pengosongan tangki septik di rumah beliau. 

Team Hajimat sampai di Tanjung Kling untuk SEDUT tangki septik.

Puan Iezrah Nur Syuhadah bersama Pengarah Syarikat Hajimat, Tn. Hj. Mat bin Hj. Jantan

Bagi pemenang kedua,  Puan Iezrah Nur Syuhadah pula, beliau tidak menetap di Melaka. Hadiah servis tangki septik percuma telah beliau beri kepada ibu bapa beliau yang tinggal di Alor Gajah Melaka. 


Pemenang juga telah mendapat hadiah cenderahati dari pihak Hajimat iaitu Baja Organik milagro. 






Akhir kata, Tahniah kepada para pemenang. Akan ada lagi pertandingan di facebook Hajimat dan Baja Milagro. Pastikan anda like facebook page kami untuk mendapat maklumat tentang peraduan yang akan datang.


Facebook Baja Milagro.


😊Jom servis tangki septik! 
😊 Jom mulakan tanaman organik di rumah! 










Thursday, November 30, 2017

BERKESAN KE BAJA MILAGRO NI??

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, nampaknya semakin hari semakin ramai pengguna yang berpuas hati dengan Baja Organik MilAgro. Baja Organik MilAgro mempunyai kadar NPK (Nitrogen, Phosphorus, Potassium) yang tinggi, serta tidak mengandungi bahan kimia dan patogen atau bakteria berbahaya yang boleh mendatangkan penyakit. 

Penggunaan baja organik MilAgro juga dapat memulihkan keadaan tanah yang tidak sihat kerana ia menggalakkan aktiviti mikroorganisma yang dapat membantu meningkatkan kesuburan tanah. MilAgro juga dapat membantu menggalakkan pertumbuhan dan sistem imunisasi pokok, justeru itu, ia dapat meningkatkan jumlah dan kualiti hasil tanaman. 

Selain itu. kelebihan baja organik MilAgro ialah ia sesuai untuk semua jenis tanaman, dari tanaman hiasan, sayur, buah-buahan, dan tanaman perladangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam, pisang, padi dan lain-lain. Ia juga dapat mengekalkan kesuburan tanah dalam jangka masa panjang oleh itu ia dapat membekalkan nutrisi kepada tumbuhan secara berperingkat dan berterusan.




MilAgro, memberi keajaiban kepada tanaman kita. 




Pokok orkid yang kurang berbunga jadi mabuk bunga hingga boleh di jual. 


Tumbesaran pokok tomato yang cepat

Tanaman Labu Manis

Pokok pisang cepat mengeluarkan hasil.

Pokok bunga hiasan sentiasa berbunga 


Tanaman Kubis Bunga
Alhamdulillah, kami sebagai pengeluar baja MilAgro amat bersyukur dengan testimoni yang kami perolehi. Testimoni ini membuktikan yang baja kami sememangnya bagus untuk semua jenis tanaman. Sebenarnya banyak lagi testimoni yang kami dapat, tapi untuk melihat testimoni tersebut, ikuti facebook page kami. 


Untuk dapatkan Baja Organik MilAgro 

HUBUNGI KAMI SEGERA 📞


atau PM KAMI 


Mari pakat ramai-ramai guna baja MilAgro.

Tuesday, November 28, 2017

PROGRAM CSR KE MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN

Assalamualaikum..

Buat Pembaca baru, kami Team HAJIMAT ingin menceritakan pengalaman kami pergi memberi bantuan kepada insan memerlukan..
Kepada pembaca setia, sedikit update berkenaan program khidmat masyarakat ke Maahad Tahfiz Al-Quran di Cheng.. 
Jom baca untuk mengetahui cerita selanjutnya...

Syarikat Hj Mat Hj Jantan telah berpeluang berkunjung ke Maahad Tahfiz Al-Quran di Cheng Melaka. Kunjungan kami ke sana adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar di sana. 

Tn Hj Mat besama tenaga pengajar, pengurus dan penuntut Maahad Tahfiz

Perbincangan bersama pihak mengurusan Maahad Tahfiz.


Membawa masuk sumbangan berbentuk beras.
Kedatangan kami di sambut dengan mesra.

Antara sumbangan tambahan yang diberikan kepada pusat tahfiz tersebut ialah satu peti sejuk untuk kegunaan mereka menyimpan barang makanan mentah.

Terpancar kegembiraan di wajah mereka, menerima sumbangan dari Team Hajimat.

Alhamdulillah.. Syukur kerana kami berkesempatan untuk memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar disini. Semoga selepas ini, akan ada lagi sumbangan yang dapat kami berikan kepada meraka serta semoga dengan ini, akan ada lagi pihak-pihak lain yang turut untuk membantu memberikan sumbangan kepada mereka.

Tuesday, November 21, 2017

LAWATAN DARI HARMONI ALAM.


Assalamualaikum...

Untuk pengetahuan semua, Tn. Haji Roshidi dari Harmoni Alam telah dijemput datang ke kilang untuk melakukan lawatan dan memberi khidmat nasihat serta cadangan penambahbaikan keadaan persekitaran kilang. Antara cadangan yang diberikan adalah berkaitan dengan bagaimana untuk menangani masalah bau. Umum sedia maklum yang kilang kami menggunakan tinja ayam sebagai salah satu bahan dalam pembuatan baja organik MilAgro. Tn. Hj Roshidi telah memberikan beberapa cadangan yang akan kami laksanakan mengikut kesesuaian. 

Kehadiran Tn. Hj. Roshisi telah disambut oleh Pengurus Syarikat Hajimat En. Anuar, Pegawai Bahagian Keselamatan Cik Siti Hidayah, Pegawai Operasi Pengkomposan Cik Rosaini dan Pembantu Pegawai Operasi  En. Yusri.


Dari kanan, Tn. Hj. Roshidi, En. Anuar, En. Yusri, Cik Hidayah, dan Cik Rosaini.

Encik Anuar, dua dari kanan menerangkan kepada Tn Hj. Roshidi mengenai proses-proses yang dilakukan di kilang. 


Tn Hj. Roshidi di bawa melawat kawasan kilang.





 Terima kasih kepada pihak syarikat Harmoni Alam dan Tn. Haji Roshidi kerana sudi datang dan memberi khidmat nasihat kepada kami.