Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan semua, pada hari Jumaat 03 November 2017, Pengarah Jabatan Pertanian Melaka En. Rusdan bin Abdul Talib, dan beberapa orang pegawai dari Jabatan Pertanian Melaka telah datang untuk meninjau cara pembuatan baja Milagro. Mereka begitu berminat untuk melihat sendiri teknologi RTDT yang digunakan untuk menghasilkan Baja Organik MilAgro.
RTDT adalah singkatan kepada Rapid Thermophilic Digestion Technology. Kaedah ini mengambil masa 24 jam untuk menghasilkan baja organik daripada sisa-sisa pepejal organik. Contoh sisa pepejal organik adalah daun kering, najis haiwan, sisa makanan, sayur-sayuran dan kulit buah-buahan.
Mari kita lihat suasana sepanjang lawatan...

Penerangan mengenai mesin RTDT oleh En. Anuar. |
Pengarah kami Tn. Hj Mat sedang memberikan penerangan kepada pelawat. |
Pegawai Jabatan Pertanian mengambil kesempatan melihat mesin Digestor RTDT dengan lebih dekat. |
Pelawat melihat cara pembungkusan Baja Organik MilAgro. |
Cik Rosaini sedang menerangkan cara pembungkusan baja. |
Tn. Hj Mat menyampaikan cederahati kepada En. Rusdan bin Abdul Talib, Pengarah Jabatan Pertanian Melaka. |
Sesi bergambar kenangan bersama pelawat dari Jabatan Pertanian. |
Alhamdulillah, selesai sudah lawatan dari Jabatan Pertanian. Diharapkan lawatan ini membuka peluang untuk Syarikat Hajimat untuk bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Melaka di masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment