Thursday, April 18, 2019

LANGKAH PEMPROSESAN



APA ITU RAWATAN KUMBAHAN??




Rawatan kumbahan adalah proses membuang bahan buangan daripada air sisa, terutamanya daripada kumbahan di rumah. Proses-proses ini termasuk kaedah fizikal, kimia, dan biologi untuk membuang bahan pencemar ini dan menghasilkan air buangan yang tidak mengancam alam sekitar (atau dirawat kumbahan). Sebuah produk sampingan dari pengolahan limbah biasanya sisa separa pejal atau sluri (slurry) dipanggil enap cemar kumbahan, yang telah menjalani rawatan lanjutan sebelum ia dianggap sesuai untuk dilupuskan atau dipakaikan dalam tanah.


Rawatan kumbahan mungkin juga disebut sebagai rawatan air sisa, walaupun kedua adalah istilah yang lebih luas yang boleh juga digunakan untuk semata-mata industri air sisa. Bagi kebanyakan bandar-bandar, sistem pembetungan juga akan membawa sebahagian daripada buangan industri melalui loji rawatan kumbahan yang telah biasanya menerima prarawatan di kilang-kilang terlebih dahulu untuk mengurangkan beban bahan pencemar. Jika sistem saluran pembuangan terdiri daripada pembetung yang digabungkan maka ia juga akan membawa buangan dari jalan-jalan bandar yang dicampurkan bersama air hujan kepada loji rawatan kumbahan. Air kumbahan boleh dialirkan ke loji rawatan melalui sistem paip dan dalam aliran yang dibantu oleh graviti dan pam. Bahagian pertama penapisan kumbahan biasanya termasuk bar skrin yang menapis pepejal dan objek besar yang kemudiannya dikumpulkan dalam bak sampah dan dibuang di tempat pelupusan sampah. Lemak dan gris juga dikeluarkan sebelum rawatan kumbahan primer berlaku.



LANGKAH-LANGKAH PEMPROSESAN

1. Prarawatan
  • Prarawatan menyingkirkan semua bahan-bahan yang boleh diambil dengan mudahnya daripada kumbahan mentah, mengelakkan kerosakan atau tersumbatnya pam dan baris penapis rawatan primer. Objek yang biasa dikeluarkan dalam peringkat ini termasuklah sampah, batang pokok, daun, dahan, dan objek besar yang lain.

  • Proses ini juga boleh melibatkan saluran atau kebuk khas di mana kelajuan air kumbahan yang masuk diselaraskan agar batu kerikil, batu kecil, pasir mahupun serpihan kaca dapat termendap seterusnya mengelakkan kerosakkan pada pam-pam dan alatan penuras. Sistem penapisan sebegini lebih cenderung diperlukan di loji-loji yang lebih berskala besar.

2. Rawatan (atau olahan) primer

  • Dalam peringkat pemendapan primer ini, kumbahan dialirkan melalui tangki besar, yang biasa disebut "besen pra-mendap", "tangki mendapan utama" atau "penapis utama".Tangki-tangki ini digunakan untuk memendapkan lumpur di mana gris dan minyak yang timbul ke permukaan dibuang. Tangki jenis ini biasanya dilengkapi dengan pengikis janaan mekanikal yang terus-menerus membawa lumpur yang terkumpul ke arah hopper di dasar tangki di mana ia dipamkan ke kemudahan rawatan enap cemar.:9–11 Gris dan minyak yang terapung daripada hasil enap cemar ini kadangkalanya boleh digunakan semula untuk proses membuat sabun. 



3. Olahan sekunder

  • Rawatan peringkat ini direka untuk menguraikan kandungan biologi kumbahan yang berasal dari sisa-sisa manusia dan makanan, sabun dan detergen dengan banyaknya. Kebanyakan loji perbandaran merawat air kumbahan termendap ini menggunakan proses biologi aerobik. Biota memerlukan kedua-dua oksigen dan makanan untuk hidup, seterusnya menjadikan proses biologi tersebut lebih berkesan. Bakteria dan protozoa memakan bahan-bahan pencemar organik (misalnya gula, lemak, molekul rantai pendek karbon organik dan sebagainya) serta mengikat sisa-sisa yang kurang larut pecahan menjadi flok.

4. Olahan tertier

  • Rawatan ini bertujuan menyediakan peringkat akhir rawatan untuk meningkatkan lagi kualiti buangan atau efluen sebelum ia dilepaskan ke alam sekitar (laut, sungai, tasik, tanah basah, tanah, dan lain-lain.). Lebih daripada satu proses rawatan tertier mungkin akan digunakan dalam mana-mana perawatan. Proses rawatan ini berada di peringkat akhir jika terdapatnya proses pembasmian kuman.
Perawatan dan pelupusan enap cemar


  • Enap cemar yang terkumpul sepanjang proses rawatan ini harus dirawat dan dibuang secara selamat dan efektif. Enap cemar dicernakan untuk mengurangkan jumlah bahan organik dan mikroorganisma penyebab penyakit yang hadir dalam pepejal ini. Rawatan yang paling biasa digunakan termasuk pencernaan anaerob, pencernaan aerob dan kompos. Penunuan juga digunakan tetapi pada tahap yang lebih rendah. misalnya terlalu banyak dram putaran ataupun penuras tali sawat. Enap yang disingkirkan airnya ini mungkin akan dibakar atau dibawa keluar untuk dilupuskan di tempat pembuangan sampah atau digunakan sebagai bahan pinda tanah dalam pertanian.





Perkhidmatan Sedut Najis Melaka. Hubungi kami sekarang di talian 06-3354845

Wednesday, April 17, 2019

KAEDAH RAWATAN KUMBAHAN

RAWATAN KUMBAHAN

APA ITU RAWATAN KUMBAHAN?????

 Rawatan kumbahan adalah proses membuang bahan buangan daripada air sisa, terutamanya daripada kumbahan di rumah.

Dari segi sejarah, operasi-operasi unit telah dikumpulkan untuk menyediakan pelbagai tahap rawatan. rawatan permulaan dan/atau rawatan utama merujuk kepada operasi-operasi unit fizikal dan merupakan peringkat pertama rawatan yang digunakan ke atas sebarang kumbahan. Rawatan peringkat sekunder pula merujuk kepada proses-proses unit biologi dan kimia manakala rawatan  peringkat tinggi merujuk kombinasi ketiga-tiga proses. 


KAEDAH-KAEDAH RAWATAN KUMBAHAN

Rawatan Permulaan Kumbahan

Rawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi dengan operasi-operasi rawatan. Ini termasuk pemeriksaan dan pengisaran untuk penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran batu-batu halus menerusi pemendapan dan juga penyingkiran minyak dan gris menerusi proses pengapungan.

Rawatan Utama Kumbahan
Di dalam rawatan utama, proses pemeriksaan dan pemendapan akan menyingkirkan sedikit pepejal terapung dan bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan organik yang tinggi.

Rawatan Sekunder Tambahan
Rawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegradasikan dan pepejal terapung dan kebanyakannya menggunakan proses-proses unit biologi. Penyahjangkitan mungkin dimasukkan di dalam rawatan sekunder kumbahan.

Rawatan Peringkat Tinggi Kumbahan
Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahan-bahan toksik termasuk logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan peringkat tinggi adalah berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula.

Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan sekunder.

Perkhidmatan Sedut Najis Melaka





























Tuesday, April 16, 2019

KEPENTINGAN MENGOSONGKAN TANGKI SEPTIK

KEPENTINGAN MENGOSONGKAN TANGKI SEPTIK??

Mesti rakyat Malaysia tertanya-tanya..

kenapa  kita mesti mengosongkan tangki septik???

Pengosongan tangki septik secara berjadual adalah penting untuk memelihara kebersihan alam sekitar, melindungi sumber air dan menjamin kesihatan. hal ini demikian kerana, air kumbahan yang tidak dirawat mengandungi kandungan patogen seperti virus, bakteria dan parasit yang sangat tinggi. Dikatakan bahawa satu gram najis mengandungi 10 juta virus, 1 juta bakteria, 1000 parasit dan 100 telur cacing.

Tahukah Anda??

Air kumbahan juga mengandungi bahan kimia seperti bahan pencuci. Bahan cemar yang terdapat dalam air kumbahan tersebut boleh mengakibatkan bau busuk dan menyebabkan warna air sungai berubah menjadi hitam. pendedahan yang lama terhadap air kumbahan yang tidak di rawat boleh menyebabkan seseorsng itu mengalami kesihatan.

Contohnya :

  1.  cirit birit
  2. taun
  3. demam kepialu
  4. Hepaitis A
Hal ini dikatakan bahawa 50% daripada 9 000 000 kematian kanak-kanak berpunca daripada najis yang tidak  terurus.

Pencemaran sungai akibat pelepasan air kumbahan yang tidak dirawat boleh menjejaskan hidupan akuatik dalam sungai tersebut. Secara tidak langsung pencemaran sebegini juga boleh menjejaskan kegiatan sosioekonomi penduduk kawasan sekitar kerana tidak tahan dengan bau busuk. Limpahan efluen akibat daripada tangki septik yang tidak dikosongkan bukan sekadar menjejaskan air sungai. bahkan ia turut memberi impak kepada air bawah tanah. Bahan enap cemar yang mengalir bersama-sama efluen akan meresap ke dalam tanah dan keadaan akan menjadi lebih buruk pada waktu hujan. air hujan tersebut akan mengalirkan enap cemar yang melimpah tersebut ke dalam kawasan sungai.

Oleh sebab itu adalah amat penting untuk setiap pemilik tangki septik individu mengosongkan tangki septik mereka secara berjadual bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat sekeliling dan seterusnya memelihara alam sekitar.

Pengosongan tangki septik merupakan tanggungjawab kita sebagai pengguna yang bijak.



Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran



Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran 

Perkhidmatan Sedut Najis Melaka

Friday, April 12, 2019

KENAPA PERLU KOSONGKAN TANGKI SEPTIK??

TAHUKAH ANDA?

Pelepasan air kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai akan menyebabkan air sungai tercemar seperti air sungai akan berubah menjadi warna hitam dan busuk. selain itu, sungai akan dicemari dengan bakteria E.Coli.

Tahukah Anda Punca Pelepasan Air Kumbahan Dirawat Berlaku???


  • Punca pelepasan air kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai adalah sistem pembentungan yang tidak betul, di samping tiada kesedaran pengguna dalam mengosongkan tangki septik kediaman masing-masing. 
  • Menurut kajian, pengguna tangki septik tidak mengosongkan tangki mereka hampir 3 tahun lebih. sepatutnya, pengosongan tangki septik individu perlu dilakukan secara berjadual iaitu 2 tahun sekali.

Kenapa perlu dikosongkan?
  • tangki septik individu mempunyai dua ruang utama :
    • ruang pertama adalah apabila pepejal daripada kumbahan akan mendap dan membentuk enapcemar. manakal gris dan minyak pula akan membentuk lapisan skum di permukaan.  Efluen antara lapisan skum dan enap cemar akan mengalir ke ruang kedua dan seterusnya akan dilepaskan ke dalam longkang atau diserapkan ke dalam tanah. ruang yang disediakan dalam tangki septik hanya dapat menampung bahan enap dan skum selama 2 tahun sahaja. 
  • Jadi sekiranya  tangki septik individu tidak dikosongkan dalam tempoh 2 tahun, ia boleh menyebabkan tangki septik tersebut melimpah dengan bahan enap cemar dan skum.  limpahan enap cemar dan skum ini akan mengalir bersama-sama efluen ke dalam longkang dan seterusnya akan mencemarkan sungai yang berdekatan.

Perkhidmatan sedut najis melaka

Thursday, February 15, 2018

Pesanan Team Milagro Kepada Para Petani

Anda ingin bertani, tapi tak tahu macam mana nak mula? Atau banyak sangat idea sampai tak tahu nak buat yang mana satu dulu?

Posting kali ni, Team Milagro ingin berkongsi Tips bagaimana untuk memulakan kebun kecil anda sendiri..

 Mula dengan kebun yang kecil.


Mula bertani dengan berkebun secara kecil-kecilan. Anda akan mengurangkan risiko untuk gagal. Anda juga tidak akan rasa terbeban untuk menguruskan tanaman anda, dan anda mudah untuk memberi fokus.







 Jangan fikirkan keuntungan.


Jadikan bercucuk tanam sebagai hobi anda. Hobi adalah sesuatu yang anda lakukan tanpa mengira keuntungan. Anda dah mahir, baru la boleh memperbesarkan kebun anda. 





Berjimat cermat.


Jangan berbelanja lebih dari apa yang anda ada.  Menabunglah untuk membeli peralatan yang lebih baik. Besarkan Kebun anda secara pelahan-lahan dan secara organik. 





Baca, Kaji, dan Baca Lagi


Banyakkan membaca tentang pertanian. Di zaman moden ini, terdapat banyak jenis medium bahan bacaan, ajar diri anda tentang ilmu pertanian dengan menbaca artikel di internet, akhbar, atau majalah berkaitan pertanian.



Berhubung dengan petani lain.

Tambah kenalan anda dalam bidang pertanian.  Semakin ramai kenalan anda, semakin banyak ilmu, tips dan pengalaman yang anda akan perolehi.



DIY


Do It Youself  -  buat sendiri peralatan pertanian anda seperti pasu dari botol minyak, tayar. Pelajari juga cara membaiki peralatan anda. Anda pasti akan dapat menjimatkan perbelanjaan anda.




Jangan terlalu taksub dengan DIY.


Anda perlu tahu bila masanya anda perlukan bantuan dari orang yang lebih mahir. Jangan terlalu berkira dan ingin membuat sendiri semua perkara. Jadi Tikus baiki Labu pula nanti.


Komitmen Pertanian.

Pertanian adalah komitmen. Anda bukan sedang belajar untuk hadapi peperiksaan, ilmu pertanian tidak boleh diperlajari dalam semalaman. Anda perlu luangkan masa di ladang atau kebun anda, cuba untuk penuhi keperluan tanaman anda. Dengan cara itu, anda akan dapat hasil yang memuaskan.


Bertolak ansur dengan Diri Anda.

Anda perlu sentiasa bersabar sepanjang proses permulaan. banyakkan mencuba, tapi jangan terlalu berkeras dengan diri anda. Jangan terlalu membandingkan anda dengan petani-petani lain. Anda adalah Raja di kebun anda. Buatlah keputusan dengan bijak dan mengikut kemampuan anda sendiri.




Akhir sekali, renung kembali sebab anda mulakan bertani. Jika anda mulakan nya sebagai hobi, ia sepatutnya menggembirakan anda, bukan membuat anda rasa terbeban.



Layari facebook kami untuk maklumat lanjut:-


Untuk dapatkan Baja Organik MilAgro 

HUBUNGI KAMI SEGERA 📞

http://www.wasap.my/60162204549/Nak_Baja_Milagro

#momentmilagro
#bajaorganikmilagro
#miracleoflife
#teammilagro



Sumber :-
thespruce.com
reap.ifpri.info

Friday, January 5, 2018

ANDA TAK DE PASU NAK TANAM POKOK?? JANGAN RISAU, KAMI BOLEH TOLONG!!

Team Milagro kongsikan harta-harta karun yang boleh dijadikan sebagai pengganti pasu. Simpan semua alasan-alasan yang ada, JOM KITA BERTANI!!!






Pasu Disket




Ni harta paling legend sekali. Ramai anak muda sekarang yang tak tahu, dan tak pernah nampak pun disket. Jika anda ada terjumpa disket di rumah, jangan terus buang, jadikan pasu, setidak-tidaknya dapat juga simpan bahan sejarah.. 

Cara-cara:


1) Lekatkan bahagian tepi disket menggunakan glue gun
2) Masukkan tanah dan tanaman anda.
3) Boleh juga dijadikan sebagai  tempat untuk letak pencil.

Kalau anda tidak ada glue gun di rumah, guna saja cable tie seperti di bawah ni untuk ikat disket untuk dijadikan pasu.. 


Pasu Cawan/Teko





Ada cawan atau teko yang dah retak atau sumbing, tapi anda sayang nak buang?
Jadikan pasu untuk tanaman anda. Selepas itu, ia juga boleh jadikan hiasan di atas meja di rumah atau pejabat.

Tin Aluminium





Banyak tin susu, tin biskut, tin minuman, dan tin cat. Jadikan tin-tin tersebut sebagai pengganti pasu, selain dapat jimatkan duit untuk beli pasu, laman kita akan nampak lebih unik! 

Tin - tin yang kecil biasanya sesuai untuk tanaman seperti daun bawang, daun sup, dan tanaman herba.

Cengkerang Siput



Anda bercadang untuk bercuti di pantai?
Jika jumpa cengkerang yang cantik, bawa la balik, boleh jadi pasu mini.. 

Kasut







Tapak kasut Crocs anda sudah haus? Sayang nk buang sebab harga mahal? 
Jadikan sebagai pasu untuk tanaman anda. 

Jika ada kasut yang sudah tak boleh pakai sebab rosak dan sebagainya, jangan terus buang, masih boleh digunakan lagi tu.. 


Kulit Telur







1)  Guna kulit telur untuk semai biji benih.
2) Mudah untuk anda pindahkan ke pasu yang lebih besar.

Setakat ini sahaja perkongsian dari kami Team Milagro, Terima Kasih dan jumpa lagi di update yang akan datang.

Sampai bila nak telan RACUN??  Pertanian adalah salah satu cara untuk pastikan yang anda memberikan makanan yang sihat untuk keluarga anda, selain dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah. 


Untuk dapatkan Baja Organik MilAgro 

HUBUNGI KAMI SEGERA 📞


atau PM KAMI 


Mari pakat ramai-ramai guna baja MilAgro.




Sumber: -
Google image
Pinterest
Youtube
diy-is-fun.com
themicrogarden.com
homedit.com
brit.co
hellolidy
lifestylebycaroline
socreativethings
bettertogetherherbc

Wednesday, January 3, 2018

BANYAK BOTOL PLASTIK? JANGAN BUANG...!!!

Banyak sangat botol plastik kat rumah? Teringin nak guna semula, tapi tak tahu nak buat ape??

Mari Team Milagro kongsikan kegunaan botol minuman plastik ni untuk bantu kita berkebun dan menambah baik kebun kita. 


Siram Tanaman





 1. Tebuk lubang menggunakan paku atau paku tekan di bahagian badan botol.
2. Sambungkan bahagian muncung botol dengan getah paip yang biasanya digunakan untuk menyiram pokok.
3. Anda boleh siram pokok dengan lebiih mudah dan cepat.
4. boleh digunakan untuk memudahkan menyiram rumput karpet.



1. Tebuk beberapa lubang kecil di tutup botol, menggunakan paku tekan atau paku.
2. Penuhkan botol dengan air, dan tutupkan.
3. Kerja menyiram pokok jadi lebih mudah dan cepat.


Penyiram Pokok Automatik


1. Tebuk lubang bersaiz sederhana di tutup botol palstik.
2. Penuhkan air di dalam botol dan tutup.
3. Tanam sebahagian muncung botol berdekatan tanaman anda.
4. Pastikan  muncung botol menghala ke bahagian akar pokok.





1. Tebuk beberapa lubang menggunakan paku di bahagian badan botol. 
2. Tanam botol di antara tanaman anda.
3. Penuhkan air ke dalam botol.
4. Tanaman anda akan sentiasa mendapat air yang secukupnya.
5. Tambah air bila perlu.


Taman Menegak



1. Guna semula botol plastik sebagai taman menegak atau Vertical Garden
2. Sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan di kebun masing-masing. 
3. Sesuai untuk mereka yang tinggal di pangsapuri yang mempunyai ruang terhad.


Penyodok Tanah Buatan Sendiri.



1. Hasilkan penyodok tanah sendiri menggunakan botol plastik.
2. Hanya tandakan bahagian yang ingin di potong, potong dan kemaskan. 


Bonus: Bina Rimah Hijau Anda Sendiri



Luangkan hujung minggu anda dengan betani. Tinggal di pangsapuri, tiada tanah yang luas, tiada masa untuk siram pokok bukan lagi alasan untuk anda tidak bertani. Anda juga boleh mengadakan aktiviti dengan anak-anak anda dengan menggunakan idea-idea yang TeamMilagro kongsikan di sini. 

Sampai bila nak telan RACUN??  Bertani adalah salah satu cara untuk pastikan yang anda memberikan makanan yang sihat untuk keluarga anda, selain dapat menjimatkan perbelanjaan rumah. 


Untuk dapatkan Baja Organik MilAgro 

HUBUNGI KAMI SEGERA 📞


atau PM KAMI 


Mari pakat ramai-ramai guna baja MilAgro.


Sumber : 
http://followgreenliving.com/,
https://www.wikihow.com/Reuse-Plastic-Bottles-for-Your-Garden
http://creativeideasz.blogspot.my/2013/04/idea-to-keep-soil-moist-for-plants.html
https://www.thespruce.com/watering-plants-while-on-vacation-1402425
https://brightside.me/inspiration-tips-and-tricks/17-ingenious-ideas-to-reuse-plastic-bottles-367160/
https://www.thebetterindia.com/58509/reuse-plastic-bottles-reduce-pollution-waste/
https://ideastand.com/reusing-plastic-water-bottles/