Tuesday, April 18, 2017

BAYANGKAN BILAMANA GENERASI ANAK CUCU KITA PERLU...


BAYANGKAN BILAMANA GENERASI ANAK CUCU KITA PERLU MENCARI SUMBER AIR BERSIH.. 

Sedarkah kita pada hari ini tentang kepentingan air bersih terhadap manusia diseluruh dunia.Setiap liter air yang digunakan akan melalui proses kitaran semulajadi. Hari demi hari kita sendiri ada melihat ketiadaan sumber air bersih di tempat lain,terutamanya diluar negara mahupun didalam negara kita sendiri...

Cuba anda bayangkan jika tiada sumber air bersih yang hendak diminum..Mampukah kita bertahan?? Tepuk dada, tanya diri. 


Ini menggambarkan betapa pentingnya air dalam kehidupan kita....Tanpa air,kita tidak boleh hidup kerana tubuh badan memerlukan sumber air bersih untuk hidup...Adakah suatu hari nanti kita sanggup membayar harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan bekalan air yang selamat dan bersih? Jawapannya pada diri kita sendiri. 

Kita juga mempunyai tanggungjawap dalam penjimatan air dirumah mahupun ditempat awam seperti tandas awam, kedai makan dan pasaraya.. 

Kenapa ? KERANA AIR MILIK SEMUA. Jangan tamak, jangan pandang rendah peri pentingnya titisan air yang besih.,

Tahukah anda Kos Rawatan Air tinggi??

Kadar cas yang dikenakan sebelum ini sebanyak 27sen sehari atau sebanyak RM 6.00 hingga RM 8.00 sebulan..Cuba anda fikirkan sejenak dengan sara hidup sekarang ini semakin tinggi maka untuk dengan itu, kos penyelengaraan juga akan turut meningkat..Pastinya anda pun tidak mahu bayar bil air dengan mahalnya kan...

Tips untuk penjimatan air 

Tandas

1.Kurangkan kekerapan curahan air dalam sehari
2.Sentiasa melakukan pemeriksaan sebarang kebocoran paip air..
3. Servis tangki septik
4. Dapatkan bantuan pakar bila berlaku tandas tersumbat
3.Peka dalam penggunaan seharian.
4.Kurangkan masa mandian dan tekanan pancuran air ketikan menggunakan air.


Taman

1.Siram pokok ketika senja atau awal pagi untuk mengelakan kehilangan air melalui penyejatan dari cuaca panas
2.Siram secara berjadual 
3.Guna bekas tadahan air hujan sekiranya musim hujan sudah tiba untuk simpanan air .
4.Gunakan baja nitrogen berasaskan air
5.Kurangkan siram air untuk pokok waktu musim hujan.. ( Jangan Siram pokok waktu musim hujan !! )


Dapur

1.Jangan tekanan air yang tinggi untuk mencuci pinggan mangkuk,gunakan air tadahan untuk dibilaskan
2.Pastikan kepala paip ditutup dengan rapi untuk mengelakan air keluar 
3.Basuh sayur,buah atau makanan dalam sinki yang berisi air yang telah dihadkan.


Lain-lain

1.Anda boleh membuat pemeriksan paip air secara harian atau pun mingguan dirumah mahu dikawasan sekeliling anda 
2.Maklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada kebocoran paip air
3.Sentiasa memberi nasihat kepada jiran tetangga,ahli keluarga mahupun masyarakat  tentang kesedaran dan penjimatan air.
4.Peka dalam penjimatan & pemuliharaan air

Justeru itu,kita sendiri sebagai pengguna air bersih harus mengambil langkah berjimat cermat dalam penggunaan air bersih untuk masa depan diri dan generasi akan datang.


Kami dari Team HAJIMAT amat menyayangi dan mensyukuri air bersih yang ada. 
Jomm sama-sama jaga dan hargai sumber air. Ramai yang di luar sana tidak ada nikmat air bersih. 
Bersyukurlah, Alhamdulillah 





No comments:

Post a Comment