Friday, June 16, 2017

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BUMI DITAHAP KRITIKAL

Hari ini,banyak isu-isu pencemaran  alam sekitar berlaku negara kita mahu pun diluar negara.Ini ini disebabkan sikap/tabiat tidak mengambil peduli terhadap alam sekitar.

Kita sebagai penghuni bumi harus mengambil berat terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar ini,kerana kita amat memerlukan tempat tinggal yang bersih dan keselamatan untuk bumi ini juga.

INDUSTRI

Pembuangan sisa pepejal dan sampah oleh manusia yang tidak bertanggjungjawap dalam sungai, tasik dan lautan. Contoh,barangan sampah ialah kadbod, makanan, aluminium , plastik, kaca, dan sebagainya.

Pembuangan sampah disungai

MINYAK

Sisa Perindustrian dari kilang-kilang yang disalurkan  ke dalam sungai, mencemarkan air dengan bahan kimia seperti plumbum dan petrokimia.
Pencemaran Minyak yang disebabkan oleh tumpahan minyak daripada kapal tangki dan minyak daripada perjalanan kapal.Minyak tidak larut dalam air dan membentuk kumpulan minyak yang tebal.

Pembuangan / Tumpahan minyak dilaut 


SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian menghasilkan banyak bahan kimia dan bahan-bahan ini akan di alirkan kedalam sungai kerana air merupakan salah satu cara mereka untuk melupuskannya. 

Selain itu, penggunaan bahan baja dan racun untuk membunuh serangga punca pencemaran air kerana bahan tersebut menghalang penembusan cahaya matahari kebawah permukaan air dan mengakibatkan tumbuhan dan hidupan didalam air sepert ikan, ketam, udang akan mati dan pupus kerana bahan kimia tersebut meyerap ke dalam tanah

Semburan racun perosak terhadap tanaman pertanian

BAHAN BUANGAN DAN RADIOAKTIF.

Bahan buangan radioaktif daripada makmal dan hospital yang mengandungi sisa toksik yang larut didalam air dibuang kedalam air untuk melupuskannya.


Bahan buangan radioaktif & sisa toksik 


PEMBAKARAN API FOSIL

Pembakaran bahan api fosil ke udara menyebabkan pembentukan zarah berasid di dalam atmosfera. Zarah-zarah ini bercampur dengan wap air dan menghasilkan hujan asid.Peningkatan dalam suhu air adalah disebabkan oleh pemanasan global dan tumbuhan haba yang menggunakan tasik dan sungai-sungai untuk menyejukkan peralatan mekanikal.

Pembakaran fosil secara terbuka

Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani dengan kadar segera dan memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak. Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia sendiri haruslah menjaganya dengan penuh rasa tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah negara itu sendiri.

Seandainya masalah ini dibiarkan begitu sahaja,kesannya itu sendiri akan memudaratkan manusia walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? 

Tepuk dada tanyalah selera pada kita. Dengan itu,penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada segenap setiap semua lapisan masyarakat.Mudah-mudahan generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia..


No comments:

Post a Comment