Wednesday, May 31, 2017

"KPI" PENANDA ARAS SEBUAH SYARIKAT

Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd mengadakan latihan khas tentang "KESEDARAN KPI "..
Seramai 25 orang dari team lori sampah hadir untuk taklimat yang akan diajar oleh pihak SWM.

Tenaga pengajar dari Syarikat SWM ialah Shafri  Bin Yusof ( Eksekutif Pegawai Operasi), Abd Ghani Bin Abd Kadir Marican ( Eksekutif Operasi) & Kamaruddin Bin Kadi ( Eksekutif Speed)  hadir ke pusat latihan Syarikat HMJ BIZPOINT untuk memberi latihan kepada Pekerja Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam memberi manfaat kepada pekerja syarikat Hj Mat tentang KPI untuk syarikat dan pekerja.
Antara gelagat yang dapat disaksikan
Haji Mat bersama Pegawai Pengkuasa SWM memberi taklimat tentang Merit
yang akan dikenakan sekiranya tidak mengikut prosedur yang telah ditetap oleh SWM 
Antara pekerja yang hadir mendengar taklimat KPI bersama pegawai SWM.
Selepas habis sesi taklimat KPI bersama pihak pengurusan SWM,Tuan Haji Mat memberi sedikit cederahati kepada pegawai yang terlibat.

Hj Mat Hj Jantan Memberi Sumbangan kepada 
Encik Abd Ghani Bin Abd Kadir Marican , Kamaruddin Bin Kadi & Shafri Bin Yusof .
Pada akhir program, Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd juga memberi sijil kursus kepada pekerja yang hadir ke taklimat KPI bersama SWM untuk memberi perhargaan dan berharap para pekerja mampu memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap Syarikat Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd...






 Tahniah kepada yang mendapat sijil perhargaan dari Tuan Hj Mat Hj Jantan.

Turut menerima sijil juga iaitu Pegawai Operasi dan Pembantu Pegawai Operasi
En Hamzah Bin Ahmad Ali & Puan Nor Ilyani Bin Mohd Zaid
Semoga dengan adanya latihan  dan taklimat yang telah diberikan oleh pihak syarikat,Tuan Haji Mat Haji Jantan berharap kepada semua pekerja kutipan sisa pepejal agar mematuhi "KPI" serta mampu memberi sebaik mungkin perkhidmatan kepada penduduk rumah diseluruh negeri melaka ..




Tuesday, May 23, 2017

INGINKAN TANDAS WANGI DAN SENTIASA BERSIH ?

Inginkan cara mudah bersihkan & hilangkan bau kotoran dengil dari tandas.Untuk membersihkannya boleh dilakukan dengan cara yang amat mudah sekali jika kita tahu caranya..Tetapi ramai diantara kita memandang remeh soal kebersihan bilik air dirumah sendiri kerana ia menganggap sebagai sesuatu perkara yang tidak penting untuk dilakukan..

Ok Baik !!!

Sudah pasti anda tidak mahu perkara ini terjadikan...Jom mari kita belajar cara yang amat mudah untuk hilangkan kotoran degil di bilik air dan tandas...

Oppss,anda perlu luang sedikit masa untuk mewangikan bilik air & tandas...Ah,jom ikut langkah mudah ini :


Bahan-bahan yang diperlukan 

1.160g Baking Soda

2.Jus 60 ml Lemon

3. 1/2 tbsp Cuka

4.1 tbsp Hidrogen peroksida

5.15-20 titik wangi-wangian

Bebola Pencuci


Gambar contoh buat pewangi tandas.
Campurkan baking soda dan jus lemon kedalam bekas..Selepas itu,bekas lain campurkan hidrogen peroksida dan cuka,masukkan sedikit campuran hidrogen tadi kedalam campuran baking soda sedikit demi sedikit.

Selepas itu,tambahkan  pewangi pilihan anda ke dalam campuran tadi..Bentukkan campuran tadi secara bulatan dan susun atas kertas kering.

Kemudian,biarkan ia kering selama 4 jam sebelum digunakan..Dan jangan lupa simpan kedalam bekas kedap udara dan gunakan bila diperlukan...

"Pasti anda dah tahukan cara-cara untuk mewangikan tandas..Jangan Lupa Share Tips Ini Kepada Rakan-Rakan Anda Dan Keluarga"



Tuesday, May 16, 2017

SELAMATKAH JIKA MINUM AIR PAIP ?

Berjalan-jalan di pasaraya mahupun di pasar malam sekarang ini pasti ada penjual penapis air menegur anda untuk cuba menjual produk mereka.
Hari ini semakin banyak pakej-pakej  penapis air yang menawarkan pelbagai jenama-jenama yang dikatakan pakar dalam bidang penapisan air bersih. 
Walaupun begitu, pernahkah kita sendiri terfikir apa keperluan penapis air itu di rumah kita sendiri ? Berikut adalah beberapa jawapan yang ingin dikongsikan oleh pihak HAJIMAT yang telah saya huraikan dan ringkaskan untuk menjelaskan kepada masyarakat adakah benar keperluan penapis air itu di rumah kita? 

Benar ke itu semua hanya strategi pemasaran? Apa penjelasan sebenar yang hendak sampaikan?

Banyak persoalan kan? Jom kita baca untuk ingin tahu lebih lanjut.

1. Apa standard kualiti air kat negara kita?

Kerajaan Malaysia melaksanakan standard National Standard for Drinking Water Quality (Versi kedua Januari 2004) yang diadaptasi dari standard WHO untuk taraf kualiti air minuman.

2. Adakah air dengan klorin selamat untuk diminum?

Ya. Klorin digunakan untuk membasmi kuman di dalam air. Amaun yang digunakan adalah selamat untuk kegunaan kita dan sekadar untuk membunuh kuman & bakteria dalam air.



3. Adakah air dengan florida selamat di minum?

Ya.Tidak ada kajian mengatakan bahawa kehadiran florida dalam air mampu menyebabkan kanser, kerosakan buah pinggang atau penyakit tulang. Sebaliknya, dalam dos yang betul, florida mampu mencegah penyakit kaviti gigi anda.


4. Kenapa air rumah saya berwarna kuning/coklat?

Itu adalah lebihan aluminium, besi dan manganese yang akan dialirkan di dalam air jika berlaku kerja baik pulih perpaipan. Ia juga mungkin menunjukkan sistem perpaipan di rumah/bangunan anda sudah perlu diganti dengan kadar segera.


5. Adakah air di rumah kita selamat diminum terus dari paip?

Jawapannya, YA. Walaupun begitu, jika terdapat kesan seperti yang dinyatakan dalam soalan no.4, lebih baik pemeriksaan dilakukan secara harian,mingguan dan bulanan..



6. Siapa yang bertanggungjawab dengan sistem perpaipan di dalam rumah dan tangki simpan air jika berlaku kekotoran bekalan air?

Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan penyelenggaraan perpaipan dalam premis rumah mereka sendiri. Dapatkan senarai tukang paip yang berdaftar dari laman web Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk maklumat lanjut.

www.samb.com.my
7.Berapa lama tempoh jangka hayat sistem perpaipan rumah kita?
Bergantung kepada materialnya yang kita gunakan. Jika sistem menggunakan besi,jangka dalam sekitar 5-10 tahun. Untuk sistem yang menggunakan high density polythylene (HDPE) atau dalam bahasa mudahnya plastik,boleh bertahan lebih hingga 15-20 tahun.

8. Adakah baik untuk menggunakan penapis air di rumah?

Sebenarnya,bergantung pada kita sendiri jika hendak guna atau tidak..Seeloknya kita pasang untuk mengurangkan kadar kotor yang ada pada air..


Penapis air yang dipasang diluar rumah 
9. Tidak perlu penapis air langsung?
Pihak HAJIMAT memberi cadangan jika pengguna merasa ada keperluan menggunakan penapis air, gunakan sahaja penapis air yang berdekatan dengan kawasan sinki sahaja untuk membasuh makanan,cuci pinggan mangkuk dan kegunaan dapur.



10. Apakah jaminan pihak pengendali bekalan air dalam penggunaan penapis air?

Tidak ada jaminan yang diperuntukan kerana penapis air termasuk dalam kawalan pihak pengeluar produk yang termasuk dalam bidang kuasa KPDNKK. Ini juga termasuklah kualiti air yang dibekalkan oleh mesin layan diri 20 sen yang menggunakan sistem dispenser untuk bekalan air. Pihak pengguna perlu mengawasi kualiti air yang dibeli dari mesin seumpama itu..


Tuesday, May 2, 2017

SAMPAH BUANGAN BOLEH BUAT DUIT !

Sebagai pengguna, kita memainkan peranan yang penting kerana kita sendiri yang menghasilkan sampah dari rumah,sekolah mahupun ditempat kerja setiap hari.

Hasil Pembuangan Botol Plastik & Kaca Serta Tin Aluminium Boleh Menghasilkan Duit.
Tapi adakah anda tahu,sampah buangan dari kita sendiri boleh menghasilkan "DUIT" ?

Barang yang dimaksudkan ialah kertas seperti surat khabar,buku sekolah majalah,dan komik,selain itu,botol minum plastik pun boleh dijual dan tin aluminium pun sama..Wow,"DUIT" tu...

Pusat kitar semula yang sedia ada.
Pengasingan sampah yang dihasilkan dirumah mahupun ditempat kerja patut dibuat dan diamalkan. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan kitar semula ini.

Anda juga perlu tahu bahan yang dikitar semula ini seperti surat khabar,besi dan kaca boleh menjana pendapatan sendiri dan boleh dijual semula

Hantarlah bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk tujuan mendapat pendapatan sampingan.

Tin & botol plastik boleh menjana pendapatan tambahan untuk anda
Mengikut sumber, kadar kitar semula di Malaysia cuma sekitar sebanyak hanya lima peratus. Oleh kerana sifat sampah dapur yang basah dan bercampur gaul dengan pelbagai bahan, maka bahan tidak boleh dikitar semula dan perlu terus dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Jika diteliti, sampah dapur juga mempunyai nilai yang tinggi untuk dikitar semula. Mungkin bukan untuk dijadikan sesuatu barangan lain, seperti sampah kertas yang boleh dikitar semula untuk dijadikan kertas. Sebaliknya bahawa sampah dapur boleh dikompos untuk dijadikan baja.

Pengurangan sisa yang dihasilkan di oleh rakyat Malaysia tidak dapat dilakukan oleh satu pihak sahaja. Hal ini melibatkan usaha secara bersama pengguna, industri dan pihak kerajaan. Dengan kerjasama yang erat ini, kita mampu dapat mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar. 

Ingatlah, ini sahaja bumi yang kita ada untuk didiami. 

Masa depan bumi terletak ditangan anda. Sekian, terima kasih

Kempen Kesedaran Kitar Semula Boleh Diserap Semua Lapisan Masyarakat