Assalamualaikum...
Untuk pengetahuan semua, Tn. Haji Roshidi dari Harmoni Alam telah dijemput datang ke kilang untuk melakukan lawatan dan memberi khidmat nasihat serta cadangan penambahbaikan keadaan persekitaran kilang. Antara cadangan yang diberikan adalah berkaitan dengan bagaimana untuk menangani masalah bau. Umum sedia maklum yang kilang kami menggunakan tinja ayam sebagai salah satu bahan dalam pembuatan baja organik MilAgro. Tn. Hj Roshidi telah memberikan beberapa cadangan yang akan kami laksanakan mengikut kesesuaian.
Kehadiran Tn. Hj. Roshisi telah disambut oleh Pengurus Syarikat Hajimat En. Anuar, Pegawai Bahagian Keselamatan Cik Siti Hidayah, Pegawai Operasi Pengkomposan Cik Rosaini dan Pembantu Pegawai Operasi En. Yusri.
Dari kanan, Tn. Hj. Roshidi, En. Anuar, En. Yusri, Cik Hidayah, dan Cik Rosaini. |
Encik Anuar, dua dari kanan menerangkan kepada Tn Hj. Roshidi mengenai proses-proses yang dilakukan di kilang. |
Tn Hj. Roshidi di bawa melawat kawasan kilang. |
No comments:
Post a Comment