Pelepasan air kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai akan menyebabkan air sungai tercemar seperti air sungai akan berubah menjadi warna hitam dan busuk. selain itu, sungai akan dicemari dengan bakteria E.Coli.
Tahukah Anda Punca Pelepasan Air Kumbahan Dirawat Berlaku???
- Punca pelepasan air kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai adalah sistem pembentungan yang tidak betul, di samping tiada kesedaran pengguna dalam mengosongkan tangki septik kediaman masing-masing.
- Menurut kajian, pengguna tangki septik tidak mengosongkan tangki mereka hampir 3 tahun lebih. sepatutnya, pengosongan tangki septik individu perlu dilakukan secara berjadual iaitu 2 tahun sekali.
Kenapa perlu dikosongkan?
- tangki septik individu mempunyai dua ruang utama :
- ruang pertama adalah apabila pepejal daripada kumbahan akan mendap dan membentuk enapcemar. manakal gris dan minyak pula akan membentuk lapisan skum di permukaan. Efluen antara lapisan skum dan enap cemar akan mengalir ke ruang kedua dan seterusnya akan dilepaskan ke dalam longkang atau diserapkan ke dalam tanah. ruang yang disediakan dalam tangki septik hanya dapat menampung bahan enap dan skum selama 2 tahun sahaja.
- Jadi sekiranya tangki septik individu tidak dikosongkan dalam tempoh 2 tahun, ia boleh menyebabkan tangki septik tersebut melimpah dengan bahan enap cemar dan skum. limpahan enap cemar dan skum ini akan mengalir bersama-sama efluen ke dalam longkang dan seterusnya akan mencemarkan sungai yang berdekatan.
Perkhidmatan sedut najis melaka
No comments:
Post a Comment