Showing posts with label Kempen Kitar Semula. Show all posts
Showing posts with label Kempen Kitar Semula. Show all posts

Wednesday, September 20, 2017

ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAP SIAPA?

Pembuangan sampah merupakan satu punca pencemaran yang sangat serius kepada alam sekitar kita. Antara sebabnya ialah orang membuang sampah secara merata-rata kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah, malas untuk melakukan pengasingan dan kitar semula atau tidak mahu membayar cukai atau yuran penggunaan tapak pelupusan sampah itu. Maka wujudnya sikap yang tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya. 
Pembuangan sampah yang tidak terkawal 
Faktor punca yang masih berlaku sehingga kini antaranya kerana kurang pendidikan dan kesedaran di kalangan masyarakat kita menyebabkan masih ramai yang belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibat atau kesan kepada kesihatan kita apabila tidak menguruskan sampah dengan baik. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah daripada pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka menjadi sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar dengan serius pada hari ini.



Kesan-kesan pencemaran pembuangan sampah antaranya ialah, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air itu boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebihan dan tidak terkawal seterusnya apabila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ dari alga tersebut akan menggunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.


Akibat pembuangan sampah dilaut 
Tambahan pula, kesan pembuangan sampah juga boleh menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling. Sampah sarap yang dibuang merata-rata atau tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan bau busuk serta dapat potensi kepada nyamuk Aedes membiak di situ, lalat yang banyak yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit. Pembuangan sampah tidak terkawal juga akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan penduduk sekeliling perumahan itu.


Tempat Nyamuk Aedes membiak dan dan lalat
Antara langkah–langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal ini ialah dengan penguatkuasaan undang-undang haruslah diketatkan. Kompaun dan hukuman seperti memberi saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah merata-rata perlulah di lakukan. Usaha untuk memberi kesedaran dan kefahaman juga perlu dilakukan dengan lebih agresif lagi supaya masyarakat awam faham dan berhenti jadikan amalan kepada pembuangan sampah secara tidak terkawal dan merata-rata ini.

Program kitar semula adalah salah satu langkah yang penting untuk menggelakan masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal. Kebaikan program kitar semula dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai baja organik.
Kebaikan dari segi ekologi pula ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya dari terus tercemar. 

Beberapa cara yang paling mudah untuk mengurangi sampah, diantaranya ialah lakukan 4R.

1.Replace
2.Reuse
3.Reduce 
4.Reycle
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca kertas,logam,plastik,tekstil dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru.

Dengan ada kempen-kempen kitar semula ini,kita sendiri mampu mengurangkan pencemaran dan boleh memastikan kesimbangan alam sekitar





Tuesday, May 2, 2017

SAMPAH BUANGAN BOLEH BUAT DUIT !

Sebagai pengguna, kita memainkan peranan yang penting kerana kita sendiri yang menghasilkan sampah dari rumah,sekolah mahupun ditempat kerja setiap hari.

Hasil Pembuangan Botol Plastik & Kaca Serta Tin Aluminium Boleh Menghasilkan Duit.
Tapi adakah anda tahu,sampah buangan dari kita sendiri boleh menghasilkan "DUIT" ?

Barang yang dimaksudkan ialah kertas seperti surat khabar,buku sekolah majalah,dan komik,selain itu,botol minum plastik pun boleh dijual dan tin aluminium pun sama..Wow,"DUIT" tu...

Pusat kitar semula yang sedia ada.
Pengasingan sampah yang dihasilkan dirumah mahupun ditempat kerja patut dibuat dan diamalkan. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan kitar semula ini.

Anda juga perlu tahu bahan yang dikitar semula ini seperti surat khabar,besi dan kaca boleh menjana pendapatan sendiri dan boleh dijual semula

Hantarlah bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk tujuan mendapat pendapatan sampingan.

Tin & botol plastik boleh menjana pendapatan tambahan untuk anda
Mengikut sumber, kadar kitar semula di Malaysia cuma sekitar sebanyak hanya lima peratus. Oleh kerana sifat sampah dapur yang basah dan bercampur gaul dengan pelbagai bahan, maka bahan tidak boleh dikitar semula dan perlu terus dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Jika diteliti, sampah dapur juga mempunyai nilai yang tinggi untuk dikitar semula. Mungkin bukan untuk dijadikan sesuatu barangan lain, seperti sampah kertas yang boleh dikitar semula untuk dijadikan kertas. Sebaliknya bahawa sampah dapur boleh dikompos untuk dijadikan baja.

Pengurangan sisa yang dihasilkan di oleh rakyat Malaysia tidak dapat dilakukan oleh satu pihak sahaja. Hal ini melibatkan usaha secara bersama pengguna, industri dan pihak kerajaan. Dengan kerjasama yang erat ini, kita mampu dapat mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar. 

Ingatlah, ini sahaja bumi yang kita ada untuk didiami. 

Masa depan bumi terletak ditangan anda. Sekian, terima kasih

Kempen Kesedaran Kitar Semula Boleh Diserap Semua Lapisan Masyarakat