Showing posts with label Jamuan Raya. Show all posts
Showing posts with label Jamuan Raya. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

SUMBANGAN RAYA UNTUK WARGA EMAS

Keperluan teknologi IT semakin berkembang pesat serta segala urusan kerja amat memerlukan komputer untuk menyimpan maklumat pengurusan.

Bagi memastikan pihak pentadbiran Rumah Seri Kenangan ini tidak ketinggalan,Team HAJIMAT telah memberi sumbangan komputer kepada pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheng,Melaka dalam Majlis Jamuan Raya Rumah Seri Kenangan Cheng tempoh hari.

Jom kita tengok sedikit gambar-gambar suasana majlis.
Suasana jamuan raya di Rumah Seri Kenangan 

Kami bersama warga emas 


Datuk Latifah Omar menerima sumbangan dari pihak syarikat HAJIMAT
bagi Rumah Seri Kenangan
Datuk Latifah Omar datang melawat Booth HAJIMAT


Terima kasih diucapkan kepada Datuk Latifah Omar selaku Exco Wanita,Pembangunan Keluarga, Dan Hal Ehwal Kebajikan kerana telah berbesar hati menerima sumbangan komputer dari syarikat HAJIMAT.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi RSK Cheng, iaitu En Kamarulzaman yang banyak memberi kerjasama dan berkongsi ilmu dan pengalaman. Banyak yang team kami belajar walaupun hanya separuh hari bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.

InsyaAllah,pada masa yang akan datang, kami menyasarkan untuk memberi lebih lagi agar lebih banyak rezeki dapat dikongsi bersama. Amin.














Sesi bergambar bersama ^_^



Saturday, July 15, 2017

JAMUAN RAYA DI PEJABAT UTAMA HAJIMAT

Selang sehari selepas jamuan raya di Rumah Tn Hj Mat Hj Jantan..Kini bagi menambahkan lagi suasana raya,pihak pengurusan syarikat HAJIMAT telah menganjurkan majlis jamuan hari raya di perkarangan pejabat..

Sebelum memulakan majlis jamuan raya,majlis ini diawali dengan bacaan Yassin dan doa selamat yang diketuai oleh saudara Muhammad Fariz Bin Mat Darus, antara staff yang bekerja bersama syarikat HAJIMAT..



Yang menariknya lagi, kesemua staff HAJIMAT telah membawa pelbagai jenis makanan dan dan minuman yang berkonsepkan 'potluck' untuk dimakan bersama-sama..

Jom tengok sisipan gambar yang dihidangkan ini 😆 ..

Beratur untuk mengambil makanan. Sedap tuu...

Suasana jamuan makan yang kelihatan ceria dan seronok oleh staff-staff

Terima kasih kepada semua staff yang telah bersama membawa makanan yang sedap-sedap untuk dijamu bersama untuk majlis jamuan raya tahun ini. Alhamdulilah,semoga kita semua dimurahkan rezeki dan bersyukur sentiasa atas segala nikmat yang kita perolehi..Amin.



Tuesday, July 11, 2017

JAMUAN RAYA DI RUMAH TN. HJ MAT BIN HJ JANTAN

Jamuan raya tahun ini diadakan di rumah Tn Hj Mat Hj Jantan bagi memeriahkan lagi mood suasana hari raya.

Terima kasih juga kepada orang rumah Tn Haji Mat iaitu Puan Siti Khatijah dan sekeluarga menyediakan makanan yang sedap untuk dimakan.

Jom jenguk-jenguk gambar raya..

Suasana jamuan makan yang mencuit hati 
Gelagat-gelagat yang seronok dilihat

Alhamdulilah,jutaan terima kasih kepada Tn Haji Mat Jantan dan sekeluarga menjemput kakitangan pejabat datang ke rumah Tn Haji Mat untuk jamuan makan..Semoga tahun yang akan datang,Tn Haji Mat akan buat lagi ye....

Sekian Terima Kasih..😂