Tuesday, July 25, 2017

SHARING SESSION (ICM Hong Kong) OLEH TUAN HJ MAT JANTAN

Pada 10 Julai 2017 hingga 15 julai 2017,Tn Haji Mat Haji Jantan telah pergi ke Hong Kong bersama dengan team ICYM Dr Azizan Osman untuk Konvensyen R.I.S.E. disana.

Tn Haji Mat Jantan Live di Facebook.
Jom kita baca sedikit kupasan cerita yang disampaikan oleh Tn Hj Mat Hj Jantan

Apa yang ingin Tn Haji Mat ingin kongsikan berkaitan dengan Hong Kong?

Apa yang haji kongsikan cerita ini kepada anda semua ialah kemudahan awam yang digunakan oleh penduduk Hong Kong rata-ratanya menggunakan teksi,MRT,feri dan bas kerana kosnya yang amat murah.

Untuk pengetahuan anda semua,masyarakat disana sihat dan sebabnya ialah mereka banyak berjalan serta tiada tempat duduk disediakan disepanjang tepi jalan..

Lagi satu,transport utama mereka adalah MRT.

Saya ada 3 hari untuk conference di Hong Kong Convention & Exhibition Center (Hong Kong Island). Kenderaan yang banyak saya gunakan adalah feri, dan kosnya sangat murah (hanya 2.50 HK Dollar)

Yang lebih menarik lagi,saya banyak berjalan kaki disekitar bandar Hong Kong.

Antara gambar kenangan Tn Haji Mat Haji Jantan sewaktu di Hong Kong 

Apa lagi yang Tn Haji Mat ingin kongsikan berkaitan R.I.S.E

Siapa yang ada di R.I.S.E? Founder dan Co-Founder dari CO yang menerajui dunia hari ini. Antaranya CO ALIBABA,Airbus,Youtube,Uber,Grab,AirBNB,Wechat,FB dan banyak lagi.

Summary yang Haji Tahu tentang R.I.SE ialah :

1.SPEED ! Dimana semua perkara bergerak sangat laju dan anda akan ketinggalan jika anda bertindak dengan lambat apatah lagi kalau tidak bergerak.

"FAST ACTION,FAST RESULT",Kata Tuan Haji Mat Haji Jantan.

Even taxi driver akan marah jika kita terhegeh-hegeh gerak.

2.ALERT ! Banyak benda baru yang sedang dan akan berlaku seluruh dunia. Jadi kita perlu banyakkan membaca,baca dan baca.

3.POSITIF ! Kita perlu sentiasa berfikir dengan positif dan jangan takut melakukan kesalahan. Kenapa begitu? Tahun ini umur saya sudah 57 tahun dan saya sangat yakin masih belum terlambat untuk saya berjaya.. Kenapa saya kata begitu? Owner KFC berumur 60 tahun baru jadi orang kaya di dunia tau..

4.FAHAMKAN DAN KONGSI ILMU BERKAITAN DENGAN INDUSTRI ANDA !

5.Nasihat haji kepada orang muda diluar sana tu,teruskan belajar dan belajar kesilapan dari orang lain,timba pengalaman dan jangan tunggu kesilapan itu datang dari diri sendiri."NO EXPERIENCE IS ALSO AN ADVANTAGE"

Tn Haji Mat berada dipusat Convention Hong Kong

KATA-KATA AKHIR DARI TUAN HAJI MAT HAJI JANTAN

Jangan berhenti belajar sebab manusia ini adalah satu makhluk yang sangat hebat dan kreatif. Haji telah jumpa ramai orang yang hebat-hebat dan saya nampak banyak kehebatan dari segi teknologi mahupun pembangunan.Semua yang berlaku pada hari ini dimuka bumi sangat banyak berlaku perkara yang menakjubkan.Ramai individu telah capai apa yang mereka ingin capaikan pada hari ini,tetapi kenapa bukan kita?

Kesimpulan kepada persoalan ini,kita perlu teruskan belajar dari hari ke hari dan sentiasa perlu perbaiki dan mempertingkat kemahiran diri.




No comments:

Post a Comment