Saturday, April 27, 2019

ANCAMAN CYANOBACTERIA

    ANCAMAN CYANOBACTERIA


      Pertumbuhan alga ialah peningkatan jumlah alga di dalam sistem akuatik, seperti sungai dan laut. Pertumbuhan alga boleh menyebabkan eutrofikasi, iaitu kandungan oksigen di dalam air berkurangan dan hidupan akuatik tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, dan seterusnya menyebabkan kematian. Antara kawasan yang berpotensi menjadi tempat pertumbuhan alga ialah permukaan air yang mempunyai aliran yang bergerak perlahan dan mempunyai suhu yang tinggi.

   Punca pertumbahan alga ialah daripada larian permukaan daripada kawasan pertanian dan air sisa. Potensi pertumbuhan alga ialah daripada pencemaran nutrien, seperti fosforus dan nitrogen yang dibawa oleh air larian permukaan. Aktiviti pertanian merupakan sumber pencemaran nutrien paling utama. kerana nutrien yang dibawa air larian permukaan ialah daripada baja yang digunakan untuk tanaman. Baja tidak organik mengandungi bahan kimia, seperti fosforus dan nitrogen. Kepekatan elemen ini di dalam air akan menyebabkan pertumbuhan alga di atas permukaan air

     Pertumbuhan alga menyebabkan permukaan air bertukar kepada warna kehijauan. Alga ini terdiri daripada sejenis bakteria yang bernama cyanobacteria, yang juga dikenali sebagai alga biruhijau. Cyanobacteria adalah sejenis bakteria yang menggunakan cahaya matahari dan gas karbon dioksida untuk melakukan proses fotosintesis. Cyanobacteria memerlukan nutrien seperti nitrogen dan fosforus untuk meneruskan hidup. Bakteria ini boleh hidup di dalam air tawar dan air masin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 100,000 sel/mL cyanobacteria merupakan bacaan yang memberikan risiko sederhana kepada manusia. Walau bagaimanapun, Cyanobacteria semakin meningkat di Amerika Syarikat dan seluruh Ancaman Cyanobacteria di Dalam Air dunia, yang menjadi ancaman serius kepada sumber air tawar dan kesihatan awam

      Kebanyakan cyanobacteria menghasilkan toksin yang berbahaya kepada manusia dan haiwan, sehingga boleh menyebabkan penyakit dan kematian sekiranya diminum atau tersentuh permukaan air tersebut. Oleh kerana kesan daripada pertumbuhan alga daripada cyanobacteria ini adalah serius, maka syarikat bekalan air memerlukan penapisan tambahan bagi memastikan air yang digunakan adalah selamat daripada bau dan rasa yang berbahaya apabila bakteria tersebut terkumpul mengelilingi paip pengambilan. Kawasan yang melakukan aktiviti berenang pula perlu ditutup untuk melindungi kesihatan awam. Selain memberi kesan kepada manusia, organisma lain, seperti haiwan ternakan, yang terdedah kepada bakteria ini juga boleh mengalami kematian.

    Pertumbuhan alga boleh dicegah dengan mengawal jumlah nutrien, terutamanya nitrogen dan fosforus masuk ke dalam air. Nutrien yang dibawa oleh larian air permukaan adalah sukar untuk dikawal kerana ia merupakan punca pencemaran yang tidak tetap. Contoh sumber pencemaran ini adalah daripada kawasan pertanian. Bagi mengelakkan pencemaran ini, baja yang digunakan untuk tanaman di kawasan pertanian boleh ditukarkan kepada baja organik yang kandungan nutriennya rendah.



Imej yang berkaitan


No comments:

Post a Comment