Showing posts with label Info tangki septik. Show all posts
Showing posts with label Info tangki septik. Show all posts

Thursday, September 14, 2017

APA ITU TANGKI SEPTIK ?

Tangki septik dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. 

Tangki Septik atas dan tangki Yum bawah.

 Bahan bina macam mana?

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder
( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Apa itu Lurang?

Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang

Terbahagi kepada 4:
1. Lurang cetek
2. Lurang biasa
3. Lurang dalam
4. Lurang tirai belakang

1. Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

2. Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

3. Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm


4. Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Pembinaan Lurang

Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.

Contoh jenis lurang

Sump

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Jom tonton video sedutan ini.


Tuesday, August 29, 2017

TAHUKAH ANDA KEBURUKAN MENGUNAKAN TANDAS DUDUK !!

Mana Satu Pilihan Anda, Duduk Atau Mencangkung ?
Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang ini nampaknya sudah mula beralih arah kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar, masing-masing seakan –akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai diantara kita yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.
Tahukah anda apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini dan apa pula keburukan akibat menggunakan tandas jenis duduk?

Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.
Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.
Risiko yang menanti semasa membuang air besar menggunakan tandas duduk
Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toksin diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toksin tersebut.
Dan didalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.
Sains barat telah membuktikan kebaikan membuang sambil cangkung
Setelah anda membaca artikel ini, Pasti anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Tetapi terserahlah,dan harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan.Jangan berbuat demikian ya.

Thursday, April 27, 2017

BAHAYA MENANTI DISEBALIK TANGKI SEPTIK !!!


Info Tangki Septik !!!

Di Negara bertuah yang bernama Malaysia termasuk sabah dan sarawak mempunyai lebih 1 juta tangki septik persendirian yang ada rumah....



Hanya 25% sahaja individu yang mengosongkan tangki septik.. (Tak ramai yang buatkan )..

Yang terbaru sebanyak 75% individu yang mempunyai tangki septik jarang mengosongkan tangki dan akan turut mencemarkan sumber serta ia juga akan mengancam kesihatan  pengguna dan kehidupan alam semula jadi...

Ingat,kita juga bertanggungjawap dalam pemuliharan alam sekitar...

Ada kesan bahaya ke jika air tidak dirawat ?

Yup,ada bakteria yang bahaya jika air dirawat antaranya bakteria E.coli, koliform dan bakteria bertoksin Clostridium Perfringens..

Bakteria ini juga berpontensi menyebabkan anda  jatuh sakit mahupun kematian...

Sebelum mengakhiri penulisan, pihak syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd ingin bertanya kepada pembaca blogger,"ADAKAH ANDA SUDAH SERVIS TANGKI SEPTIK?"....

Jika anda belum buat servis atau tidak pernah membuat sedutan air kumbahan,Boleh hubungi kami di talian bebas tol 1800-887-111 & 06-335-4845 ....Beroperasi Isnin-Sabtu..Waktu 8.30 Pagi - 5.00 Petang...