Showing posts with label Kebersihan menjaga tandas. Show all posts
Showing posts with label Kebersihan menjaga tandas. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

CSR SYARIKAT HAJIMAT DI TADIKA LITTLE CALIPH SERI CERIA


Syarikat Hj Mat Hj Jantan buat julung kali pertamanya membuat program CSR berkonsepkan pendidikan kepada kanak-kanak di tadika caliph seri ceria,lorong pandan melaka.

Antara yang terlibat dalam program ini ialah Cik Siti Zaiton Bt Hj Mat,Cik Siti Aisha Bt Hj Mat serta Cik Siti Hidayah Bt Hj Mat selaku ahli lembaga pengarah syarikat dan tidak lupa juga kepada staf yang terlibat En Najib Bin Ma'amor,En Kamarul Azam B. Kamarudzaman,En Muhd Fariz B. Mat Darus,Cik NurShuhada Adlina Bt Mohd Khair,Nurul Hanani Bt Banan dan Cik Siti Faridah.

Seramai 139 orang kanak-kanak yang terlibat termasuk guru-guru tadika dalam program pendidikan bersama staf syarikat HAJIMAT.

Team dibahagi kepada 2 kumpulan,kumpulan 1 iaitu En Najib,Cik Faridah & Cik Zaiton.Mana kala kumpulan 2 iaitu En Fariz,Cik Aisha,Cik Hidayah & Cik Shuhada


Cik Faridah & Cik Zaiton bersama kanak-kanak tadika

Antara gelagat aksi lucu yang dapat disaksikan

En Fariz,Cik Aisha dan Cik Shuhada juga turut tidak ketinggalan untuk menceriakan suasana

Kanak-kanak tadika caliph suka bersama team hajimat

Antara aktiviti yang turut diadakan oleh team hajimat
Selain itu,pihak pengurusan syarikat juga memberi latihan amali berkaitan adab-adab di tandas seperti membaca doa semasa hendak masuk ke tandas dan cara-cara hendak cuci tandas.

En Najib bersama kanak-kanak lelaki untuk mengajar cara cuci tandas dengan betul

Cik Faridah & Cik Zaiton juga tidak ketinggalan untuk mengajar.

Sesi bergambar beramai-ramai.

Bergambar bersama dengan pemilik taska iaitu Puan Asmizana Bt Tarmizi ( Tudung Biru)
Alhamdulilah,selesai juga sesi CSR berkonsepkan pendidikan bersama Tadika Caliph Seri Ceria dengan Syarikat HAJIMAT ini,semoga ia mampu memberi manfaat dan faedah khususnya buat anak-anak di little caliph.

Tuesday, August 29, 2017

TAHUKAH ANDA KEBURUKAN MENGUNAKAN TANDAS DUDUK !!

Mana Satu Pilihan Anda, Duduk Atau Mencangkung ?
Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang ini nampaknya sudah mula beralih arah kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar, masing-masing seakan –akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai diantara kita yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.
Tahukah anda apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini dan apa pula keburukan akibat menggunakan tandas jenis duduk?

Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.
Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.
Risiko yang menanti semasa membuang air besar menggunakan tandas duduk
Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toksin diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toksin tersebut.
Dan didalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.
Sains barat telah membuktikan kebaikan membuang sambil cangkung
Setelah anda membaca artikel ini, Pasti anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Tetapi terserahlah,dan harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan.Jangan berbuat demikian ya.