Showing posts with label Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

SUMBANGAN RAYA UNTUK WARGA EMAS

Keperluan teknologi IT semakin berkembang pesat serta segala urusan kerja amat memerlukan komputer untuk menyimpan maklumat pengurusan.

Bagi memastikan pihak pentadbiran Rumah Seri Kenangan ini tidak ketinggalan,Team HAJIMAT telah memberi sumbangan komputer kepada pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheng,Melaka dalam Majlis Jamuan Raya Rumah Seri Kenangan Cheng tempoh hari.

Jom kita tengok sedikit gambar-gambar suasana majlis.
Suasana jamuan raya di Rumah Seri Kenangan 

Kami bersama warga emas 


Datuk Latifah Omar menerima sumbangan dari pihak syarikat HAJIMAT
bagi Rumah Seri Kenangan
Datuk Latifah Omar datang melawat Booth HAJIMAT


Terima kasih diucapkan kepada Datuk Latifah Omar selaku Exco Wanita,Pembangunan Keluarga, Dan Hal Ehwal Kebajikan kerana telah berbesar hati menerima sumbangan komputer dari syarikat HAJIMAT.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi RSK Cheng, iaitu En Kamarulzaman yang banyak memberi kerjasama dan berkongsi ilmu dan pengalaman. Banyak yang team kami belajar walaupun hanya separuh hari bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.

InsyaAllah,pada masa yang akan datang, kami menyasarkan untuk memberi lebih lagi agar lebih banyak rezeki dapat dikongsi bersama. Amin.














Sesi bergambar bersama ^_^



Thursday, June 22, 2017

ABANG MOTOR DAPAT BUBUR LAMBUK ?

Setiap tahun,umat islam menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK,Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd menaja barangan masakan dan modal untuk membuat bubur lambuk yang telah mendapat sokongan daripada Pengarah Syarikat iaitu Tn Hj Mat Bin Hj Jantan

Seramai 30 orang staf pekerja dari pelbagai department terlibat secara gotong-royong untuk memasak bubur lambuk .


Bang Man,Sarjan & Ali Jamal sedang mula memasak
Faridah & Ally serta pelajar praktikal memotong daging dan sayur.
Menurut Pengarah Syarikat Tn Hj Mat Hj Jantan,kerja-kerja gotong-royong yang bermula jam dari 11.00 pagi itu berjaya menyiapkan satu buah kawah bubur lambuk bubur.

Bubur Lambuk sudah siap dimasak 
“Pengagihan bubur lambuk itu bukan sahaja untuk juadah berbuka puasa kepada pekerja tetapi ia juga dapat merapatkan hubungan baik sesama majikan sekaligus dapat mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak.

“Program yang dibuat setiap tahun ini dilihat dapat mengeratkan silaturahim di kalangan warga pekerja,penduduk kampong dan mencapai objektif syarikat”. Ujar beliau.


Persiapan untuk membungkus bubur lambuk

Akhirnya sudah siap untuk diagih kepada penduduk pokok mangga dan sekitarnya.


Sebanyak 300 bungkusan bubur lambuk diedarkan sekitar pokok mangga dan plaza pandan malim dan ia juga mendapat sambutan yang menggalakkkan dari pekerja dan penduduk penduduk setempat.
     ---------------------------------------------------------------------------------------
Kelainan pada tahun ini,kami membuat agihan bubur lambuk di sekitar jalan raya plaza pandan malim. Agihan bubur ini dibuat sekitar jam 6.00 petang. Kami yakin waktu ini sangat sesuai kerana ramai orang baru pulang dari kerja dan sedang juadah makanan untuk berbuka puasa.

Jom lihat aktiviti kami sewaktu agihan bubur lambuk :

Persiapan untuk pengagihan bubur lambuk

Kru sedang memberi bubur lambuk kepada orang ramai 



Sesuatu yang menarik untuk dikongsi oleh kru kami,semasa agihan bubur lambuk dilakukan,ada yang menerima dan ada yang tidak. Ada yang tersenyum tanda bersyukur, ada yang teruja dapat bubur lambuk untuk juadah berbuka, ada juga yang menolak kerana beri peluang kepada yang muslim untuk dapatkannya. Tapi rata-ratanya menyambut baik pemberian dari kami, Alhamdulilah. Diharapkan pemberian kecil ini dapat menjadi hidangan untuk keluarga yang menerima. Untuk pengetahuan pembaca,agihan bubur lambuk ini berjaya dihabiskan dalam masa yang singkat. Kru kami yang terlibat turut teruja bila mana agihan berjalan dengan lancar. 

Inshallah,pada masa akan datang,Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd bercadang memberi lebih banyak sumbangan kepada komuniti agar lebih ramai mendapat manfaat. Jutaan terima kasih kepada kepada semua yang terlibat dalam program bubur lambuk ini. Semoga program khairat kebajikan yang sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. InsyaAllah. 

Tuesday, June 20, 2017

PEK BERBUKA UNTUK MUSAFIR

Alhamdulillah Jumaat lepas, #TeamHajimat berjaya berkongsi sedikit rezeki dengan komuniti. Kami memilih untuk memberi agihan pek berbuka puasa disekitar Melaka Sentral.

Alhamdulillah 300 pek berbuka puasa berjaya disediakan dan diserahkan kepada mereka yang ada disekitar Melaka Sentral.Dengan hati yang suka,para pemandu bas, peniaga kedai, mereka yang tunggu rakan dan mereka yang menunggu bas..Pihak kami yang lebih seronok bila mendapat feedback positif. Jutaan ucapan terima kasih dan doa dari mereka sudah lebih dari mencukupi.

Sedikit gambar sepanjang agihan pek berbuka di Melaka Sentral..

Persiapan Team BizPoint
Agihan pek makanan didalam melaka sentral kepada orang ramai



Agihan PEK JUADAH berbuka puasa di terminal bas.


Mesti ada tanya.. Kenapa Melaka Sentral? Kenapa tak dekat taman saya? Kenapa bukan di masjid dan sebagainya..  Kami yakin pada hari Jumaat jam 5-6 petang pasti ramai yang sedang musafir ada di Melaka Sentral. Samada baru sampai Melaka atau baru hendak pulang ke kampung halaman masing-masing.

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih,SYARIKAT HAJIMAT SDN BHD ingin lebih banyak lagi menyumbang kepada masyarakat lebih-lebih lagi dalam Ramadan yang penuh barakah dan mulia.

Kami percaya bahawa mencapai kejayaan yang dikecapi tidak hanya dilihat dari segi pencapaian operasi dan kewangan semata-mata. Berkongsi barakah secara bersama dengan komuniti turut menjadi tanggungjawab kami. InsyaAllah. 





Thursday, April 6, 2017

SEDUT SAMBIL BERAMAL




Setiap servis sedutan yang pelanggan HAJIMAT gunakan, mereka sebenarnya telah melakukan amal kebajikan kepada masyarakat.  Bagi tahun 2017, Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd (HAJIMAT),meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan berkhidmat kepada masyarakat, serta di tempat kerja dan pasaran. Tugas kami dalam misi untuk membawa perubahan pada masyarakat di sekitar tempat kami tinggal dan bekerja.



Syarikat kami memfokuskan usaha CSR kami kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan wajar menerima bantuan. Kebanyakan dari mereka yang kurang bernasib baik dan miskin ini kebiasaanya berdepan dengan pelbagai isu dari aspek pendidikan, kediaman yang tidak kondusif dan ketidakupayaan untuk menyara diri sendiri sepenuhnya. Kami berharap dapat menangani isu-isu ini mengikut kepada kemampuan supaya dapat meringankan bebanan mereka.


Wakil dari Pusat Tahfiz Al Muhibbin menerima sumbangan dari Tuan Hj Mat Jantan


Pengarah Urusan Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn. Bhd,Haji Mat berkata sumbangan dana sebanyak RM 10.00 melalui kerja sedutan air kumbahan.akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Setiap satu servis sedutan sebanyak RM10.00 akan disalurkan kepada badan kebajikan yang "TERPILIH".
Haji Mat berkata " Sebagai syarikat yang bertanggungjawap, kami sentiasa berusaha menjadi sebuah syarikat yang dikenali ramai dan mampu berkhidmat untuk masyarakat". Antara yang telah mendapat sumbangan dari syarikat kami adalah Pusat Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin bagi bulan Januari & Februari 2017

   


Baru-baru ini, Pusat Tahfiz Muhibbin turut membuat persembahan Qasidah dan bacaan Doa sempena ulangtahun Jubli Perak Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd  pada 11 Mac 2017 (Sabtu).

   
Bacaan doa selamat 


Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar atau mendapatkan perkhidmatan syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd,hubungi 06-3375663 atau 06-3355661 atau layari www.hajimat.com.

Thursday, March 23, 2017

GALA NIGHT 25 TAHUN SYARIKAT HJ MAT HJ JANTAN SDN BHD


Selepas berlangsungnya Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn pada 11 Mac 2017 (Sabtu).

Majlis yang dinanti-nanti ialah majlis makan malam bersama pekerja untuk menghargai pekerja yang telah lama berkhidmat di syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd pada 18 Mac 2017 (Sabtu)

Jom kita lihat gambaran cerita yang menarik :

Kru pendaftaran shaida,shafiqa dan ilyani
---------------------------------------------------------------------------------------------
Sesi bergambar pekerja dan Tn. Hj Mat Hj Jantan.


Tahniah pada yang hadir malam gala Staff Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd di 
HOTEL SENTRAL RIVERVIEW

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bacaan Doa oleh Saudara Mohd Hafiz Bin Ismail
(Jabatan Sumber Manusia)
Turut Hadir YB Datuk Lim Ban Hong (Adun Klebang)


Antara Gelagat yang dapat disaksikan..Hehehe 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
wOow,antara gelagat yang mencuitkan hati..Semoga dapat makan banyak-2 ye..

        

       

Beratur  mengambil makanan yang dihidang oleh pihak hotel sentral riverview
            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ucapan Pengarah Syarikat Hj Mat Hj Jantan & Datuk Lim Ban Hong

 
Selesai sudah ucapan Hj Mat Jantan & Datuk Lim Ban Hong,ingin mengetahui lebih lanjut cerita seterusnya,jom kita scroll ke bawah lagi..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini majlis perak 25 tahun syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd dirasmikan yang YB Datuk Lim Ban Hong,di Hotel Sentral Riverview.



Memeriahkan lagi majlis gala,acara seterusnya ialah pertandingan Karoeke yang dinyayikan oleh individu yang ingin menonjolkan bakat..


Tidak Ketinggalan juga,Tn Hj Mat juga berbakat juga dalam nyayian.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Acara Sukaneka juga tidak ketinggalan juga dalam majlis ini.( Tiup Belon Sampai Pecah )



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas habis pertandingan tiup belon,kini Tn Hj Mat & Isteri Puan Khatijah memberi hadiah kepada anak-anak pekerja Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cabutan Bertuah Yang Disampaikan Oleh Tn Naim & Tn Hj Mat Jantan





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyampaian hadiah oleh Tn Hj Mat Jantan & Puan Khatijah untuk 
pemenang bowling serta tiup belon


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wow untuk bagi pemenang Pakaian Tercantik dimenangi oleh Cik Siti Zaiton & Encik Anuar


Untuk pemenang bahagian kanak-kanak dimenangi oleh Adik Nuha


                                
Yes.Tahniah kepada pemenang pakaian terchantek....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita yang seterusnya ialah Penyampaian Sijil Untuk Pekerja Perkhidmatan Cemerlang
untuk 5 TAHUN,10 TAHUN,15 TAHUN & 20 TAHUN .










Tahniah kepada yang mendapat sijil penghargaan,maka dengan itu
Tn Hj Mat memberi bonus tambahan kepada pekerja cemerlang  & berkhidmat lama dengan syarikat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wow,jangan terkejut siapa pemenang motosikal honda dash malam itu.Pemenang itu ialah
 En Nor Bin Md Yunus

Tahniah kepada En Nor Mad Yunus kerana berjaya dalam cabutan bertuah dari
syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesi Bergambar Bersama Staff 

Alhamdulilah,syukur dan terima kasih semoga tahun depan ada lagi.