ANCAMAN CYANOBACTERIA
Pertumbuhan alga ialah peningkatan jumlah alga di dalam sistem akuatik, seperti sungai dan laut. Pertumbuhan alga boleh menyebabkan eutrofikasi, iaitu kandungan oksigen di dalam air berkurangan dan hidupan akuatik tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, dan seterusnya menyebabkan kematian. Antara kawasan yang berpotensi menjadi tempat pertumbuhan alga ialah permukaan air yang mempunyai aliran yang bergerak perlahan dan mempunyai suhu yang tinggi.
Pertumbuhan alga ialah peningkatan jumlah alga di dalam sistem akuatik, seperti sungai dan laut. Pertumbuhan alga boleh menyebabkan eutrofikasi, iaitu kandungan oksigen di dalam air berkurangan dan hidupan akuatik tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, dan seterusnya menyebabkan kematian. Antara kawasan yang berpotensi menjadi tempat pertumbuhan alga ialah permukaan air yang mempunyai aliran yang bergerak perlahan dan mempunyai suhu yang tinggi.
Punca pertumbahan alga ialah daripada larian
permukaan daripada kawasan pertanian dan air sisa.
Potensi pertumbuhan alga ialah daripada pencemaran
nutrien, seperti fosforus dan nitrogen yang dibawa oleh
air larian permukaan. Aktiviti pertanian merupakan
sumber pencemaran nutrien paling utama. kerana
nutrien yang dibawa air larian permukaan ialah
daripada baja yang digunakan untuk tanaman. Baja
tidak organik mengandungi bahan kimia, seperti
fosforus dan nitrogen. Kepekatan elemen ini di dalam
air akan menyebabkan pertumbuhan alga di atas
permukaan air
Pertumbuhan alga menyebabkan permukaan
air bertukar kepada warna kehijauan. Alga ini
terdiri daripada sejenis bakteria yang bernama
cyanobacteria, yang juga dikenali sebagai alga biruhijau.
Cyanobacteria adalah sejenis bakteria yang
menggunakan cahaya matahari dan gas karbon
dioksida untuk melakukan proses fotosintesis.
Cyanobacteria memerlukan nutrien seperti nitrogen
dan fosforus untuk meneruskan hidup. Bakteria
ini boleh hidup di dalam air tawar dan air masin.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan
bahawa 100,000 sel/mL cyanobacteria merupakan
bacaan yang memberikan risiko sederhana kepada
manusia. Walau bagaimanapun, Cyanobacteria
semakin meningkat di Amerika Syarikat dan seluruh
Ancaman
Cyanobacteria
di Dalam Air
dunia, yang menjadi ancaman serius kepada sumber
air tawar dan kesihatan awam
Kebanyakan cyanobacteria menghasilkan toksin
yang berbahaya kepada manusia dan haiwan,
sehingga boleh menyebabkan penyakit dan kematian
sekiranya diminum atau tersentuh permukaan air
tersebut. Oleh kerana kesan daripada pertumbuhan
alga daripada cyanobacteria ini adalah serius,
maka syarikat bekalan air memerlukan penapisan
tambahan bagi memastikan air yang digunakan
adalah selamat daripada bau dan rasa yang
berbahaya apabila bakteria tersebut terkumpul
mengelilingi paip pengambilan. Kawasan yang
melakukan aktiviti berenang pula perlu ditutup untuk
melindungi kesihatan awam. Selain memberi kesan
kepada manusia, organisma lain, seperti haiwan
ternakan, yang terdedah kepada bakteria ini juga
boleh mengalami kematian.
Pertumbuhan alga boleh dicegah dengan mengawal
jumlah nutrien, terutamanya nitrogen dan fosforus
masuk ke dalam air. Nutrien yang dibawa oleh larian
air permukaan adalah sukar untuk dikawal kerana
ia merupakan punca pencemaran yang tidak tetap.
Contoh sumber pencemaran ini adalah daripada
kawasan pertanian. Bagi mengelakkan pencemaran
ini, baja yang digunakan untuk tanaman di kawasan
pertanian boleh ditukarkan kepada baja organik yang
kandungan nutriennya rendah.