Showing posts with label Tandas Kotor. Show all posts
Showing posts with label Tandas Kotor. Show all posts

Tuesday, August 29, 2017

TAHUKAH ANDA KEBURUKAN MENGUNAKAN TANDAS DUDUK !!

Mana Satu Pilihan Anda, Duduk Atau Mencangkung ?
Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang ini nampaknya sudah mula beralih arah kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar, masing-masing seakan –akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai diantara kita yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.
Tahukah anda apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini dan apa pula keburukan akibat menggunakan tandas jenis duduk?

Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.
Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.
Risiko yang menanti semasa membuang air besar menggunakan tandas duduk
Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toksin diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toksin tersebut.
Dan didalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.
Sains barat telah membuktikan kebaikan membuang sambil cangkung
Setelah anda membaca artikel ini, Pasti anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Tetapi terserahlah,dan harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan.Jangan berbuat demikian ya.

Monday, August 14, 2017

PENTINGNYA MENJAGA KEBERSIHAN TANDAS

Kepentingan Tandas Bersih
Memastikan tandas yang bersih serta selesa digunakan mampu menggelakkan kita daripada jangkitan kuman dan bakteria.Selain itu,kebersihan melambangkan keperibadian diri kita.

Tandas yang bersih menyenangkan untuk membuang hajat

Mengapa Tandas Di Rumah Mahupun Awam Perlu Bersih Dan Selesa

Kerana ia mengambarkan imej yang baik pada masyarakat dan membawa implikasi yang besar terhadap kesihatan, kebersihan, persekitaran serta ekonomi kita semua. Kebersihan tandas juga boleh meningkatkan kualiti kehidupan bagi penghuni rumah awam,rumah kampung,dan pemilik tandas.

Kesan Buruk Tidak Menjaga Kebersihan Tandas 

1.Masalah Kesihatan Yang Serius.

Tandas Kotor boleh menyebabkan kita sendiri akan menghadapi masalah kesihatan yang serius! Adakah kita sanggup menghidu bau bauan yang busuk dan mampu memberi tekanan pada diri sendiri.

Selain itu,penggunaan tandas yang kotor juga boleh mengakibattkan jangkitan kuman pada salur atau pundi kencing kita.Tahukah anda bahawa jangkitan ini boleh berlaku disebabkan persekitaran yang begitu kritikal kotornya.Bakteria yang berbahaya yang dimaksudkan ialah Escheria Coli atau dikenali nama ringkasnya E.COLI.

Tambahan pula,jika tandas dihuni oleh penghuni lain seperti lalat, juga mampu untuk memberi keracunan makanan kerana lalat merupakan pembawa bakteria yang amat merbahaya..

Tandas yang begitu amat kotor sekali

2.Antara Bakteria Yang Terdapat Dalam Tandas.

Bakteria yang terdapat didalam kekotoran ini ialah E.Coli,Shigella,Camphylobacter,Staphylococuc dan Organisma Protozoa yang dikenali sebagai Giardia Lamblia dam Emtamoeba Histolytica.

Ya,ada macam-macam nama bakteria ni ye..

Apa Peranan Bakteria ini?

Bakteria ini yang akan menyebabkan kita mendapat sakit cirit birit! E.Coli,Shigella,Camphylobacter dan Staphylococuc ia merupakan sebuah bakteria yang hidup dalam sistem penghadaman manusia mahupun haiwan.

Gambaran Bakteria E.Coli,Shigella,Camphylobacter & Staphylococuc
Ingat,apa yang kita membuang hajat didalam tandas,itu la bakteria yang ada.

Shigella merupakan bakteria yang boleh tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar.

Giardia Lamblia adalah sejenis penyakit utama iaitu giardiasis jangkitan kuman yang berlaku pada usus kecil.Antara kuman bakteria yang ada dalam usus manusia mahupun haiwan ialah,Staphylococcus aureus,Pseudomonas eruginosa,Streptococcus faecalis,Canadida Albicans,kumpulan Salmonella dan Proteus

Fuhh,banyak juga nama-nama bakteria ni nak ingat..Tak apa,ini sekadar info untuk peringatan untuk kita sebagai pemilik tandas tak kira di rumah mahupun di tempat lain. Kebersihan tandas awam juga adalah peranan kita bersama yang menggunakannya. "Tandas Berkualiti,Hidup Berkualiti".

Sebelum mengakhiri bacaan ini,kami dari Syarikat HAJIMAT nak tanya kepada anda :

Tangki septik rumah anda sudah servis tahun ini?
Hubungi kami segera!
1800 88 7111
1800 88 7111
1800 88 7111
😀😁😉😊
#teamHajimat