Setiap servis sedutan yang pelanggan HAJIMAT gunakan, mereka sebenarnya telah melakukan amal kebajikan kepada masyarakat. Bagi tahun 2017, Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd (HAJIMAT),meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan berkhidmat kepada masyarakat, serta di tempat kerja dan pasaran. Tugas kami dalam misi untuk membawa perubahan pada masyarakat di sekitar tempat kami tinggal dan bekerja.
Syarikat kami memfokuskan usaha CSR kami kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan wajar menerima bantuan. Kebanyakan dari mereka yang kurang bernasib baik dan miskin ini kebiasaanya berdepan dengan pelbagai isu dari aspek pendidikan, kediaman yang tidak kondusif dan ketidakupayaan untuk menyara diri sendiri sepenuhnya. Kami berharap dapat menangani isu-isu ini mengikut kepada kemampuan supaya dapat meringankan bebanan mereka.
Wakil dari Pusat Tahfiz Al Muhibbin menerima sumbangan dari Tuan Hj Mat Jantan |
Pengarah Urusan Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn. Bhd,Haji Mat berkata sumbangan dana sebanyak RM 10.00 melalui kerja sedutan air kumbahan.akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Setiap satu servis sedutan sebanyak RM10.00 akan disalurkan kepada badan kebajikan yang "TERPILIH".
Haji Mat berkata " Sebagai syarikat yang bertanggungjawap, kami sentiasa berusaha menjadi sebuah syarikat yang dikenali ramai dan mampu berkhidmat untuk masyarakat". Antara yang telah mendapat sumbangan dari syarikat kami adalah Pusat Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin bagi bulan Januari & Februari 2017
Baru-baru ini, Pusat Tahfiz Muhibbin turut membuat persembahan Qasidah dan bacaan Doa sempena ulangtahun Jubli Perak Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd pada 11 Mac 2017 (Sabtu).
Bacaan doa selamat |
Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar atau mendapatkan perkhidmatan syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd,hubungi 06-3375663 atau 06-3355661 atau layari www.hajimat.com.
No comments:
Post a Comment