Alhamdulillah 300 pek berbuka puasa berjaya disediakan dan diserahkan kepada mereka yang ada disekitar Melaka Sentral.Dengan hati yang suka,para pemandu bas, peniaga kedai, mereka yang tunggu rakan dan mereka yang menunggu bas..Pihak kami yang lebih seronok bila mendapat feedback positif. Jutaan ucapan terima kasih dan doa dari mereka sudah lebih dari mencukupi.
Sedikit gambar sepanjang agihan pek berbuka di Melaka Sentral..
Persiapan Team BizPoint |
Agihan pek makanan didalam melaka sentral kepada orang ramai |
Agihan PEK JUADAH berbuka puasa di terminal bas. |
Mesti ada tanya.. Kenapa Melaka Sentral? Kenapa tak dekat taman saya? Kenapa bukan di masjid dan sebagainya.. Kami yakin pada hari Jumaat jam 5-6 petang pasti ramai yang sedang musafir ada di Melaka Sentral. Samada baru sampai Melaka atau baru hendak pulang ke kampung halaman masing-masing.
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih,SYARIKAT HAJIMAT SDN BHD ingin lebih banyak lagi menyumbang kepada masyarakat lebih-lebih lagi dalam Ramadan yang penuh barakah dan mulia.
Kami percaya bahawa mencapai kejayaan yang dikecapi tidak hanya dilihat dari segi pencapaian operasi dan kewangan semata-mata. Berkongsi barakah secara bersama dengan komuniti turut menjadi tanggungjawab kami. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment