Showing posts with label Kami Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Kami Prihatin. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

SUMBANGAN RAYA UNTUK WARGA EMAS

Keperluan teknologi IT semakin berkembang pesat serta segala urusan kerja amat memerlukan komputer untuk menyimpan maklumat pengurusan.

Bagi memastikan pihak pentadbiran Rumah Seri Kenangan ini tidak ketinggalan,Team HAJIMAT telah memberi sumbangan komputer kepada pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheng,Melaka dalam Majlis Jamuan Raya Rumah Seri Kenangan Cheng tempoh hari.

Jom kita tengok sedikit gambar-gambar suasana majlis.
Suasana jamuan raya di Rumah Seri Kenangan 

Kami bersama warga emas 


Datuk Latifah Omar menerima sumbangan dari pihak syarikat HAJIMAT
bagi Rumah Seri Kenangan
Datuk Latifah Omar datang melawat Booth HAJIMAT


Terima kasih diucapkan kepada Datuk Latifah Omar selaku Exco Wanita,Pembangunan Keluarga, Dan Hal Ehwal Kebajikan kerana telah berbesar hati menerima sumbangan komputer dari syarikat HAJIMAT.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi RSK Cheng, iaitu En Kamarulzaman yang banyak memberi kerjasama dan berkongsi ilmu dan pengalaman. Banyak yang team kami belajar walaupun hanya separuh hari bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.

InsyaAllah,pada masa yang akan datang, kami menyasarkan untuk memberi lebih lagi agar lebih banyak rezeki dapat dikongsi bersama. Amin.














Sesi bergambar bersama ^_^



Thursday, April 6, 2017

SEDUT SAMBIL BERAMAL




Setiap servis sedutan yang pelanggan HAJIMAT gunakan, mereka sebenarnya telah melakukan amal kebajikan kepada masyarakat.  Bagi tahun 2017, Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd (HAJIMAT),meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan berkhidmat kepada masyarakat, serta di tempat kerja dan pasaran. Tugas kami dalam misi untuk membawa perubahan pada masyarakat di sekitar tempat kami tinggal dan bekerja.



Syarikat kami memfokuskan usaha CSR kami kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan wajar menerima bantuan. Kebanyakan dari mereka yang kurang bernasib baik dan miskin ini kebiasaanya berdepan dengan pelbagai isu dari aspek pendidikan, kediaman yang tidak kondusif dan ketidakupayaan untuk menyara diri sendiri sepenuhnya. Kami berharap dapat menangani isu-isu ini mengikut kepada kemampuan supaya dapat meringankan bebanan mereka.


Wakil dari Pusat Tahfiz Al Muhibbin menerima sumbangan dari Tuan Hj Mat Jantan


Pengarah Urusan Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn. Bhd,Haji Mat berkata sumbangan dana sebanyak RM 10.00 melalui kerja sedutan air kumbahan.akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Setiap satu servis sedutan sebanyak RM10.00 akan disalurkan kepada badan kebajikan yang "TERPILIH".
Haji Mat berkata " Sebagai syarikat yang bertanggungjawap, kami sentiasa berusaha menjadi sebuah syarikat yang dikenali ramai dan mampu berkhidmat untuk masyarakat". Antara yang telah mendapat sumbangan dari syarikat kami adalah Pusat Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin bagi bulan Januari & Februari 2017

   


Baru-baru ini, Pusat Tahfiz Muhibbin turut membuat persembahan Qasidah dan bacaan Doa sempena ulangtahun Jubli Perak Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd  pada 11 Mac 2017 (Sabtu).

   
Bacaan doa selamat 


Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar atau mendapatkan perkhidmatan syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd,hubungi 06-3375663 atau 06-3355661 atau layari www.hajimat.com.