Tuesday, October 24, 2017

BUBUR ASYURA DARI PUAN KHATIJAH BARLAN

Syukur ke hadrat ilahi,alhamdulilah.Terima kasih kepada Puan Khatijah Barlan selaku Pengarah Urusan Syarikat kerana telah memasak bubur asyura untuk pekerja-pekerja syarikat HAJIMAT..Amin.

Jom tengok sedikit sisipan gambar :

Pn Khatijah sedang bersiap untuk membungkus bubur

Pn Khatijah,Pn NurFarah, Cik Aisha & Cik Zaiton antara yang terlibat untuk persiapan.

Staf syarikat turut tidak ketinggalan dalam aktiviti memasak bubur asyura

Pn.Khatijah memgedar bubur lambuk kepada pekerja syarikat HAJIMAT

Antara gelagat yang dapat disaksikan.

Alhamdulilah,terima kasih kepada Puan Siti Khatijah Barlan dan sekeluarga kerana telah bersungguh-sungguh memaasak menyediakan juadah bubuh asyura untuk pekerja syarikat Hajimat.Semoga murah rezeki dan berkat dalam amal kebaikan yang dilakukan.Amin.

Thursday, October 12, 2017

INFO TENTANG LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN

Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pepejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary. 

Loji Rawatan Air Kumbahan
Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus.



Industri loji rawatan wujud untuk merawat air kumbahan yang dihasilkan khusus daripada proses industri. Loji rawatan air kumbahan seperti ini boleh mengurangkan kos rawatan air mentah dengan penggunaan pelbagai teknologi rawatan air untuk menukar air buangan yang terpilih ke dalam apa yang dikenali sebagai air tebus guna yang boleh diguna semula untuk pelbagai tujuan. 


Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah untuk  mengurangkan bahaya dan selamat digunakan oleh manusia semula, selain menghilangkan terus, mengurang atau meminimumkan kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar.


Semoga info ini memberi manfaat kepada kepada anda semua bahawa pentingnya loji rawatan air kumbahan ini.


Tuesday, October 10, 2017

CSR SYARIKAT HAJIMAT DI TADIKA LITTLE CALIPH SERI CERIA


Syarikat Hj Mat Hj Jantan buat julung kali pertamanya membuat program CSR berkonsepkan pendidikan kepada kanak-kanak di tadika caliph seri ceria,lorong pandan melaka.

Antara yang terlibat dalam program ini ialah Cik Siti Zaiton Bt Hj Mat,Cik Siti Aisha Bt Hj Mat serta Cik Siti Hidayah Bt Hj Mat selaku ahli lembaga pengarah syarikat dan tidak lupa juga kepada staf yang terlibat En Najib Bin Ma'amor,En Kamarul Azam B. Kamarudzaman,En Muhd Fariz B. Mat Darus,Cik NurShuhada Adlina Bt Mohd Khair,Nurul Hanani Bt Banan dan Cik Siti Faridah.

Seramai 139 orang kanak-kanak yang terlibat termasuk guru-guru tadika dalam program pendidikan bersama staf syarikat HAJIMAT.

Team dibahagi kepada 2 kumpulan,kumpulan 1 iaitu En Najib,Cik Faridah & Cik Zaiton.Mana kala kumpulan 2 iaitu En Fariz,Cik Aisha,Cik Hidayah & Cik Shuhada


Cik Faridah & Cik Zaiton bersama kanak-kanak tadika

Antara gelagat aksi lucu yang dapat disaksikan

En Fariz,Cik Aisha dan Cik Shuhada juga turut tidak ketinggalan untuk menceriakan suasana

Kanak-kanak tadika caliph suka bersama team hajimat

Antara aktiviti yang turut diadakan oleh team hajimat
Selain itu,pihak pengurusan syarikat juga memberi latihan amali berkaitan adab-adab di tandas seperti membaca doa semasa hendak masuk ke tandas dan cara-cara hendak cuci tandas.

En Najib bersama kanak-kanak lelaki untuk mengajar cara cuci tandas dengan betul

Cik Faridah & Cik Zaiton juga tidak ketinggalan untuk mengajar.

Sesi bergambar beramai-ramai.

Bergambar bersama dengan pemilik taska iaitu Puan Asmizana Bt Tarmizi ( Tudung Biru)
Alhamdulilah,selesai juga sesi CSR berkonsepkan pendidikan bersama Tadika Caliph Seri Ceria dengan Syarikat HAJIMAT ini,semoga ia mampu memberi manfaat dan faedah khususnya buat anak-anak di little caliph.

Tuesday, September 26, 2017

INTERNAL AUDIT ISO & OHSAS ( SITE VISIT)

Buat kali pertamanya semua pihak pengurusan syarikat HAJIMAT dari pelbagai jabatan turun ke "PADANG" untuk mengaudit pengurusan dan skop pekerjaan yang termaktub dalam perlembagaan undang-undang.

Latihan sebegini merupakan asas dan cara-cara untuk memantapkan lagi tahap pengurusan yang lebih efisien dan boleh diterima pakai untuk syarikat HAJIMAT.

KEPERLUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO & OHSAS  

1.SKOP

Standard antarabangsa ini menetapkan keperluan sistem pengurusan kualiti apabila sesebuah organisasi:

      A.perlu untuk menunjukkan kemampuannya secara konsisten menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan dan dapat digunakan untuk keperluan berkanun (statutory) dan kawal selia (regulatory).

B.menyasar untuk menpertingkatkan kepuasan pelanggan menerusi penggunaan sistem secara cekap, termasuklah proses penambahbaikan sistem dan jaminan keakuran terhadap keperluan pelanggan dan dapat digunakan untuk keperluan berkanun dan kawal selia.

Semua keperluan standard antarabangsa ini adalah generik dan diharap dapat digunakan terhadap sebarang organisasi, tanpa mengambil kira jenis atau saiz, produk atau perkhidmatan yang disampaikan.


Pembahagian team untuk training Audit


Audit Jabatan HR



Audit Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal


Audit Jabatan Sedutan

Audit Jabatan Penyelengaraan Loji


Audit Jabatan Pemasaran



Alhamduliah,semoga dengan latihan yang lakukan oleh pihak pengurusan syarikat HAJIMAT ini,ia boleh memberi manfaat dan mampu meningkatkan kualiti pengurusan syarikat ke tahap yang lebih tinggi.Amin.

Wednesday, September 20, 2017

ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAP SIAPA?

Pembuangan sampah merupakan satu punca pencemaran yang sangat serius kepada alam sekitar kita. Antara sebabnya ialah orang membuang sampah secara merata-rata kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah, malas untuk melakukan pengasingan dan kitar semula atau tidak mahu membayar cukai atau yuran penggunaan tapak pelupusan sampah itu. Maka wujudnya sikap yang tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya. 
Pembuangan sampah yang tidak terkawal 
Faktor punca yang masih berlaku sehingga kini antaranya kerana kurang pendidikan dan kesedaran di kalangan masyarakat kita menyebabkan masih ramai yang belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibat atau kesan kepada kesihatan kita apabila tidak menguruskan sampah dengan baik. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah daripada pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka menjadi sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar dengan serius pada hari ini.



Kesan-kesan pencemaran pembuangan sampah antaranya ialah, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air itu boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebihan dan tidak terkawal seterusnya apabila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ dari alga tersebut akan menggunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.


Akibat pembuangan sampah dilaut 
Tambahan pula, kesan pembuangan sampah juga boleh menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling. Sampah sarap yang dibuang merata-rata atau tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan bau busuk serta dapat potensi kepada nyamuk Aedes membiak di situ, lalat yang banyak yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit. Pembuangan sampah tidak terkawal juga akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan penduduk sekeliling perumahan itu.


Tempat Nyamuk Aedes membiak dan dan lalat
Antara langkah–langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal ini ialah dengan penguatkuasaan undang-undang haruslah diketatkan. Kompaun dan hukuman seperti memberi saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah merata-rata perlulah di lakukan. Usaha untuk memberi kesedaran dan kefahaman juga perlu dilakukan dengan lebih agresif lagi supaya masyarakat awam faham dan berhenti jadikan amalan kepada pembuangan sampah secara tidak terkawal dan merata-rata ini.

Program kitar semula adalah salah satu langkah yang penting untuk menggelakan masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal. Kebaikan program kitar semula dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai baja organik.
Kebaikan dari segi ekologi pula ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya dari terus tercemar. 

Beberapa cara yang paling mudah untuk mengurangi sampah, diantaranya ialah lakukan 4R.

1.Replace
2.Reuse
3.Reduce 
4.Reycle
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca kertas,logam,plastik,tekstil dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru.

Dengan ada kempen-kempen kitar semula ini,kita sendiri mampu mengurangkan pencemaran dan boleh memastikan kesimbangan alam sekitar





Thursday, September 14, 2017

APA ITU TANGKI SEPTIK ?

Tangki septik dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. 

Tangki Septik atas dan tangki Yum bawah.

 Bahan bina macam mana?

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder
( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Apa itu Lurang?

Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang

Terbahagi kepada 4:
1. Lurang cetek
2. Lurang biasa
3. Lurang dalam
4. Lurang tirai belakang

1. Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

2. Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

3. Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm


4. Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Pembinaan Lurang

Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.

Contoh jenis lurang

Sump

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Jom tonton video sedutan ini.