Showing posts with label Kitar Semula. Show all posts
Showing posts with label Kitar Semula. Show all posts

Tuesday, August 8, 2017

BAJA ORGANIK MILAGRO 'Miracle Of Life'


Buat pertama kalinya untuk syarikat HAJIMAT, dalam misi untuk membantu memelihara alam sekitar, 1 inisiatif telah diambil bagi mengurangkan penggunaan kawasan tanah bagi tempat pelupusan sampah dengan menghasilkan sebuah produk baja yang bernama "MILAGRO" dari sisa buangan seperti sisa makanan & najis haiwan.

Sumber utama yang diperoleh adalah melalui  sisa buangan sampah domestik seperti :

1.Dari tapak pelupusan sampah
2.Pengasingan bahan organik dan bukan organik
3.Keutamaan seperti sisa makanan dan sisa kebun serta tumbuhan

Baja "MILAGRO" merupakan baja yang sesuai untuk pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya tumbuhan dalam sektor pertanian.

Jom baca serba sedikit info tentang baja "MILAGRO" dari syarikat HAJIMAT. ^_^












Penggunaan baja organik perlu di perluaskan lagi bagi bersama membantu memulih dan memelihara kebaikan alam sekitar daripada terus tercemar. Sesungguhnya bumi ini adalah pinjaman kita untuk generasi yang akan datang.

Bagi anda yang ingin mendapat baja "MILAGRO" atau mahu ketahui maklumat lanjut, boleh hubungi pihak syarikat HAJIMAT di talian 1800 88 7111. Baja MILAGRO- Miracle Of Life. ^_^


Tuesday, June 13, 2017

TIPS PENGURUSAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL

PENDAHULUAN 


-Masalah pembuangan sisa pepejal semakin meruncing kerana bertoksid dan tidak reput.Ini juga menimbulkan pelbagai masalah pencemaran yang serius.
-Akibat daripada tiada kesedaran sivik di kalangan masyarakat.
-Oleh itu,langkah-langkah untuk mengatasi harus dipraktikkan agar dapat mengurangkan kadar statistik masalah sisa pepejal ini.


ISI-ISI PENTING

1.PENGURUSAN YANG BERSEPADU
-Merangkumi proses kitar semula,penggunaan semula,pengkomposan,loji rawatan termahal dan tapak pelupusan.
-Contohnya,loji rawatan terma di Beroga,Selangor yang menggunakan teknologi gas.
-Loji rawatan terma ini menggunakan tenaga daripada sisa pepejal itu sendiri untuk berfungsi dan mengurangkan dioksin serta volum gas eksos.
-Selain itu,proses kitar semula bahan-bahan dan memproses baki sisa untuk dijadikan blok penurapan jalan atau atap getting.

2.KITAR SEMULA SISA PEPEJAL
-Mengembangkan teknologi kitar semula untuk menghasilkan kegunaan alternative.
-Barang-barang seperti botol kaca,plastic dan tin aluminium mengambil masa 15 tahun untuk reput,oleh itu barang-barang tersebut harus dikitar semula.
-Contohnya,plastik dihancurkan menjadi fiber halus.
-Fiber halus pula digunakan untuk menghasilkan kain,beg,dan baju hujan.Manakala tayar buruk dijadikan tukun tiruan dilaut.



3.BINA LOJI LUPUS SISA PEPEJAL
-Bahan yang bertoksid seperti minyak kotor dan plumbun boleh mencemarkan alam sekitar dan pembuangan racun serangga boleh mencemarkan air.
-Setiap kilang diwajibkan membina loji pelupusan sisa bertoksid kerana ia mampu menyahaktifkan bahan bertoksid kepada bahan yang tidak berbahaya dan mesra alam.
-Bahan yang tidak mudah reput dibuang di tapak pelupusan yang jauh dari tempat kediaman dan sumber air.

4.R&D UNTUK HASILKAN BARANGAN YANG MESRA ALAM
-Contohnya,mencipta bekas plastik yang mudah reput dan pinggan mangkuk dibuat daripada sekam padi yang tidak mencemarkan alam.
-Barangan ini bukan sahaja mesra alam malah menyuburkannya.
-Jentera yang dicipta bagi membolehkan plastik dan tayar dihancurkan menjadi fiber halus.
-Justeru itu,bahan pencemar harus diproses semula menjadi barangan yang berguna dan dapat mengurangkan kuantiti sisa pepejal.

KESIMPULAN
Semua pihak yang terlibat seharusnya bekerjasama untuk mengurangkan masalah sisa pepejal di negara ini agar dapat mewujudkan negara yang bersih dan selamat.Oleh yang demikian,pembuangan sisa pepejal yang bertoksid dan tidak reput harus diselenggarakan dengan baik agar tidak mengancam kesihatan kita.

Tuesday, May 2, 2017

SAMPAH BUANGAN BOLEH BUAT DUIT !

Sebagai pengguna, kita memainkan peranan yang penting kerana kita sendiri yang menghasilkan sampah dari rumah,sekolah mahupun ditempat kerja setiap hari.

Hasil Pembuangan Botol Plastik & Kaca Serta Tin Aluminium Boleh Menghasilkan Duit.
Tapi adakah anda tahu,sampah buangan dari kita sendiri boleh menghasilkan "DUIT" ?

Barang yang dimaksudkan ialah kertas seperti surat khabar,buku sekolah majalah,dan komik,selain itu,botol minum plastik pun boleh dijual dan tin aluminium pun sama..Wow,"DUIT" tu...

Pusat kitar semula yang sedia ada.
Pengasingan sampah yang dihasilkan dirumah mahupun ditempat kerja patut dibuat dan diamalkan. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan kitar semula ini.

Anda juga perlu tahu bahan yang dikitar semula ini seperti surat khabar,besi dan kaca boleh menjana pendapatan sendiri dan boleh dijual semula

Hantarlah bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk tujuan mendapat pendapatan sampingan.

Tin & botol plastik boleh menjana pendapatan tambahan untuk anda
Mengikut sumber, kadar kitar semula di Malaysia cuma sekitar sebanyak hanya lima peratus. Oleh kerana sifat sampah dapur yang basah dan bercampur gaul dengan pelbagai bahan, maka bahan tidak boleh dikitar semula dan perlu terus dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Jika diteliti, sampah dapur juga mempunyai nilai yang tinggi untuk dikitar semula. Mungkin bukan untuk dijadikan sesuatu barangan lain, seperti sampah kertas yang boleh dikitar semula untuk dijadikan kertas. Sebaliknya bahawa sampah dapur boleh dikompos untuk dijadikan baja.

Pengurangan sisa yang dihasilkan di oleh rakyat Malaysia tidak dapat dilakukan oleh satu pihak sahaja. Hal ini melibatkan usaha secara bersama pengguna, industri dan pihak kerajaan. Dengan kerjasama yang erat ini, kita mampu dapat mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar. 

Ingatlah, ini sahaja bumi yang kita ada untuk didiami. 

Masa depan bumi terletak ditangan anda. Sekian, terima kasih

Kempen Kesedaran Kitar Semula Boleh Diserap Semua Lapisan Masyarakat