Thursday, August 17, 2017

TIPS UNTUK MEMBUAT BAJA KOMPOS

MUNGKIN tidak ramai orang tahu tentang cara-cara membuat baja kompos daripada sisa makanan kan...

Pernah tak kita terfikir setiap kali kita membuang sisa makanan yang berlebihan,kita sendiri sebenarnya telah membazirkan satu lagi sumber semulajadi yang boleh memastikan bumi ini terus subur?

Semasa membersihkan sekitar halaman rumah dari daun-daun serta ranting kayu , pernahkah kita terfikir sejenak bukankan lebih baik diolah menjadi sesuatu yang boleh dipulangkan semula kepada alam.

Ranting & Daun kering juga boleh dihasilkan menjadi baja
Atau semasa kita sedang membelek sayur-sayuran yang hendak dibeli ketika dipasar dan pernah tak sesekali kita terfikir yang kita sebenarnya boleh menanam sendiri sayur-sayuran yang dibeli itu tanpa menggunakan baja kimia dan racun serangga yang boleh mampu memudaratkan kesihatan?

Antara sayuran yang boleh buat jadi baja
Itulah antara rutin yang kita buat setiap hari namun kita tidak terlintas untuk memutuskan sama ada aktiviti harian tersebut merupakan satu lagi sumbangan kita kepada kemusnahan bumi ini

Ada baiknya kita sendiri mengambil keputusan yang drastik untuk memulakan kitar semula, menjadikan bahan buangan menjadi baja kompos sebagai usaha kecil untuk menyelamatkan bumi.

Kini kebanyakan masyarakat kita lebih merelakan sisa-sisa makanan dibuang dan diangkut oleh kontraktor sisa pepejal dan kemudiannya dibuang di pusat pembuangan sampah daripada mengolahkannya kembali menjadi baja kompos dan digunakan untuk aktiviti landskap dan taman-taman di kediaman.

Pelbagai pihak termasuk media sosial  sering mengutarakan rungutan dan bantahan tentang masalah ruang pembuangan sampah semakin berkurangan namun kita sendiri lupa bahawa kita sendiri sebenarnya adalah penyumbang kepada masalah tersebut.

Gambaran bagaimana kebanyakan tapak pelupusan sampah hari ini. 
Adalah lebih baik masyarakat kita bersama-sama memainkan peranan untuk mengitar semula sisa-sisa organik yang ada dirumah untuk dijadikan baja kompos.

Proses menghasilkan baja kompos sendiri di rumah bukanlah suatu proses yang rumit. Ia boleh dilaksanakan semudah mengasingkan sisa makanan ke dalam satu bekas yang bertapis untuk dibuang lebihan airnya dan kemudian boleh dicampurkan dengan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang bertaburan di halaman dan dimasukkan ke dalam bekas tertutup dan dibiarkan selama dua ke tiga minggu.

Baja Kompos yang terhasil nanti sudah cukup untuk kegunaan sendiri didalam aktiviti pertanian di rumah.

Ia lebih bermanfaat kepada tanaman daripada menggunakan baja kimia yang bukan sahaja mahal harganya malah ia tidak baik untuk kesihatan.

Baja semulajadi dan selamat digunakan.

Jom bersama kita mulakan lakukan baja kompos dan kurangkan pembuangan sampah. Kitar semula barang-barang yang boleh dipakai semula, demi untuk memelihara bumi yang indah ini. ^_^


1 comment:

  1. Kalau boleh saye tahu bagaimana untuk membaiki kembali bahan kompos yg gagal?? Kerana bahan kompos ini sudah lebih dr 3 bulan tapi masih tidak terurai...

    ReplyDelete