Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pepejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary.
Loji Rawatan Air Kumbahan
Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus.
Industri loji rawatan wujud untuk merawat air kumbahan yang dihasilkan khusus daripada proses
industri. Loji rawatan air kumbahan seperti ini boleh mengurangkan kos rawatan air
mentah dengan penggunaan pelbagai teknologi rawatan air untuk menukar air
buangan yang terpilih ke dalam apa yang dikenali sebagai air tebus guna yang
boleh diguna semula untuk pelbagai tujuan.
Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah untuk mengurangkan bahaya dan selamat digunakan oleh manusia semula, selain menghilangkan terus, mengurang atau meminimumkan kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kepada anda semua bahawa pentingnya loji rawatan air kumbahan ini.
Tangki
septik dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan
skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di
kawasan kediaman rumah perseorangan.
Tangki Septik atas dan tangki Yum bawah.
Bahan bina macam mana?
Bahan
binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass)
atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari
konkrit) atau berbentuk silinder
( bahan
daripada plastik atau fiber).
Bahan
buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan
pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan
diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan.
Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang
kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua
akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.
Apa itu Lurang?
Dikenali
sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia
di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya
kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang
biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya
berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk
"L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap
lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"
Jenis-jenis lurang
Terbahagi kepada 4:
1. Lurang cetek
2. Lurang biasa
3. Lurang dalam
4. Lurang
tirai belakang
1. Lurang
Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.
2. Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm
3. Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm
4. Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau
saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah
dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan
Pembinaan Lurang
Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau
undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.
Contoh jenis lurang
Sump
Sump dibina
untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting
kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan
kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di
dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.Saliran
yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan
terdapat saliran masuk dan saliran keluar.