Wednesday, August 23, 2017

PROJEK CSR TEAM HAJIMAT: GOTONG ROYONG MASJID AL HUDA MELAKA

Pada 18 OGOS 2017,program gotong royong membersihkan Masjid Al Huda Balai Panjang Malim Melaka melibatkan kira-kira 10 orang #TeamHajimat . Pembersihan adalah sekitar kawasan masjid. Program ini daapt mengeratkan hubungan silaturahim antara pekerja HAJIMAT dan penduduk sekitarnya.

Team sedut menjalankan kerja sedutan di masjid al-huda balai panjang malim

Antara aktiviti yang kami lakukan.

Matlamat kami memilih Masjid Al Huda Balai Panjang Malim Melaka kerana mahu semua lapisan masyarakat mengenali Syarikat HAJIMAT lebih dekat.

Antara tempat yang kami bersihkan ialah tandas,tempat letak surah yassin dan al-quran,menyapu lantai,dan menghantar purdah ke dobi untuk dicuci bagi kegunaan makmum perempuan

Tidak ketinggalan juga,pihak syarikat HAJIMAT menyediakan perkhidmatan sedutan percuma untuk masjid al-huda balai panjang malim melaka..

Turut serta dalam program CSR ini juga,Lembaga Pengarah Syarikat HAJIMAT  iaitu Cik Siti Zaiton Binti Hj Mat dan Cik Siti Aishah Binti Hj Mat turut hadir membersihkan ruang dalaman masjid.

Pihak syarikat HAJIMAT SDN BHD mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Masjid Al-Huda yang telah memberi peluang kepada pihak syarikat HAJIMAT untuk melaksanakan kerja-kerja amal ibadah ini.Semoga semua diberkati dan dirahmati Allah.Amin..




No comments:

Post a Comment