Showing posts with label Melaka Bersih. Show all posts
Showing posts with label Melaka Bersih. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

LORI BARU SEDUT HAJIMAT

Setelah berjaya dalam tempoh 25 tahun dalam kerja-kerja pembersihan sedutan air kumbahan untuk sektor rumah mahupun perindustrian.Syarikat HAJIMAT kini telah menambah lagi assetnya iaitu sebuah lori sedutan yang baru jenama FUSO buatan Jepun bagi menampung permintaan yang tinggi untuk sedutan air kumbahan di seluruh negeri Melaka.

Lori sedut baru HAJIMAT 

Team Hajimat sedang bersiap sedia untuk sedutan 

Kerja sedutan yang dijalankan

Dengan adanya lori baru ini, ia dapat meningkatkan lagi keupayaan kerja sedutan air kumbahan dengan cepat dan teratur serta mampu memenuhi permintaan tinggi kehendak pelanggan yang memerlukan perkhidmatan sedutan daripada syarikat HAJIMAT. ^_^

Jom baca sedikit info tentang lori sedutan baru jenama "FUSO" .

1.Tahun buatan: 2017

2.Buatan: Jepun

3.Saiz Tangki: 8 meter padu

4.Pengunaan minyak: DIESEL

5.Keupayaan enjin: 7545cc

6.Kapasiti berat: 16 tan

Wednesday, May 31, 2017

"KPI" PENANDA ARAS SEBUAH SYARIKAT

Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd mengadakan latihan khas tentang "KESEDARAN KPI "..
Seramai 25 orang dari team lori sampah hadir untuk taklimat yang akan diajar oleh pihak SWM.

Tenaga pengajar dari Syarikat SWM ialah Shafri  Bin Yusof ( Eksekutif Pegawai Operasi), Abd Ghani Bin Abd Kadir Marican ( Eksekutif Operasi) & Kamaruddin Bin Kadi ( Eksekutif Speed)  hadir ke pusat latihan Syarikat HMJ BIZPOINT untuk memberi latihan kepada Pekerja Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam memberi manfaat kepada pekerja syarikat Hj Mat tentang KPI untuk syarikat dan pekerja.
Antara gelagat yang dapat disaksikan
Haji Mat bersama Pegawai Pengkuasa SWM memberi taklimat tentang Merit
yang akan dikenakan sekiranya tidak mengikut prosedur yang telah ditetap oleh SWM 
Antara pekerja yang hadir mendengar taklimat KPI bersama pegawai SWM.
Selepas habis sesi taklimat KPI bersama pihak pengurusan SWM,Tuan Haji Mat memberi sedikit cederahati kepada pegawai yang terlibat.

Hj Mat Hj Jantan Memberi Sumbangan kepada 
Encik Abd Ghani Bin Abd Kadir Marican , Kamaruddin Bin Kadi & Shafri Bin Yusof .
Pada akhir program, Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd juga memberi sijil kursus kepada pekerja yang hadir ke taklimat KPI bersama SWM untuk memberi perhargaan dan berharap para pekerja mampu memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd...






 Tahniah kepada yang mendapat sijil perhargaan dari Tuan Hj Mat Hj Jantan.

Turut menerima sijil juga iaitu Pegawai Operasi dan Pembantu Pegawai Operasi
En Hamzah Bin Ahmad Ali & Puan Nor Ilyani Bin Mohd Zaid
Semoga dengan adanya latihan  dan taklimat yang telah diberikan oleh pihak syarikat,Tuan Haji Mat Haji Jantan berharap kepada semua pekerja kutipan sisa pepejal agar mematuhi "KPI" serta mampu memberi sebaik mungkin perkhidmatan kepada penduduk rumah diseluruh negeri melaka ..