Tuesday, September 26, 2017

INTERNAL AUDIT ISO & OHSAS ( SITE VISIT)

Buat kali pertamanya semua pihak pengurusan syarikat HAJIMAT dari pelbagai jabatan turun ke "PADANG" untuk mengaudit pengurusan dan skop pekerjaan yang termaktub dalam perlembagaan undang-undang.

Latihan sebegini merupakan asas dan cara-cara untuk memantapkan lagi tahap pengurusan yang lebih efisien dan boleh diterima pakai untuk syarikat HAJIMAT.

KEPERLUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO & OHSAS  

1.SKOP

Standard antarabangsa ini menetapkan keperluan sistem pengurusan kualiti apabila sesebuah organisasi:

      A.perlu untuk menunjukkan kemampuannya secara konsisten menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan dan dapat digunakan untuk keperluan berkanun (statutory) dan kawal selia (regulatory).

B.menyasar untuk menpertingkatkan kepuasan pelanggan menerusi penggunaan sistem secara cekap, termasuklah proses penambahbaikan sistem dan jaminan keakuran terhadap keperluan pelanggan dan dapat digunakan untuk keperluan berkanun dan kawal selia.

Semua keperluan standard antarabangsa ini adalah generik dan diharap dapat digunakan terhadap sebarang organisasi, tanpa mengambil kira jenis atau saiz, produk atau perkhidmatan yang disampaikan.


Pembahagian team untuk training Audit


Audit Jabatan HR



Audit Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal


Audit Jabatan Sedutan

Audit Jabatan Penyelengaraan Loji


Audit Jabatan Pemasaran



Alhamduliah,semoga dengan latihan yang lakukan oleh pihak pengurusan syarikat HAJIMAT ini,ia boleh memberi manfaat dan mampu meningkatkan kualiti pengurusan syarikat ke tahap yang lebih tinggi.Amin.

Wednesday, September 20, 2017

ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAP SIAPA?

Pembuangan sampah merupakan satu punca pencemaran yang sangat serius kepada alam sekitar kita. Antara sebabnya ialah orang membuang sampah secara merata-rata kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah, malas untuk melakukan pengasingan dan kitar semula atau tidak mahu membayar cukai atau yuran penggunaan tapak pelupusan sampah itu. Maka wujudnya sikap yang tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya. 
Pembuangan sampah yang tidak terkawal 
Faktor punca yang masih berlaku sehingga kini antaranya kerana kurang pendidikan dan kesedaran di kalangan masyarakat kita menyebabkan masih ramai yang belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibat atau kesan kepada kesihatan kita apabila tidak menguruskan sampah dengan baik. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah daripada pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka menjadi sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar dengan serius pada hari ini.



Kesan-kesan pencemaran pembuangan sampah antaranya ialah, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air itu boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebihan dan tidak terkawal seterusnya apabila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ dari alga tersebut akan menggunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.


Akibat pembuangan sampah dilaut 
Tambahan pula, kesan pembuangan sampah juga boleh menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling. Sampah sarap yang dibuang merata-rata atau tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan bau busuk serta dapat potensi kepada nyamuk Aedes membiak di situ, lalat yang banyak yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit. Pembuangan sampah tidak terkawal juga akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan penduduk sekeliling perumahan itu.


Tempat Nyamuk Aedes membiak dan dan lalat
Antara langkah–langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal ini ialah dengan penguatkuasaan undang-undang haruslah diketatkan. Kompaun dan hukuman seperti memberi saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah merata-rata perlulah di lakukan. Usaha untuk memberi kesedaran dan kefahaman juga perlu dilakukan dengan lebih agresif lagi supaya masyarakat awam faham dan berhenti jadikan amalan kepada pembuangan sampah secara tidak terkawal dan merata-rata ini.

Program kitar semula adalah salah satu langkah yang penting untuk menggelakan masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal. Kebaikan program kitar semula dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai baja organik.
Kebaikan dari segi ekologi pula ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya dari terus tercemar. 

Beberapa cara yang paling mudah untuk mengurangi sampah, diantaranya ialah lakukan 4R.

1.Replace
2.Reuse
3.Reduce 
4.Reycle
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca kertas,logam,plastik,tekstil dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru.

Dengan ada kempen-kempen kitar semula ini,kita sendiri mampu mengurangkan pencemaran dan boleh memastikan kesimbangan alam sekitar





Thursday, September 14, 2017

APA ITU TANGKI SEPTIK ?

Tangki septik dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. 

Tangki Septik atas dan tangki Yum bawah.

 Bahan bina macam mana?

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder
( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Apa itu Lurang?

Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang

Terbahagi kepada 4:
1. Lurang cetek
2. Lurang biasa
3. Lurang dalam
4. Lurang tirai belakang

1. Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

2. Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

3. Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm


4. Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Pembinaan Lurang

Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.

Contoh jenis lurang

Sump

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Jom tonton video sedutan ini.


Tuesday, September 12, 2017

TRAINING INTERNAL AUDIT

Syarikat HAJIMAT menghantar semua staf pengurusan menjalani latihan kursus audit dalaman iaitu bagi course ISO 9001 : 2015 ( Quality Management System ) , ISO 14001: 2015 ( Enviromental Management ) dan OHSAS 18001 : 2007 ( Occupational,Health & Safety ).

Dengan latihan yang dipelajari oleh setiap staf pengurusan,ia juga mampu meningkatkan kualiti tahap pengurusan yang baik dan flesibel untuk syarikat HAJIMAT SDN BHD.

Jom lihat tatapan gambar yang disediakan ini :

Tenaga pengajar yang terlibat

APA ITU ISO 9001 : 2015

KEPERLUAN BARU YANG DIPERKENALKAN DALAM STANDARD MS ISO 9001: 2015 
  • Konteks Organisasi: Memahami keperluan organisasi dan harapan pihak yang berkepentingan / pelanggan serta skop sistem pengurusan kualiti 
  • Pengurusan Risiko: Satu kaedah yang sistematik bagi mengenalpasti, menilai ancaman risiko dan mengenalpasti kaedah mengurangkan risiko
  • Tiada keperluan wajib menyediakan dokumen manual kualiti
  • Tiada keperluan wajib jawatan wakil pengurusan
  • Tiada keperluan wajib tindakan pencegahan 
PRINSIP KUALITI ISO 9001:2015

a) Fokus kepada pelanggan (harapan dan keperluan pelanggan) Sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dan stakeholder/ pihak berkepentingan setiap masa 

b) Kepimpinan (Tuju arah dan Sokongan) Penglibatan pengurusan atasan dalam setiap aspek pengurusan Cth, merancang, melaksana, mengawal dan memantau 

c) Penglibatan ( Penyertaan dan Akauntabiliti) Penglibatan semua peringkat tenaga kerja dalam sistem penyampaian perkhidmatan

d) Pendekatan Proses ( Kecekapan dan Keberkesanan) Keupayaan menggunakan sumber dan aktiviti yang berkaitan diuruskan sebagai satu proses

e) Penambahbaikan (terhadap Produk dan Proses) Menerapkan dan melaksanakan budaya penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan 

f) Keputusan berdasarkan fakta nyata (statistic dan Trends) Keputusan dibuat berdasarkan data dan maklumat yang nyata dan relevan 

g) Hubungan Pengurusan Memastikan hubungan dengan pelanggan dan pihak berkepentingan sentisa terjalin baik bagi menjaminkan produk dan perkhidmatan dapat disampaikan dengan berkesan 


Staf yang terlibat termasuk Tn Haji Mat Jantan.
Gelagat yang dapat dilihat

SISTEM PENGURUSAN ISO 14001 :2015


ISO 14001 merupakan butiran dan panduan tentang penggunaan untuk sesebuah organisasi syarikat melaksanakan system pengursan alam sekitar. Standard ini boleh digunakan oleh mana-mana organisasi yang melaksanakan dan memperbaiki system pengurusan alam sekitar,operasi dan aktiviti selaras dengan polisi alam sekitar yang telah ditetapkan serta memperolehi sijil system pengurusan alam sekitar (MES).Standard ini menerangkan secara terperinci tentang keperluan system pengurusan alam sekitar bagi membolehkan sesebuah organisasi merangka polisi dan objektif selaras dengan keperluan perundangan dan maklumat tentang kepentingan terhadap alam sekitar.

A.Polisi Alam Sekitar

B.Program-Program Pengurusan Alam Sekitar.A
I.Aspek Alam Sekitar
Ii.Perundangan Dan Keperluan Lain
Iii.Program-Program Pengurusan Alam Sekitar

C.Perlaksanaan Dan Operasi
I.Struktur Dan Tangggungjawap
Ii.Latihan,Kesedaran Dan Kelayakan
Iii.Komunikasi
Iv.Pendokumentasian Sistem Pengurusan Alam Sekitar
Vi.Kawalan Dokumen
Vii.Persedian Dan Tindak Balas Kecemasan

D.Pemantauan Dan Tindakan Pembetulan
I.Pemantauan Dan Pengukuran
Ii.Ketidakselaran Dan Tindakan Pencegahan Dan Pembetulan
Iii.Rekod-Rekod
Iv.Audit Sistem Pengurusan  Alam Sekitar

E.Tinjauan Pengurusan 

Team Work menyiapkan tugasan

APA ITU OHSAS 18001:2007


OHSAS ialah standard yang dibangunkan oleh pasukan OHSAS iaitu persatuan yang melibatkan agensi kerajaan,badan pensijilan,standard kebangsaan,persatuan industri dan perunding.OHSAS 18001 berfungsi untuk membantu organisasi mewujudkan system pengurusan untuk menguruskan dan mengawal risiko kesihatan dan keselamatan dan meningkatkan prestasi OH&S mereka. 

  • Pengukuhan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengurangkan risiko kepada pekerja.
  • Dapat melaksanakan ,mengekalkan dan mencapaikan pembaikan berterusan kepada organisasi
  • Dapat menyakinkan dan mematuihi polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Pembuktian kepada pihak-pihak lain.
  • Dapat melakukan pematuhan sendiri dan deklarasi bagi spesifikasi sistem pengurursan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.



En Omar memberi tunjuk ajar kepada staf HAJIMAT

Ada 6 team berkumpulan.


Sesi gambar bersama

_____________________________________________________________________________

**Penafian:Tafsiran tentang sistem pengurusan ISO 9001:2015 + ISO 14001:2015 + OSHAS 18001:2007 mungkin berbeza dalam penulisan, skop dan persekitaran tertentu. Standard ini hendaklah digunakan sebagai garis panduan dan gambaran keseluruhan umum dalam mematuhi standard. Panduan dan bimbingan oleh sumber yang terlatih diperlukan bagi memastikan tafsiran dan pelaksanaan standard dilakukan dengan betul

Friday, September 8, 2017

PELAJAR UTM TAMAT LATIHAN INDUSTRI DI SYARIKAT HAJIMAT SDN BHD

Alhamdulilah,ucapan terima kasih kepada dua orang pelajar dari UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) yang telah tamat menjalani latihan praktikal di syarikat HAJIMAT SDN BHD.

NORHIKMAH BINTI ABDUL RAZAK,
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS ( GEOINFORMASI )

NORSYUHADAH BINTI ABDUL RAZAK
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS ( KIMIA INDUSTRI )

13/06/2017 hingga 30/08/2017.

Antara staf yang hadir

Jamuan Makan bersama pelajar praktikal

Sesi bergambar kenangan

Cik Rosaini Abd Ghani selaku penyelia bergambar dengan Nor Hikmah & Nor Syuhadah ( Adik Beradik)
Pihak syarikat HAJIMAT mengucapkan syabas serta semoga maju jaya dan semoga dapat menjadi seorang ihsan berguna di masa hadapan. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh bersama kami dapat menjadi manfaat buat mereka.

Tuesday, September 5, 2017

RAYA QURBAN DI RUMAH TUAN HAJIMAT

Syukur dan alhamdulilah. Hari Raya Qurban ialah hari yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Tn Haji Mat Bin Haji Jantan turut melakukan qurban di perkarangan rumah beliau. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya diagihkan kepada pekerja syarikat HAJIMAT dan penduduk sekitar kampung Pokok Mangga.


Jom lihat sisipan gambar yang disediakan :


Antara pekerja yang hadir

Gotong royong pekerja HAJIMAT

Kerja kerja memotong daging lembu

Aktiviti memasak daging korban

Majlis jamuan makan
Syukur alhamdulilah majlis telah selesai dengan jayanya dan terima kasih kepada Tn.Haji Mat sekeluarga kerana telah menyediakan juadah makan bersama pekerja syarikat HAJIMAT.Semoga Tn Haji Mat murah rezeki dan panjang umur.Amin.