Showing posts with label Berbuka Puasa. Show all posts
Showing posts with label Berbuka Puasa. Show all posts

Thursday, June 22, 2017

ABANG MOTOR DAPAT BUBUR LAMBUK ?

Setiap tahun,umat islam menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK,Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd menaja barangan masakan dan modal untuk membuat bubur lambuk yang telah mendapat sokongan daripada Pengarah Syarikat iaitu Tn Hj Mat Bin Hj Jantan

Seramai 30 orang staf pekerja dari pelbagai department terlibat secara gotong-royong untuk memasak bubur lambuk .


Bang Man,Sarjan & Ali Jamal sedang mula memasak
Faridah & Ally serta pelajar praktikal memotong daging dan sayur.
Menurut Pengarah Syarikat Tn Hj Mat Hj Jantan,kerja-kerja gotong-royong yang bermula jam dari 11.00 pagi itu berjaya menyiapkan satu buah kawah bubur lambuk bubur.

Bubur Lambuk sudah siap dimasak 
“Pengagihan bubur lambuk itu bukan sahaja untuk juadah berbuka puasa kepada pekerja tetapi ia juga dapat merapatkan hubungan baik sesama majikan sekaligus dapat mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak.

“Program yang dibuat setiap tahun ini dilihat dapat mengeratkan silaturahim di kalangan warga pekerja,penduduk kampong dan mencapai objektif syarikat”. Ujar beliau.


Persiapan untuk membungkus bubur lambuk

Akhirnya sudah siap untuk diagih kepada penduduk pokok mangga dan sekitarnya.


Sebanyak 300 bungkusan bubur lambuk diedarkan sekitar pokok mangga dan plaza pandan malim dan ia juga mendapat sambutan yang menggalakkkan dari pekerja dan penduduk penduduk setempat.
     ---------------------------------------------------------------------------------------
Kelainan pada tahun ini,kami membuat agihan bubur lambuk di sekitar jalan raya plaza pandan malim. Agihan bubur ini dibuat sekitar jam 6.00 petang. Kami yakin waktu ini sangat sesuai kerana ramai orang baru pulang dari kerja dan sedang juadah makanan untuk berbuka puasa.

Jom lihat aktiviti kami sewaktu agihan bubur lambuk :

Persiapan untuk pengagihan bubur lambuk

Kru sedang memberi bubur lambuk kepada orang ramai 



Sesuatu yang menarik untuk dikongsi oleh kru kami,semasa agihan bubur lambuk dilakukan,ada yang menerima dan ada yang tidak. Ada yang tersenyum tanda bersyukur, ada yang teruja dapat bubur lambuk untuk juadah berbuka, ada juga yang menolak kerana beri peluang kepada yang muslim untuk dapatkannya. Tapi rata-ratanya menyambut baik pemberian dari kami, Alhamdulilah. Diharapkan pemberian kecil ini dapat menjadi hidangan untuk keluarga yang menerima. Untuk pengetahuan pembaca,agihan bubur lambuk ini berjaya dihabiskan dalam masa yang singkat. Kru kami yang terlibat turut teruja bila mana agihan berjalan dengan lancar. 

Inshallah,pada masa akan datang,Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd bercadang memberi lebih banyak sumbangan kepada komuniti agar lebih ramai mendapat manfaat. Jutaan terima kasih kepada kepada semua yang terlibat dalam program bubur lambuk ini. Semoga program khairat kebajikan yang sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. InsyaAllah. 

Tuesday, June 20, 2017

PEK BERBUKA UNTUK MUSAFIR

Alhamdulillah Jumaat lepas, #TeamHajimat berjaya berkongsi sedikit rezeki dengan komuniti. Kami memilih untuk memberi agihan pek berbuka puasa disekitar Melaka Sentral.

Alhamdulillah 300 pek berbuka puasa berjaya disediakan dan diserahkan kepada mereka yang ada disekitar Melaka Sentral.Dengan hati yang suka,para pemandu bas, peniaga kedai, mereka yang tunggu rakan dan mereka yang menunggu bas..Pihak kami yang lebih seronok bila mendapat feedback positif. Jutaan ucapan terima kasih dan doa dari mereka sudah lebih dari mencukupi.

Sedikit gambar sepanjang agihan pek berbuka di Melaka Sentral..

Persiapan Team BizPoint
Agihan pek makanan didalam melaka sentral kepada orang ramai



Agihan PEK JUADAH berbuka puasa di terminal bas.


Mesti ada tanya.. Kenapa Melaka Sentral? Kenapa tak dekat taman saya? Kenapa bukan di masjid dan sebagainya..  Kami yakin pada hari Jumaat jam 5-6 petang pasti ramai yang sedang musafir ada di Melaka Sentral. Samada baru sampai Melaka atau baru hendak pulang ke kampung halaman masing-masing.

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih,SYARIKAT HAJIMAT SDN BHD ingin lebih banyak lagi menyumbang kepada masyarakat lebih-lebih lagi dalam Ramadan yang penuh barakah dan mulia.

Kami percaya bahawa mencapai kejayaan yang dikecapi tidak hanya dilihat dari segi pencapaian operasi dan kewangan semata-mata. Berkongsi barakah secara bersama dengan komuniti turut menjadi tanggungjawab kami. InsyaAllah.