Wednesday, January 3, 2018

BANYAK BOTOL PLASTIK? JANGAN BUANG...!!!

Banyak sangat botol plastik kat rumah? Teringin nak guna semula, tapi tak tahu nak buat ape??

Mari Team Milagro kongsikan kegunaan botol minuman plastik ni untuk bantu kita berkebun dan menambah baik kebun kita. 


Siram Tanaman





 1. Tebuk lubang menggunakan paku atau paku tekan di bahagian badan botol.
2. Sambungkan bahagian muncung botol dengan getah paip yang biasanya digunakan untuk menyiram pokok.
3. Anda boleh siram pokok dengan lebiih mudah dan cepat.
4. boleh digunakan untuk memudahkan menyiram rumput karpet.



1. Tebuk beberapa lubang kecil di tutup botol, menggunakan paku tekan atau paku.
2. Penuhkan botol dengan air, dan tutupkan.
3. Kerja menyiram pokok jadi lebih mudah dan cepat.


Penyiram Pokok Automatik


1. Tebuk lubang bersaiz sederhana di tutup botol palstik.
2. Penuhkan air di dalam botol dan tutup.
3. Tanam sebahagian muncung botol berdekatan tanaman anda.
4. Pastikan  muncung botol menghala ke bahagian akar pokok.





1. Tebuk beberapa lubang menggunakan paku di bahagian badan botol. 
2. Tanam botol di antara tanaman anda.
3. Penuhkan air ke dalam botol.
4. Tanaman anda akan sentiasa mendapat air yang secukupnya.
5. Tambah air bila perlu.


Taman Menegak



1. Guna semula botol plastik sebagai taman menegak atau Vertical Garden
2. Sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan di kebun masing-masing. 
3. Sesuai untuk mereka yang tinggal di pangsapuri yang mempunyai ruang terhad.


Penyodok Tanah Buatan Sendiri.



1. Hasilkan penyodok tanah sendiri menggunakan botol plastik.
2. Hanya tandakan bahagian yang ingin di potong, potong dan kemaskan. 


Bonus: Bina Rimah Hijau Anda Sendiri



Luangkan hujung minggu anda dengan betani. Tinggal di pangsapuri, tiada tanah yang luas, tiada masa untuk siram pokok bukan lagi alasan untuk anda tidak bertani. Anda juga boleh mengadakan aktiviti dengan anak-anak anda dengan menggunakan idea-idea yang TeamMilagro kongsikan di sini. 

Sampai bila nak telan RACUN??  Bertani adalah salah satu cara untuk pastikan yang anda memberikan makanan yang sihat untuk keluarga anda, selain dapat menjimatkan perbelanjaan rumah. 


Untuk dapatkan Baja Organik MilAgro 

HUBUNGI KAMI SEGERA 📞


atau PM KAMI 


Mari pakat ramai-ramai guna baja MilAgro.


Sumber : 
http://followgreenliving.com/,
https://www.wikihow.com/Reuse-Plastic-Bottles-for-Your-Garden
http://creativeideasz.blogspot.my/2013/04/idea-to-keep-soil-moist-for-plants.html
https://www.thespruce.com/watering-plants-while-on-vacation-1402425
https://brightside.me/inspiration-tips-and-tricks/17-ingenious-ideas-to-reuse-plastic-bottles-367160/
https://www.thebetterindia.com/58509/reuse-plastic-bottles-reduce-pollution-waste/
https://ideastand.com/reusing-plastic-water-bottles/

1 comment:

  1. Wow banyak tip yang bermanfaat. Jadi botol yang telah diguna elok direcycle semula dalam bentuk lain saperti penyodok tanah dan alat siraman.Terima kasih banyak kongsi ilmu.

    ReplyDelete