Showing posts with label Tentang Bumi. Show all posts
Showing posts with label Tentang Bumi. Show all posts

Tuesday, June 13, 2017

TIPS PENGURUSAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL

PENDAHULUAN 


-Masalah pembuangan sisa pepejal semakin meruncing kerana bertoksid dan tidak reput.Ini juga menimbulkan pelbagai masalah pencemaran yang serius.
-Akibat daripada tiada kesedaran sivik di kalangan masyarakat.
-Oleh itu,langkah-langkah untuk mengatasi harus dipraktikkan agar dapat mengurangkan kadar statistik masalah sisa pepejal ini.


ISI-ISI PENTING

1.PENGURUSAN YANG BERSEPADU
-Merangkumi proses kitar semula,penggunaan semula,pengkomposan,loji rawatan termahal dan tapak pelupusan.
-Contohnya,loji rawatan terma di Beroga,Selangor yang menggunakan teknologi gas.
-Loji rawatan terma ini menggunakan tenaga daripada sisa pepejal itu sendiri untuk berfungsi dan mengurangkan dioksin serta volum gas eksos.
-Selain itu,proses kitar semula bahan-bahan dan memproses baki sisa untuk dijadikan blok penurapan jalan atau atap getting.

2.KITAR SEMULA SISA PEPEJAL
-Mengembangkan teknologi kitar semula untuk menghasilkan kegunaan alternative.
-Barang-barang seperti botol kaca,plastic dan tin aluminium mengambil masa 15 tahun untuk reput,oleh itu barang-barang tersebut harus dikitar semula.
-Contohnya,plastik dihancurkan menjadi fiber halus.
-Fiber halus pula digunakan untuk menghasilkan kain,beg,dan baju hujan.Manakala tayar buruk dijadikan tukun tiruan dilaut.



3.BINA LOJI LUPUS SISA PEPEJAL
-Bahan yang bertoksid seperti minyak kotor dan plumbun boleh mencemarkan alam sekitar dan pembuangan racun serangga boleh mencemarkan air.
-Setiap kilang diwajibkan membina loji pelupusan sisa bertoksid kerana ia mampu menyahaktifkan bahan bertoksid kepada bahan yang tidak berbahaya dan mesra alam.
-Bahan yang tidak mudah reput dibuang di tapak pelupusan yang jauh dari tempat kediaman dan sumber air.

4.R&D UNTUK HASILKAN BARANGAN YANG MESRA ALAM
-Contohnya,mencipta bekas plastik yang mudah reput dan pinggan mangkuk dibuat daripada sekam padi yang tidak mencemarkan alam.
-Barangan ini bukan sahaja mesra alam malah menyuburkannya.
-Jentera yang dicipta bagi membolehkan plastik dan tayar dihancurkan menjadi fiber halus.
-Justeru itu,bahan pencemar harus diproses semula menjadi barangan yang berguna dan dapat mengurangkan kuantiti sisa pepejal.

KESIMPULAN
Semua pihak yang terlibat seharusnya bekerjasama untuk mengurangkan masalah sisa pepejal di negara ini agar dapat mewujudkan negara yang bersih dan selamat.Oleh yang demikian,pembuangan sisa pepejal yang bertoksid dan tidak reput harus diselenggarakan dengan baik agar tidak mengancam kesihatan kita.

Thursday, January 26, 2017

TEDDY BEAR JADI SAMPAH?





Walau secomel mana pun barang yang dibuang, Bilamana dibuang, namanya tetap sampah. Sampah jika tak diuruskan dengan betul, pencemaran lahh jadinya. Bahan buangan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran. Ye ! Pencemaran.


Tahu tak sampah ni pun ada beberapa kategori yang berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnyaSampah sarap dibahagikan kepada beberapa jenis bahagian.

#1. SAMPAH DOMESTIK

Sampah domestik dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu organik, bukan organik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Contohnya sampah jenis organik ialah plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contoh sampah bukan organik ialah kaca, tin logam, tin alumunium, dan contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan elektrik, sampah tanaman dan perabot.



Image result for sampah klinikal#2. SAMPAH KLINIKAL

Sampah jenis ini merupakan sampah yang terhasil daripada tisu manusia ataupun binatang, sisa ubat - ubatan, kain sisa pembalut luka, kapas, darah dan semua peralatan tajam yang tidak terpakai. Untuk sampah jenis ni.. Ada tong khas tauu. Biasa kita boleh jumpa tong ni di klinik dan hospital dan akan ada sign 'Clinical Waste ONLY'.




#3. SAMPAH INDUSTRI

Punca sampah dari jenis ini ialah kilang -kilang, terutamanya dari komponen industri yang berasaskan kayu untuk dijadikan komponen kayu papan dan kayu balak. Biasanya sampah je ni terdapat pada kawasan perindustrian. Bahan buangan pepejal industri terdiri daripada logam, kayu, benang, kain, buangan makanan, buangan minyak dari sisa panapisan.

#4. SAMPAH KOMERSIAL

Jenis ini biasanya berasal dari buangan daripada kedai, restoran, hotel, pasar dan lain-lain aktiviti 
perniagaan. Biasanya komposisi sampah sarap komersial sama dengan klasifikasi domestik iaitu plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan dapur restoran, kertas -kertas dari pejabat. Sampah jenis ini didapati sebagai penghasil sampah terbesar kerana mencakupi kawasan yang luas. Sebenarnya tanpa kita sedar, lagi banyak kita makan.. lagi banyak sampah yang terhasil sama. 




#5.SAMPAH PEMBINAAN DAN PEROBOHAN

Sampah ini berpunca daripada bahan -bahan buangan yang terhasil daripada tapak pembinaan, pengubahsuaian dan tapak perobohan suatu bangunan.




#6.SAMPAH TUMBUH-TUMBUHAN

Sampah jenis ini berpunca daripada pembersihan atau pemotongan tumbuh - tumbuhan. Sampah sarap ini perlu diuruskan dengan baik demi kesejahteraan penduduk. Lagi-lagi sampah untuk negara yang beriklim panas macam di Malaysia ni, sampah dari tumbuh-tumbuhan memang boleh bagi impak pada penjanaan sampah . 


=================================================================


Hah ! Bila cakap mengenai penjanaan sampah, memang banyak sampah yang terhasil dari satu hari ke hari. Untuk posting yang akan datang, kami akan berkongsi info macam mana penjanaan sampah yang terhasil dengan banyak, dan sedikit. Jomm sama-sama jaga bumi ini. Sedih bila melihat keindahan bumi dikotori dengan sampah. Sampah memang akan sentiasa ada, tetapi macam mana kita hendak menguruskan sampah bersama-sama dengan cara yang betul demi kepentingan bumi. Mungkin bunyi macam biasa dengar.. Tapi segalanya bermula dari kita.


Image result for rubbish and  world