Thursday, July 27, 2017

SUMBANGAN RAYA UNTUK WARGA EMAS

Keperluan teknologi IT semakin berkembang pesat serta segala urusan kerja amat memerlukan komputer untuk menyimpan maklumat pengurusan.

Bagi memastikan pihak pentadbiran Rumah Seri Kenangan ini tidak ketinggalan,Team HAJIMAT telah memberi sumbangan komputer kepada pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheng,Melaka dalam Majlis Jamuan Raya Rumah Seri Kenangan Cheng tempoh hari.

Jom kita tengok sedikit gambar-gambar suasana majlis.
Suasana jamuan raya di Rumah Seri Kenangan 

Kami bersama warga emas 


Datuk Latifah Omar menerima sumbangan dari pihak syarikat HAJIMAT
bagi Rumah Seri Kenangan
Datuk Latifah Omar datang melawat Booth HAJIMAT


Terima kasih diucapkan kepada Datuk Latifah Omar selaku Exco Wanita,Pembangunan Keluarga, Dan Hal Ehwal Kebajikan kerana telah berbesar hati menerima sumbangan komputer dari syarikat HAJIMAT.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi RSK Cheng, iaitu En Kamarulzaman yang banyak memberi kerjasama dan berkongsi ilmu dan pengalaman. Banyak yang team kami belajar walaupun hanya separuh hari bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.

InsyaAllah,pada masa yang akan datang, kami menyasarkan untuk memberi lebih lagi agar lebih banyak rezeki dapat dikongsi bersama. Amin.














Sesi bergambar bersama ^_^



No comments:

Post a Comment