Buat kali pertamanya semua pihak pengurusan syarikat HAJIMAT dari pelbagai jabatan turun ke "PADANG" untuk mengaudit pengurusan dan skop pekerjaan yang termaktub dalam perlembagaan undang-undang.
Latihan sebegini merupakan asas dan cara-cara untuk memantapkan lagi tahap pengurusan yang lebih efisien dan boleh diterima pakai untuk syarikat HAJIMAT.
KEPERLUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO & OHSAS
1.SKOP
Standard antarabangsa ini menetapkan keperluan sistem pengurusan kualiti apabila sesebuah organisasi:
A.perlu untuk menunjukkan kemampuannya secara konsisten menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan dan dapat digunakan untuk keperluan berkanun (statutory) dan kawal selia (regulatory).
B.menyasar untuk menpertingkatkan kepuasan pelanggan menerusi penggunaan sistem secara cekap, termasuklah proses penambahbaikan sistem dan jaminan keakuran terhadap keperluan pelanggan dan dapat digunakan untuk keperluan berkanun dan kawal selia.
Semua keperluan standard antarabangsa ini adalah generik dan diharap dapat digunakan terhadap sebarang organisasi, tanpa mengambil kira jenis atau saiz, produk atau perkhidmatan yang disampaikan.
Pembahagian team untuk training Audit
Audit Jabatan HR
Audit Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal
Audit Jabatan Sedutan
Audit Jabatan Penyelengaraan Loji
Audit Jabatan Pemasaran
Alhamduliah,semoga dengan latihan yang lakukan oleh pihak pengurusan syarikat HAJIMAT ini,ia boleh memberi manfaat dan mampu meningkatkan kualiti pengurusan syarikat ke tahap yang lebih tinggi.Amin.
Pembuangan sampah merupakan satu punca pencemaran yang sangat serius kepada alam sekitar kita. Antara sebabnya ialah orang membuang sampah secara merata-rata kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah, malas untuk melakukan pengasingan dan kitar semula atau tidak mahu membayar cukai atau yuran penggunaan tapak pelupusan sampah itu. Maka wujudnya sikap yang tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya.
Pembuangan sampah yang tidak terkawal
Faktor punca yang masih berlaku sehingga kini antaranya kerana kurang pendidikan dan kesedaran di kalangan masyarakat kita menyebabkan masih ramai yang belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibat atau kesan kepada kesihatan kita apabila tidak menguruskan sampah dengan baik. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah daripada pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka menjadi sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar dengan serius pada hari ini.
Kesan-kesan pencemaran pembuangan sampah antaranya ialah, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air itu boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebihan dan tidak terkawal seterusnya apabila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ dari alga tersebut akan menggunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.
Akibat pembuangan sampah dilaut
Tambahan pula, kesan pembuangan sampah juga boleh menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling. Sampah sarap yang dibuang merata-rata atau tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan bau busuk serta dapat potensi kepada nyamuk Aedes membiak di situ, lalat yang banyak yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit. Pembuangan sampah tidak terkawal juga akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan penduduk sekeliling perumahan itu.
Tempat Nyamuk Aedes membiak dan dan lalat
Antara langkah–langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal ini ialah dengan penguatkuasaan undang-undang haruslah diketatkan. Kompaun dan hukuman seperti memberi saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah merata-rata perlulah di lakukan. Usaha untuk memberi kesedaran dan kefahaman juga perlu dilakukan dengan lebih agresif lagi supaya masyarakat awam faham dan berhenti jadikan amalan kepada pembuangan sampah secara tidak terkawal dan merata-rata ini. Program kitar semula adalah salah satu langkah yang penting untuk menggelakan masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal. Kebaikan program kitar semula dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai baja organik. Kebaikan dari segi ekologi pula ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya dari terus tercemar. Beberapa cara yang paling mudah untuk mengurangi sampah, diantaranya ialah lakukan 4R. 1.Replace 2.Reuse 3.Reduce 4.Reycle
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca kertas,logam,plastik,tekstil dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru. Dengan ada kempen-kempen kitar semula ini,kita sendiri mampu mengurangkan pencemaran dan boleh memastikan kesimbangan alam sekitar
Tangki
septik dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan
skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di
kawasan kediaman rumah perseorangan.
Tangki Septik atas dan tangki Yum bawah.
Bahan bina macam mana?
Bahan
binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass)
atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari
konkrit) atau berbentuk silinder
( bahan
daripada plastik atau fiber).
Bahan
buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan
pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan
diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan.
Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang
kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua
akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.
Apa itu Lurang?
Dikenali
sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia
di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya
kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang
biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya
berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk
"L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap
lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"
Jenis-jenis lurang
Terbahagi kepada 4:
1. Lurang cetek
2. Lurang biasa
3. Lurang dalam
4. Lurang
tirai belakang
1. Lurang
Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.
2. Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm
3. Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm
4. Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau
saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah
dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan
Pembinaan Lurang
Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau
undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.
Contoh jenis lurang
Sump
Sump dibina
untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting
kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan
kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di
dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.Saliran
yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan
terdapat saliran masuk dan saliran keluar.
Syarikat HAJIMAT menghantar semua staf pengurusan menjalani latihan kursus audit dalaman iaitu bagi course ISO 9001 : 2015 ( Quality Management System ) , ISO 14001: 2015 ( Enviromental Management ) dan OHSAS 18001 : 2007 ( Occupational,Health & Safety ).
Dengan latihan yang dipelajari oleh setiap staf pengurusan,ia juga mampu meningkatkan kualiti tahap pengurusan yang baik dan flesibel untuk syarikat HAJIMAT SDN BHD.
Jom lihat tatapan gambar yang disediakan ini :
Tenaga pengajar yang terlibat
APA ITU ISO 9001 : 2015
KEPERLUAN BARU YANG DIPERKENALKAN
DALAM STANDARD MS ISO 9001: 2015
Konteks Organisasi: Memahami keperluan organisasi dan harapan pihak
yang berkepentingan / pelanggan serta skop sistem pengurusan kualiti
Pengurusan Risiko: Satu kaedah yang sistematik bagi mengenalpasti,
menilai ancaman risiko dan mengenalpasti kaedah mengurangkan risiko
Tiada keperluan wajib menyediakan dokumen manual kualiti
Tiada keperluan wajib jawatan wakil pengurusan
Tiada keperluan wajib tindakan pencegahan
PRINSIP KUALITI ISO 9001:2015
a) Fokus kepada pelanggan (harapan dan keperluan
pelanggan)
Sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dan stakeholder/
pihak berkepentingan setiap masa
b) Kepimpinan (Tuju arah dan Sokongan)
Penglibatan pengurusan atasan dalam setiap aspek pengurusan
Cth, merancang, melaksana, mengawal dan memantau
c) Penglibatan ( Penyertaan dan Akauntabiliti)
Penglibatan semua peringkat tenaga kerja dalam sistem
penyampaian perkhidmatan
d) Pendekatan Proses ( Kecekapan dan Keberkesanan)
Keupayaan menggunakan sumber dan aktiviti yang berkaitan diuruskan
sebagai satu proses
e) Penambahbaikan (terhadap Produk dan Proses)
Menerapkan dan melaksanakan budaya penambahbaikan berterusan dalam
sistem pengurusan
f) Keputusan berdasarkan fakta nyata (statistic dan Trends)
Keputusan dibuat berdasarkan data dan maklumat yang nyata dan relevan
g) Hubungan Pengurusan
Memastikan hubungan dengan pelanggan dan pihak berkepentingan sentisa
terjalin baik bagi menjaminkan produk dan perkhidmatan dapat
disampaikan dengan berkesan
Staf yang terlibat termasuk Tn Haji Mat Jantan.
Gelagat yang dapat dilihat
SISTEM PENGURUSAN ISO 14001 :2015
ISO 14001 merupakan butiran dan panduan tentang penggunaan
untuk sesebuah organisasi syarikat melaksanakan system pengursan alam sekitar.
Standard ini boleh digunakan oleh mana-mana organisasi yang melaksanakan dan
memperbaiki system pengurusan alam sekitar,operasi dan aktiviti selaras dengan
polisi alam sekitar yang telah ditetapkan serta memperolehi sijil system pengurusan
alam sekitar (MES).Standard ini menerangkan secara terperinci tentang keperluan
system pengurusan alam sekitar bagi membolehkan sesebuah organisasi merangka
polisi dan objektif selaras dengan keperluan perundangan dan maklumat tentang
kepentingan terhadap alam sekitar.
A.Polisi
Alam Sekitar
B.Program-Program
Pengurusan Alam Sekitar.A
I.Aspek Alam
Sekitar
Ii.Perundangan
Dan Keperluan Lain
Iii.Program-Program
Pengurusan Alam Sekitar
C.Perlaksanaan
Dan Operasi
I.Struktur
Dan Tangggungjawap
Ii.Latihan,Kesedaran
Dan Kelayakan
Iii.Komunikasi
Iv.Pendokumentasian
Sistem Pengurusan Alam Sekitar
Vi.Kawalan
Dokumen
Vii.Persedian
Dan Tindak Balas Kecemasan
D.Pemantauan
Dan Tindakan Pembetulan
I.Pemantauan
Dan Pengukuran
Ii.Ketidakselaran
Dan Tindakan Pencegahan Dan Pembetulan
Iii.Rekod-Rekod
Iv.Audit
Sistem Pengurusan Alam Sekitar
E.Tinjauan
Pengurusan
Team Work menyiapkan tugasan
APA ITU OHSAS 18001:2007
OHSAS ialah
standard yang dibangunkan oleh pasukan OHSAS iaitu persatuan yang melibatkan
agensi kerajaan,badan pensijilan,standard kebangsaan,persatuan industri dan
perunding.OHSAS 18001 berfungsi untuk membantu organisasi mewujudkan system pengurusan
untuk menguruskan dan mengawal risiko kesihatan dan keselamatan dan
meningkatkan prestasi OH&S mereka.
Pengukuhan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengurangkan risiko kepada pekerja.
Dapat melaksanakan ,mengekalkan dan mencapaikan pembaikan berterusan kepada organisasi
Dapat menyakinkan dan mematuihi polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Pembuktian kepada pihak-pihak lain.
Dapat melakukan pematuhan sendiri dan deklarasi bagi spesifikasi sistem pengurursan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
**Penafian:Tafsiran tentang sistem pengurusan ISO 9001:2015 + ISO 14001:2015 + OSHAS 18001:2007 mungkin berbeza dalam penulisan, skop dan persekitaran tertentu. Standard ini hendaklah digunakan sebagai garis panduan dan gambaran keseluruhan umum dalam mematuhi standard. Panduan dan bimbingan oleh sumber yang terlatih diperlukan bagi memastikan tafsiran dan pelaksanaan standard dilakukan dengan betul
Alhamdulilah,ucapan terima kasih kepada dua orang pelajar dari UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) yang telah tamat menjalani latihan praktikal di syarikat HAJIMAT SDN BHD.
NORHIKMAH BINTI ABDUL RAZAK,
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS ( GEOINFORMASI )
NORSYUHADAH BINTI ABDUL RAZAK
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS ( KIMIA INDUSTRI )
13/06/2017 hingga 30/08/2017.
Antara staf yang hadir
Jamuan Makan bersama pelajar praktikal
Sesi bergambar kenangan
Cik Rosaini Abd Ghani selaku penyelia bergambar dengan Nor Hikmah & Nor Syuhadah ( Adik Beradik)
Pihak syarikat HAJIMAT mengucapkan syabas serta semoga maju jaya dan semoga dapat menjadi seorang ihsan berguna di masa hadapan. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh bersama kami dapat menjadi manfaat buat mereka.
Syukur dan alhamdulilah. Hari Raya Qurban ialah hari yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Tn Haji Mat Bin Haji Jantan turut melakukan qurban di perkarangan rumah beliau. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya diagihkan kepada pekerja syarikat HAJIMAT dan penduduk sekitar kampung Pokok Mangga. Jom lihat sisipan gambar yang disediakan :
Antara pekerja yang hadir
Gotong royong pekerja HAJIMAT
Kerja kerja memotong daging lembu
Aktiviti memasak daging korban
Majlis jamuan makan
Syukur alhamdulilah majlis telah selesai dengan jayanya dan terima kasih kepada Tn.Haji Mat sekeluarga kerana telah menyediakan juadah makan bersama pekerja syarikat HAJIMAT.Semoga Tn Haji Mat murah rezeki dan panjang umur.Amin.