Thursday, June 1, 2017

UTAMAKAN KESELAMATAN ( SAFETY FIRST )

Buat julung kali pertama,Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd mengadakan kursus penerangan & latihan tentang "UTAMAKAN KESELAMATAN" yang diajar oleh Cik Siti Hidayah Binti Hj Mat selaku pengajar.

Lebih kurang seramai 20 orang pekerja hadir termasuk En Anuar Bin Rusli selaku Ketua Executive dan En Abdul Hakim Bin Suhaimi,Pegawai Operasi.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam 30 minit memberi manfaat kepada pekerja pembersihan loji dilebuh raya utara selatan yang merangkumi negeri sembilan,selangor dan perak..

Tujuan latihan ini diadakan,ialah menerangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu dijaga dan perlu diambil serius semasa bekerja di Loji Kumbahan..

Antara subjek yang diajar oleh Cik Siti Hidayah Mat ialah KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ( OSHA ) ,AKTA KILANG & JENTERA 1967 ( FMA ) , CONTRUCTION INDUSTRY DEVELOPMENT BOARD ( CIDB ) & JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ( JKKP).


Cik Siti Hidayah Mat memberi penerangan tentang keselamatan yang perlu
tahu sewaktu bekerja.
Isu yang paling perlu diingatkan sewaktu berkerja ialah penggunaan alat keselamatan diri ditempat kerja  diloji kumbahan.Antara yang dititik beratkan ialah penggunaan Sarung Tangan,Topi Keselamatan,Vest,Cermin Mata,Topeng Muka,Kasut Keselamatan,Kon,Papan Penunjuk dan Pemerikasan Berkala Peralatan Yang Digunakan.



Antara pekerja yang hadir untuk mendengar taklimat keselamatan.

Team Loji Mengadakan Perbincangan Umum Tentang Isu Yang Hendak Dibincangkan.
Semoga dengan latihan dan penerangan yang telah diberikan oleh Cik Siti Hidayah Hj Mat,para pekerja loji dapat mengikuti peraturan-peraturan keselamatan diri itu amat penting semasa bekerja ditempat-tempat yang mampu mendatangkan risiko kecederaan mahu pun kematian dan Pihak Pengurusan Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd berharapkan pekerja lebih peka dengan isu keselamatan diri ini..  




No comments:

Post a Comment