Thursday, July 6, 2017

TOKOH USAHAWAN JADI PENGHIAS MAJALAH HARMONI

Buat julung kalinya,Tn Hj Mat Hj Jantan telah menjadi ikon usahawan untuk majalah terbitan "HARMONI" edisi Julai 2017. Banyak pengalaman dan kejayaan yang ingin disampaikan oleh Tn Hj Mat di dalam majalah ini.


Tn Hj Mat Bin Hj Jantan

Siapa tak kenal figura terkenal yang bernama HAJI MAT ini?

JOM BACA SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANG TN HJ MAT BIN HJ JANTAN
  • Tn Hj Mat Bin Hj Jantan merupakan Pengarah & Pengasas syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd sejak tahun 1984 lagi.
  • Beliau juga memiliki Diploma dengan kepujian dalam bidang pengurusan perniagaan dari UNIVERSITI MALAYA.
  • Tn Hj Mat Hj Jantan bertanggungjawap penuh keatas syarikat HAJIMAT sehingga sekarang .
  • Syarikat beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam kerja-kerja kontrak perkhidmatan pembersihan,penyelengaraan dan pembinaan sistem loji kumbahan.

Yeah,kini sudah 25 tahun syarikat HJ MAT HJ JANTAN SDN BHD sudah lama bertapak di dalam industri pembersihan bagi seluruh negeri Melaka dan sekitarnya.

Untuk pengetahuan anda lagi,Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd juga berpengalaman di dalam bidang kerja pembinaan loji kumbahan, penyedutan najis tangki septik, perkhidmatan pungutan dan pembuangan sampah,pembersihan kawasan, serta pembinaan awam dan penyelenggaraan.

POLISI KUALITI & ALAM SEKITAR

Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd merupakan pelopor utama dalam servis pengurusan sisa pepejal,pembersihan awam,penyelengaraan awam,penyelenggaran loji dan pemuliharaan alam sekitar.


  • H  - Hasrat dalam memenuhi kehendak pelanggan dengan memberikan perkhidmatan kelas pertama.
  • M - Memastikan syarikat sentiasa mematuhi undang-undang dan keperluan lain yang berkaitan.
  • H  - Hala tuju ke arah penambahbaikan berterusan dalam pencegahan pencemaran alam sekitar.
  • J   - Jaminan dalam menyediakan dan memastikan suasana kerja yang mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan 


Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu perkara perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki ciri yang diperlukan bagi mencapai matlamat yang diimpikan. Setiap usahawan atau ahli perniagaan pasti mengimpikan sesuatu kejayaan yang berterusan disamping itu memperoleh pendapatan lumayan daripada apa yang telah diusahakannya sebaik mungkin.

Kesimpulannya,kita sendiri perlu berani merebut peluang dan menyahut cabaran demi mengubah masa depan dan kehidupan kita ini.Tiada siapa mampu mengubahnya jika kita sendiri tidak mahu berubah menjadi yang lebih baik.
Sekian Terima Kasih.
--------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Tn Hj Mat Bin Hj Jantan dan perniagaan beliau. Anda boleh dapatkan Majalah Harmoni dikedai 7E berhampiran anda dan jangan lupa beli secepat mungkin..Kot kot mana la tahu anda juga boleh jadi usahawan yang berjaya macam Tn Hj Mat Hj Jantan. :-)

No comments:

Post a Comment