Pasu Disket
Ni harta paling legend sekali. Ramai anak muda sekarang yang tak tahu, dan tak pernah nampak pun disket. Jika anda ada terjumpa disket di rumah, jangan terus buang, jadikan pasu, setidak-tidaknya dapat juga simpan bahan sejarah..
Cara-cara:
1) Lekatkan bahagian tepi disket menggunakan glue gun
2) Masukkan tanah dan tanaman anda.
3) Boleh juga dijadikan sebagai tempat untuk letak pencil.
Kalau anda tidak ada glue gun di rumah, guna saja cable tie seperti di bawah ni untuk ikat disket untuk dijadikan pasu..
Pasu Cawan/Teko
Ada cawan atau teko yang dah retak atau sumbing, tapi anda sayang nak buang?
Jadikan pasu untuk tanaman anda. Selepas itu, ia juga boleh jadikan hiasan di atas meja di rumah atau pejabat.
Tin Aluminium
Banyak tin susu, tin biskut, tin minuman, dan tin cat. Jadikan tin-tin tersebut sebagai pengganti pasu, selain dapat jimatkan duit untuk beli pasu, laman kita akan nampak lebih unik!
Tin - tin yang kecil biasanya sesuai untuk tanaman seperti daun bawang, daun sup, dan tanaman herba.
Cengkerang Siput
Anda bercadang untuk bercuti di pantai?
Jika jumpa cengkerang yang cantik, bawa la balik, boleh jadi pasu mini..
Kasut
Tapak kasut Crocs anda sudah haus? Sayang nk buang sebab harga mahal?
Jadikan sebagai pasu untuk tanaman anda.
Jika ada kasut yang sudah tak boleh pakai sebab rosak dan sebagainya, jangan terus buang, masih boleh digunakan lagi tu..
Kulit Telur
1) Guna kulit telur untuk semai biji benih.
2) Mudah untuk anda pindahkan ke pasu yang lebih besar.
Setakat ini sahaja perkongsian dari kami Team Milagro, Terima Kasih dan jumpa lagi di update yang akan datang.
Sampai bila nak telan RACUN?? Pertanian adalah salah satu cara untuk pastikan yang anda memberikan makanan yang sihat untuk keluarga anda, selain dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah.
Untuk dapatkan Baja Organik MilAgro
HUBUNGI KAMI SEGERA 📞
atau PM KAMI
Mari pakat ramai-ramai guna baja MilAgro.
Sumber: -
Google image
Pinterest
Youtube
diy-is-fun.com
themicrogarden.com
homedit.com
brit.co
hellolidy
lifestylebycaroline
socreativethings
bettertogetherherbc
No comments:
Post a Comment