Thursday, April 27, 2017

BAHAYA MENANTI DISEBALIK TANGKI SEPTIK !!!


Info Tangki Septik !!!

Di Negara bertuah yang bernama Malaysia termasuk sabah dan sarawak mempunyai lebih 1 juta tangki septik persendirian yang ada rumah....



Hanya 25% sahaja individu yang mengosongkan tangki septik.. (Tak ramai yang buatkan )..

Yang terbaru sebanyak 75% individu yang mempunyai tangki septik jarang mengosongkan tangki dan akan turut mencemarkan sumber serta ia juga akan mengancam kesihatan  pengguna dan kehidupan alam semula jadi...

Ingat,kita juga bertanggungjawap dalam pemuliharan alam sekitar...

Ada kesan bahaya ke jika air tidak dirawat ?

Yup,ada bakteria yang bahaya jika air dirawat antaranya bakteria E.coli, koliform dan bakteria bertoksin Clostridium Perfringens..

Bakteria ini juga berpontensi menyebabkan anda  jatuh sakit mahupun kematian...

Sebelum mengakhiri penulisan, pihak syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd ingin bertanya kepada pembaca blogger,"ADAKAH ANDA SUDAH SERVIS TANGKI SEPTIK?"....

Jika anda belum buat servis atau tidak pernah membuat sedutan air kumbahan,Boleh hubungi kami di talian bebas tol 1800-887-111 & 06-335-4845 ....Beroperasi Isnin-Sabtu..Waktu 8.30 Pagi - 5.00 Petang...



Tuesday, April 18, 2017

BAYANGKAN BILAMANA GENERASI ANAK CUCU KITA PERLU...


BAYANGKAN BILAMANA GENERASI ANAK CUCU KITA PERLU MENCARI SUMBER AIR BERSIH.. 

Sedarkah kita pada hari ini tentang kepentingan air bersih terhadap manusia diseluruh dunia.Setiap liter air yang digunakan akan melalui proses kitaran semulajadi. Hari demi hari kita sendiri ada melihat ketiadaan sumber air bersih di tempat lain,terutamanya diluar negara mahupun didalam negara kita sendiri...

Cuba anda bayangkan jika tiada sumber air bersih yang hendak diminum..Mampukah kita bertahan?? Tepuk dada, tanya diri. 


Ini menggambarkan betapa pentingnya air dalam kehidupan kita....Tanpa air,kita tidak boleh hidup kerana tubuh badan memerlukan sumber air bersih untuk hidup...Adakah suatu hari nanti kita sanggup membayar harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan bekalan air yang selamat dan bersih? Jawapannya pada diri kita sendiri. 

Kita juga mempunyai tanggungjawap dalam penjimatan air dirumah mahupun ditempat awam seperti tandas awam, kedai makan dan pasaraya.. 

Kenapa ? KERANA AIR MILIK SEMUA. Jangan tamak, jangan pandang rendah peri pentingnya titisan air yang besih.,

Tahukah anda Kos Rawatan Air tinggi??

Kadar cas yang dikenakan sebelum ini sebanyak 27sen sehari atau sebanyak RM 6.00 hingga RM 8.00 sebulan..Cuba anda fikirkan sejenak dengan sara hidup sekarang ini semakin tinggi maka untuk dengan itu, kos penyelengaraan juga akan turut meningkat..Pastinya anda pun tidak mahu bayar bil air dengan mahalnya kan...

Tips untuk penjimatan air 

Tandas

1.Kurangkan kekerapan curahan air dalam sehari
2.Sentiasa melakukan pemeriksaan sebarang kebocoran paip air..
3. Servis tangki septik
4. Dapatkan bantuan pakar bila berlaku tandas tersumbat
3.Peka dalam penggunaan seharian.
4.Kurangkan masa mandian dan tekanan pancuran air ketikan menggunakan air.


Taman

1.Siram pokok ketika senja atau awal pagi untuk mengelakan kehilangan air melalui penyejatan dari cuaca panas
2.Siram secara berjadual 
3.Guna bekas tadahan air hujan sekiranya musim hujan sudah tiba untuk simpanan air .
4.Gunakan baja nitrogen berasaskan air
5.Kurangkan siram air untuk pokok waktu musim hujan.. ( Jangan Siram pokok waktu musim hujan !! )


Dapur

1.Jangan tekanan air yang tinggi untuk mencuci pinggan mangkuk,gunakan air tadahan untuk dibilaskan
2.Pastikan kepala paip ditutup dengan rapi untuk mengelakan air keluar 
3.Basuh sayur,buah atau makanan dalam sinki yang berisi air yang telah dihadkan.


Lain-lain

1.Anda boleh membuat pemeriksan paip air secara harian atau pun mingguan dirumah mahu dikawasan sekeliling anda 
2.Maklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada kebocoran paip air
3.Sentiasa memberi nasihat kepada jiran tetangga,ahli keluarga mahupun masyarakat  tentang kesedaran dan penjimatan air.
4.Peka dalam penjimatan & pemuliharaan air

Justeru itu,kita sendiri sebagai pengguna air bersih harus mengambil langkah berjimat cermat dalam penggunaan air bersih untuk masa depan diri dan generasi akan datang.


Kami dari Team HAJIMAT amat menyayangi dan mensyukuri air bersih yang ada. 
Jomm sama-sama jaga dan hargai sumber air. Ramai yang di luar sana tidak ada nikmat air bersih. 
Bersyukurlah, Alhamdulillah 





Wednesday, April 12, 2017

HAJIMAT INSPIRASI PENULIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Ribuan  terima kasih tidak terhingga kepada laman-laman blogger yang menjadikan "SYARIKAT HJ MAT HJ JANTAN SDN BHD" sebagai inspirasi penulisan untuk bacaan umum kepada orang ramai. Penulisan yang menarik dan bermanfaat. Semoga yang membaca dapat manfaat. 


.
.
.
.

Antara Blogger yang terlibat..



http://www.eyzamiel.com/2017/04/hj-mat-jantan-sdn-bhd-hmhj-meraikan.html




http://budakbandunglaici.blogspot.my/2017/04/video-viral-penyedut-tinja-haji-mat-hj.html

Pasti anda tertanya-tanya apa isi kandungan cerita yang mereka ceritakan tentang HAJIMAT. 
Ohhh,jangan risau, klik saja pada link yang telah diberikan itu.. 

Alang-alang tu, boleh jugak intai cerita-cerita menarik yang lain. Banyak cerita yang menarik boleh baca & menambahkan pengetahuan kita! Antara isi cerita yang ada dalam blog budakbandunglaici, eyzamiel & ayueidris iaitu pelancongan,masakan,hiburan & kesihatan untuk tatapan bacaan orang ramai.


Lagi sekali, pihak syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis blog berkenaan yang  menulis cerita tentang "Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd". 


Thursday, April 6, 2017

SEDUT SAMBIL BERAMAL




Setiap servis sedutan yang pelanggan HAJIMAT gunakan, mereka sebenarnya telah melakukan amal kebajikan kepada masyarakat.  Bagi tahun 2017, Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd (HAJIMAT),meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan berkhidmat kepada masyarakat, serta di tempat kerja dan pasaran. Tugas kami dalam misi untuk membawa perubahan pada masyarakat di sekitar tempat kami tinggal dan bekerja.



Syarikat kami memfokuskan usaha CSR kami kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan wajar menerima bantuan. Kebanyakan dari mereka yang kurang bernasib baik dan miskin ini kebiasaanya berdepan dengan pelbagai isu dari aspek pendidikan, kediaman yang tidak kondusif dan ketidakupayaan untuk menyara diri sendiri sepenuhnya. Kami berharap dapat menangani isu-isu ini mengikut kepada kemampuan supaya dapat meringankan bebanan mereka.


Wakil dari Pusat Tahfiz Al Muhibbin menerima sumbangan dari Tuan Hj Mat Jantan


Pengarah Urusan Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn. Bhd,Haji Mat berkata sumbangan dana sebanyak RM 10.00 melalui kerja sedutan air kumbahan.akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Setiap satu servis sedutan sebanyak RM10.00 akan disalurkan kepada badan kebajikan yang "TERPILIH".
Haji Mat berkata " Sebagai syarikat yang bertanggungjawap, kami sentiasa berusaha menjadi sebuah syarikat yang dikenali ramai dan mampu berkhidmat untuk masyarakat". Antara yang telah mendapat sumbangan dari syarikat kami adalah Pusat Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin bagi bulan Januari & Februari 2017

   


Baru-baru ini, Pusat Tahfiz Muhibbin turut membuat persembahan Qasidah dan bacaan Doa sempena ulangtahun Jubli Perak Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd  pada 11 Mac 2017 (Sabtu).

   
Bacaan doa selamat 


Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar atau mendapatkan perkhidmatan syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd,hubungi 06-3375663 atau 06-3355661 atau layari www.hajimat.com.