Showing posts with label Alam Semula Jadi. Show all posts
Showing posts with label Alam Semula Jadi. Show all posts

Tuesday, June 6, 2017

ISO 9001 : 2015 , 14001 : 2015 & OSHAS 18001 : 2007 UNTUK SYARIKAT HAJIMAT

Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd menyasarkan mahu mendapatkan ISO 9001,14001 :2015 & OSHAS 18001 : 2017 bagi meningkatkan kualiti pengurusan dalaman syarikat dan alam sekitar.

Tenaga pengajar yang dikendali oleh En Omar A.Rahman dari Consultant ISOSPIT datang ke pusat latihan HMJ BizPoint untuk memberi latihan,penerangan dan sop kepada pihak pengurusan Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd.

Seramai 21 orang dari pelbagai jawatan hadir untuk mendengar taklimat ISO & OSHAS yang dibentangkan oleh En Omar sendiri.

Kelas ini berlangsung selama 8 jam 30 minit dan memang cukup pandat ilmu dan sistem pengurusan yang perlu dibuat bagi menepati kritria-kritria ISO & OSHAS.

Pihak pengurusan Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd hadir ke sesi taklimat ISO & OHSAS
di PUSAT HMJ BIZPOINT
Perbincangan dalam 3 kumpulan
       

Team 1

Team 2
Team 3


Selesai juga sesi taklimat pengurusan ISO & OHSAS untuk syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd,semoga syarikat Haji Mat dapat memenuhi kriteria kriteria yang perlukan bagi mendapat Sijil ISO dan OHSAS ini.

Tuesday, May 2, 2017

SAMPAH BUANGAN BOLEH BUAT DUIT !

Sebagai pengguna, kita memainkan peranan yang penting kerana kita sendiri yang menghasilkan sampah dari rumah,sekolah mahupun ditempat kerja setiap hari.

Hasil Pembuangan Botol Plastik & Kaca Serta Tin Aluminium Boleh Menghasilkan Duit.
Tapi adakah anda tahu,sampah buangan dari kita sendiri boleh menghasilkan "DUIT" ?

Barang yang dimaksudkan ialah kertas seperti surat khabar,buku sekolah majalah,dan komik,selain itu,botol minum plastik pun boleh dijual dan tin aluminium pun sama..Wow,"DUIT" tu...

Pusat kitar semula yang sedia ada.
Pengasingan sampah yang dihasilkan dirumah mahupun ditempat kerja patut dibuat dan diamalkan. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan kitar semula ini.

Anda juga perlu tahu bahan yang dikitar semula ini seperti surat khabar,besi dan kaca boleh menjana pendapatan sendiri dan boleh dijual semula

Hantarlah bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk tujuan mendapat pendapatan sampingan.

Tin & botol plastik boleh menjana pendapatan tambahan untuk anda
Mengikut sumber, kadar kitar semula di Malaysia cuma sekitar sebanyak hanya lima peratus. Oleh kerana sifat sampah dapur yang basah dan bercampur gaul dengan pelbagai bahan, maka bahan tidak boleh dikitar semula dan perlu terus dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Jika diteliti, sampah dapur juga mempunyai nilai yang tinggi untuk dikitar semula. Mungkin bukan untuk dijadikan sesuatu barangan lain, seperti sampah kertas yang boleh dikitar semula untuk dijadikan kertas. Sebaliknya bahawa sampah dapur boleh dikompos untuk dijadikan baja.

Pengurangan sisa yang dihasilkan di oleh rakyat Malaysia tidak dapat dilakukan oleh satu pihak sahaja. Hal ini melibatkan usaha secara bersama pengguna, industri dan pihak kerajaan. Dengan kerjasama yang erat ini, kita mampu dapat mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar. 

Ingatlah, ini sahaja bumi yang kita ada untuk didiami. 

Masa depan bumi terletak ditangan anda. Sekian, terima kasih

Kempen Kesedaran Kitar Semula Boleh Diserap Semua Lapisan Masyarakat