Showing posts with label Derma. Show all posts
Showing posts with label Derma. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

SUMBANGAN RAYA UNTUK WARGA EMAS

Keperluan teknologi IT semakin berkembang pesat serta segala urusan kerja amat memerlukan komputer untuk menyimpan maklumat pengurusan.

Bagi memastikan pihak pentadbiran Rumah Seri Kenangan ini tidak ketinggalan,Team HAJIMAT telah memberi sumbangan komputer kepada pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheng,Melaka dalam Majlis Jamuan Raya Rumah Seri Kenangan Cheng tempoh hari.

Jom kita tengok sedikit gambar-gambar suasana majlis.
Suasana jamuan raya di Rumah Seri Kenangan 

Kami bersama warga emas 


Datuk Latifah Omar menerima sumbangan dari pihak syarikat HAJIMAT
bagi Rumah Seri Kenangan
Datuk Latifah Omar datang melawat Booth HAJIMAT


Terima kasih diucapkan kepada Datuk Latifah Omar selaku Exco Wanita,Pembangunan Keluarga, Dan Hal Ehwal Kebajikan kerana telah berbesar hati menerima sumbangan komputer dari syarikat HAJIMAT.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi RSK Cheng, iaitu En Kamarulzaman yang banyak memberi kerjasama dan berkongsi ilmu dan pengalaman. Banyak yang team kami belajar walaupun hanya separuh hari bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.

InsyaAllah,pada masa yang akan datang, kami menyasarkan untuk memberi lebih lagi agar lebih banyak rezeki dapat dikongsi bersama. Amin.














Sesi bergambar bersama ^_^



Monday, June 26, 2017

FILEM PENDEK HARI RAYA " KONGSI KASIH"

Yeah,ini merupakan pengalaman yang pertama untuk syarikat Hj Mat Hj Jantan membuat rakaman video raya sendiri yang dibuat oleh pekerja HAJIMAT..

Sungguh tak disangka-sangkakan bahawa staf HAJIMAT sendiri boleh menghasilkan video dengan cara yang tersendiri tanpa menggunakan production luar.

Krew sedang bersiap untuk rakaman video
Antara yang terlibat 
Kamarul Azam sebagai jurukamera 

Fuhh,ini antara scene yang sedang berlangsung dan gelagat yang sedang dipertontonkan...

Scene putus cinta antara Ramli dan Izy
Scene menyambut raya
                             
Scene yang terakhir yang dilakukan oleh ramli untuk penghabisan cerita.
Yaa,Alhamdulilah,habis juga babak berlakon ini.Terima kepada krew yang terlibat untuk menjayakan filem pendek ini iaitu "KONGSI KASIH"

---------------------------------------------------------------------------------------------

Jom kita menonton filem pendek ini.