Showing posts with label Air Minum. Show all posts
Showing posts with label Air Minum. Show all posts

Tuesday, June 13, 2017

TIPS PENGURUSAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL

PENDAHULUAN 


-Masalah pembuangan sisa pepejal semakin meruncing kerana bertoksid dan tidak reput.Ini juga menimbulkan pelbagai masalah pencemaran yang serius.
-Akibat daripada tiada kesedaran sivik di kalangan masyarakat.
-Oleh itu,langkah-langkah untuk mengatasi harus dipraktikkan agar dapat mengurangkan kadar statistik masalah sisa pepejal ini.


ISI-ISI PENTING

1.PENGURUSAN YANG BERSEPADU
-Merangkumi proses kitar semula,penggunaan semula,pengkomposan,loji rawatan termahal dan tapak pelupusan.
-Contohnya,loji rawatan terma di Beroga,Selangor yang menggunakan teknologi gas.
-Loji rawatan terma ini menggunakan tenaga daripada sisa pepejal itu sendiri untuk berfungsi dan mengurangkan dioksin serta volum gas eksos.
-Selain itu,proses kitar semula bahan-bahan dan memproses baki sisa untuk dijadikan blok penurapan jalan atau atap getting.

2.KITAR SEMULA SISA PEPEJAL
-Mengembangkan teknologi kitar semula untuk menghasilkan kegunaan alternative.
-Barang-barang seperti botol kaca,plastic dan tin aluminium mengambil masa 15 tahun untuk reput,oleh itu barang-barang tersebut harus dikitar semula.
-Contohnya,plastik dihancurkan menjadi fiber halus.
-Fiber halus pula digunakan untuk menghasilkan kain,beg,dan baju hujan.Manakala tayar buruk dijadikan tukun tiruan dilaut.



3.BINA LOJI LUPUS SISA PEPEJAL
-Bahan yang bertoksid seperti minyak kotor dan plumbun boleh mencemarkan alam sekitar dan pembuangan racun serangga boleh mencemarkan air.
-Setiap kilang diwajibkan membina loji pelupusan sisa bertoksid kerana ia mampu menyahaktifkan bahan bertoksid kepada bahan yang tidak berbahaya dan mesra alam.
-Bahan yang tidak mudah reput dibuang di tapak pelupusan yang jauh dari tempat kediaman dan sumber air.

4.R&D UNTUK HASILKAN BARANGAN YANG MESRA ALAM
-Contohnya,mencipta bekas plastik yang mudah reput dan pinggan mangkuk dibuat daripada sekam padi yang tidak mencemarkan alam.
-Barangan ini bukan sahaja mesra alam malah menyuburkannya.
-Jentera yang dicipta bagi membolehkan plastik dan tayar dihancurkan menjadi fiber halus.
-Justeru itu,bahan pencemar harus diproses semula menjadi barangan yang berguna dan dapat mengurangkan kuantiti sisa pepejal.

KESIMPULAN
Semua pihak yang terlibat seharusnya bekerjasama untuk mengurangkan masalah sisa pepejal di negara ini agar dapat mewujudkan negara yang bersih dan selamat.Oleh yang demikian,pembuangan sisa pepejal yang bertoksid dan tidak reput harus diselenggarakan dengan baik agar tidak mengancam kesihatan kita.

Tuesday, May 16, 2017

SELAMATKAH JIKA MINUM AIR PAIP ?

Berjalan-jalan di pasaraya mahupun di pasar malam sekarang ini pasti ada penjual penapis air menegur anda untuk cuba menjual produk mereka.
Hari ini semakin banyak pakej-pakej  penapis air yang menawarkan pelbagai jenama-jenama yang dikatakan pakar dalam bidang penapisan air bersih. 
Walaupun begitu, pernahkah kita sendiri terfikir apa keperluan penapis air itu di rumah kita sendiri ? Berikut adalah beberapa jawapan yang ingin dikongsikan oleh pihak HAJIMAT yang telah saya huraikan dan ringkaskan untuk menjelaskan kepada masyarakat adakah benar keperluan penapis air itu di rumah kita? 

Benar ke itu semua hanya strategi pemasaran? Apa penjelasan sebenar yang hendak sampaikan?

Banyak persoalan kan? Jom kita baca untuk ingin tahu lebih lanjut.

1. Apa standard kualiti air kat negara kita?

Kerajaan Malaysia melaksanakan standard National Standard for Drinking Water Quality (Versi kedua Januari 2004) yang diadaptasi dari standard WHO untuk taraf kualiti air minuman.

2. Adakah air dengan klorin selamat untuk diminum?

Ya. Klorin digunakan untuk membasmi kuman di dalam air. Amaun yang digunakan adalah selamat untuk kegunaan kita dan sekadar untuk membunuh kuman & bakteria dalam air.



3. Adakah air dengan florida selamat di minum?

Ya.Tidak ada kajian mengatakan bahawa kehadiran florida dalam air mampu menyebabkan kanser, kerosakan buah pinggang atau penyakit tulang. Sebaliknya, dalam dos yang betul, florida mampu mencegah penyakit kaviti gigi anda.


4. Kenapa air rumah saya berwarna kuning/coklat?

Itu adalah lebihan aluminium, besi dan manganese yang akan dialirkan di dalam air jika berlaku kerja baik pulih perpaipan. Ia juga mungkin menunjukkan sistem perpaipan di rumah/bangunan anda sudah perlu diganti dengan kadar segera.


5. Adakah air di rumah kita selamat diminum terus dari paip?

Jawapannya, YA. Walaupun begitu, jika terdapat kesan seperti yang dinyatakan dalam soalan no.4, lebih baik pemeriksaan dilakukan secara harian,mingguan dan bulanan..



6. Siapa yang bertanggungjawab dengan sistem perpaipan di dalam rumah dan tangki simpan air jika berlaku kekotoran bekalan air?

Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan penyelenggaraan perpaipan dalam premis rumah mereka sendiri. Dapatkan senarai tukang paip yang berdaftar dari laman web Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk maklumat lanjut.

www.samb.com.my
7.Berapa lama tempoh jangka hayat sistem perpaipan rumah kita?
Bergantung kepada materialnya yang kita gunakan. Jika sistem menggunakan besi,jangka dalam sekitar 5-10 tahun. Untuk sistem yang menggunakan high density polythylene (HDPE) atau dalam bahasa mudahnya plastik,boleh bertahan lebih hingga 15-20 tahun.

8. Adakah baik untuk menggunakan penapis air di rumah?

Sebenarnya,bergantung pada kita sendiri jika hendak guna atau tidak..Seeloknya kita pasang untuk mengurangkan kadar kotor yang ada pada air..


Penapis air yang dipasang diluar rumah 
9. Tidak perlu penapis air langsung?
Pihak HAJIMAT memberi cadangan jika pengguna merasa ada keperluan menggunakan penapis air, gunakan sahaja penapis air yang berdekatan dengan kawasan sinki sahaja untuk membasuh makanan,cuci pinggan mangkuk dan kegunaan dapur.



10. Apakah jaminan pihak pengendali bekalan air dalam penggunaan penapis air?

Tidak ada jaminan yang diperuntukan kerana penapis air termasuk dalam kawalan pihak pengeluar produk yang termasuk dalam bidang kuasa KPDNKK. Ini juga termasuklah kualiti air yang dibekalkan oleh mesin layan diri 20 sen yang menggunakan sistem dispenser untuk bekalan air. Pihak pengguna perlu mengawasi kualiti air yang dibeli dari mesin seumpama itu..